MPR 2002 KERAMAT DAN MERDEKA »

MENGANGKASAKAN

MANTAN MPR 2002

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

"Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah engkau diantara orang yang bersujud yakni solat.Dan sembahlah Tuhanmu sampai yakin (ajal) datang kepadamu." Al-Hijr : 98-99


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

PERHATIAN!!!
Email penulis joharibrave di yahoo mail tidak lagi digunakan berikutan di senarai sebagai spam.Kepada mereka yang ingin berbicara silakan di sengkuangmerah@yahoo.com

Kepada mereka yang minat dan ingin mengetahui perihal spiritual dan paranormal sila layari dan menjadi member di Forum Paranormal Malaysia

Bagaimana untuk memartabatkan Mantan Minggu Penulis Remaja

Friday, November 30, 2007

Mewahnya.....politikus negaraku


**Sekadar informasi diceduk dari 'chegubard'(diambil isi penting sahaja harap maklum)
**Hanya sekadar pengetahuan & terpulang kepada pembaca untuk menilainya.



Maklumat ini adalah dari kawan-kawan di Jabatan Audit Negara,Perbendaharaan Malaysia, Bahagian Kabinet Jabatan Perdana Menteriserta serta Bahagian Pentadbiran Kewangan Parlimen Malaysia.

Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri

1. Gaji Pokok RM18,000 - sulit untuk public, tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM10,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM10,800.00 - tidak sulit - pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit tapi tidak orang semua tahu.

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja

Lain-lain kemudahan

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma.Kalau pakai pemandu kementerian,dapatlah duit percuma.

7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri

1. Gaji Pokok RM15,000 - sulit untuk public,tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM9,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM9,800.00 - tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket saja lah poket sendiri

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.

Lain-lain hal

Maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999. Saya rasa terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang. Pendapatan diatas tidak termasuk dari lain-lain sumber seperti berikut:

1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
3. Pedapatan dari syarikat persendirian spt kontrak dll
4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
7. Lain-lain sumber





Selanjutnya...

SELAMAT DATANG MPR 2007

Assalamualaikum dan Salam sejahtera


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat datang untuk peserta MPR 2007 di dalam keluarga Alumni MPR. Dari pandangan saya, pemilihan peserta MPR dari semasa ke semasa lebih sempurna dengan kata lain insyaallah jika peserta yang dipilih ini tamat kursus maka kesemua peserta akan terus menulis tanpa mewujudkan sentimen menjadi 'SURVIVOR'. Jika sentimen ini terus dijadikan 'trade mark' maka adalah lebih baik menerusi DBP memilih 1 atau 5 peserta sahaja untuk pemilihan MPR akan datang..hehe.

Jadi tidaklah rugi peruntukkan tersebut malah mungkin boleh dijanakan peruntukkan tersebut untuk mempertajamkan pena untuk Mantan MPR/Alumni MPR sendiri. Itu rasanya harus ada dalam lipatan DBP kerana berbalik kepada pepatah "tiadalah yang baru jika tiada yang lama". Jadi pada hemat saya harus ada sesuatu untuk Alumni MPR agar lebih utuh kekuatannya.

Sebab itu saya lebih fokus mengukuhkan ekonomi saya dahulu, supaya akan ada nanti kekuatan yang boleh serba sedikit menyumbang kepada Alumni MPR, insyaallah.Untuk masa ini juga lebih mengutamakan memperbaiki ketajaman pena menerusi pembacaan dan rujukan dan dalam masa yang sama cuba untuk memperkasakan batch mantan MPR 2002.

Walaupun nampak sukar, itu tidak menjadi isu.Yang menjadi isu ialah jika ada tolak ansur didalam sesuatu komuniti insyaallah akan berjaya dan disegani.Seandai sebaliknya maka harus mencari alternatif bagi memulihkan silaturrahim bagi meneruskan agenda.Harapan saya pada 'batch' sendiri buang yang keruh ambil yang jernih.Jika masih sensitif adalah lebih baik menjadi pengembala kambing untuk belajar bersabar dan mengurus.


Selanjutnya...

Thursday, November 29, 2007


Allahyarham Usman Awang

Allahyarham Usman Awang

Usman Awang permata Melayu yang sukar diganti

Oleh: AZMAN ISMAIL

*Ulang tahun keenam pemergian Sasterawan Negara
USMAN Awang. Nama ini tidak hanya sebahagian daripada khazanah keilmuan Melayu. Tetapi ia juga merupakan permata intelektual yang dimiliki oleh masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Dalam sejarah kepengarangannya, Allahyarham berkarya bukan hanya di atas nama kaum Melayu semata-mata tetapi juga merentas sempadan etnik dan sistem kepercayaan - atas nama kemanusiaan serta kesejagatan.

Persoalan besar yang sentiasa diutarakan olehnya ialah bagaimana pengarang menjadi lidah masyarakat dalam menyuarakan hak, rasa, pandangan dan kepentingan mereka kepada kelompok yang berkuasa.

Bagaimanapun, Allahyarham tidak meletakkan ‘perjuangan’ masyarakat bawahan dalam wacana konflik. Sebaliknya ia disampaikan melalui ketajaman pena dan kehalusan kata.

Sebagai pembaca, kita jangan mengharapkan pemikiran Allahyarham diterapkan dalam karya-karya berbau penentangan dan kekerasan. Sebaliknya, keadilan dituntut melalui kejernihan akal rasional.

Sesekali bila membaca karya-karya Allahyarham sama ada genre puisi, novel mahupun drama pentas, ia akan mengingatkan kita pada Justice is Conflict, karya Stuart Hampshire.

Dalam erti kata, sama seperti Hampshire, Usman berpandangan bahawa kejernihan akal rasional dalam memperjuangkan keadilan adalah cara terbaik untuk mencapai matlamat.

Oleh itu, karya-karya Allahyarham setia mendukung semangat persahabatan sebagaimana jiwa kemelayuan itu sendiri. Menikam dalam kelembutan kata-kata dan kepetahan bermain bahasa.

Seperti yang diungkapkan oleh penulis, Zaen Kasturi, Allahyarham merupakan permata intelektual Melayu yang lahir atas semangat kesedaran untuk memperjuangkan masa depan dan jati diri bangsanya.

“Kata-kata dalam puisinya adalah lambang Melayu sejati yang cinta akan akarnya. Keterpesonaannya tertancap kukuh pada alam yang melahir, membesar dan mendewasakannya.

“Jiwa puisinya adalah jiwa Melayu tulen. Cintanya tidak mengenal batas. Daripada nelayan dan buruh kasar

sehinggalah Melayu yang menduduki kepimpinan tertinggi, dia menegur

menerusi kata-kata lembut dan menusuk,” katanya.

Zaen berpendapat, membaca karya Allahyarham, terutama puisi-puisinya, kita tidak berasa marah atau terhina akan tegurannya itu.

Malahan seharusnya berterima kasih kerana dia memberikan kita rasa untuk berfikir bahawa kita harus menjadi Melayu yang kenal peribadi sendiri.

Oleh hal yang demikian itu, karya-karya Allahyarham akan tetap subur sebagai khazanah bangsa yang begitu berharga. Memang Allahyarham adalah sebutir permata di dalam kesusasteraan tanah air yang sukar dicari ganti.

Hari ini, setelah enam tahun pemergiannya, perjuangan dan idealismenya dalam memartabatkan bahasa, kesusasteraan dan kemanusiaan sentiasa hidup dan mekar mewangi.

Pensyarah Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Mohamad Mokhtar Abu Hassan berkata, ‘kekuatan’ utama Allahyarham ialah unsur kritikan sosial dalam karya-karyanya.

Allahyarham dalam beberapa karyanya melontarkan kritikan terhadap kepincangan-kepincangan dalam birokrasi serta terhadap segelintir pemimpin yang tidak jujur.

Namun, teguran tersebut dilontarkan dalam kerangka pemikiran Melayu yang sentiasa berlapik dan bersopan. Kehalusan kata sentiasa menjadi keutamaan kepada Allahyarham.

“Semangat untuk membela nasib orang Melayu dalam karya-karya Allahyarham cukup kuat. Ia ditulis dalam bahasa yang mudah tetapi memadai untuk menyedarkan semua pihak.

“Inilah kelebihan yang ada pada beliau. Dengan bahasa yang mudah, ringkas tetapi padat, karya-karyanya mampu menegur banyak pihak secara halus serta berlapik,” katanya.

Di sisi lain, Mohamad Mokhtar berpendapat karya-karya Usman membuktikan Allahyarham berfikiran jauh dalam melihat pelbagai isu khususnya berkaitan dengan masa depan orang Melayu.

Kebanyakan isu yang diutarakan tidak hanya menggambarkan situasi semasa. Sebaliknya juga idealisme untuk memajukan orang Melayu pada masa depan.

“Pandangan-pandangan seperti ini tidak banyak ditemukan dalam penulis-penulis Melayu yang sezaman dengan Allahyarham. Apa yang diutarakan adalah isu semalam, hari ini dan masa depan.

“Saya rasa ini kekuatan utama dalam karya-karya Allahyarham. Ia membuktikan Usman seorang pengarang yang berpandangan luas meskipun tidak mempunyai pendidikan tinggi,” tambahnya.

Pandangan-pandangan Zaen dan Mohamad Mokhtar sebenarnya hanyalah contoh kecil daripada segudang jasa Allahyarham dalam memartabatkan bahasa, sastera dan masa depan orang Melayu sendiri.

Bagaimanapun, berapa ramai barangkali antara penyanjung, peminat dan pengagum Usman yang terus mengingati makna sebenar 29 November dalam erti kata `pergi sebutir permata keilmuan Melayu?’

Usman tidak hanya sekadar pengkarya besar yang pernah dilahirkan oleh sebuah negara bernama Malaysia tetapi juga seorang pemikir agung yang merentasi zamannya.

Ketika meletus peristiwa permogokan Utusan Melayu pada Oktober 1961, Allahyarham dan teman-teman seperjuangan menunjukkan harga diri yang tinggi demi masa depan bahasa dan orang Melayu.

Di Angkatan Sasterawan 50 (Asas 50), suara Allahyarham begitu lantang memperjuangkan maruah bahasa Melayu. Begitu juga ketika Peristiwa Keranda 152. Peranannya telah membangkitkan kesedaran kepada banyak pihak supaya tidak memperlekehkan bahasa kebangsaan itu.

Ketika kampus universiti di negara ini bergolak, Allahyarham turut meletakkan dirinya dalam peristiwa berkenaan. Beliau menunjukkan keprihatinan sebagai seorang manusia yang hidup dan sedar kepada persekitarannya.

Kesimpulan ringkas, pengkaryaan dan perjuangan Allahyarham sentiasa dekat dengan dunia nyata, dan di mana perlu menyatakan pendirian melalui tulisan yang beralas tetapi tetap mengesankan.

Kini enam tahun Allahyarham meninggalkan kita. Namun, ketajaman pena dan kehalusan bahasa beliau tidak pernah mengikuti jasadnya. Ia terus subur, sesubur jasanya yang ditabur demi kelangsungan bangsa Melayu dan negara Malaysia.


Selanjutnya...

Allahyarham Usman Awang

Usman Awang dan sikap kita

Oleh: AZMAN ISMAIL

HARI ini, 29 November. Tidak ramai yang menyedari ia adalah ulang tahun keenam kematian Sasterawan Negara Datuk Usman Awang, seorang pahlawan tanpa senjata dan panglima perang tanpa seragam.

Pada tanggal tersebut, enam tahun lalu, jenazah Allahyarham terbaring kaku. Beliau meninggalkan segudang ilmu dan segunung intan kata yang tidak ternilai buat anak-anak bangsa.

Usman adalah lambang pengabadian yang tiada tara seorang anak watan dalam memperjuangkan nasib bangsa, bahasa dan jati diri. Noktah perjuangannya adalah hembusan terakhir nafasnya.

Khazanah ‘perang’ yang ditinggalkan terlalu banyak. Bukan sahaja warisan keilmuan dan dunia kreatif tetapi juga tugu kemanusiaan yang menerobos benteng perbezaan keturunan dan kepercayaan.

Kemanusiaan hanyalah sebuah penemuan sementara dan akan musnah seperti wajah yang dilukis pada pasir, tulis Michel Foucault pada 1966.

Tentunya pendapat tersebut sesuatu yang tidak boleh diterima secara bulat-bulat. Seseorang penulis tidak pernah dikuburkan bersama-sama idealisme dan gagasannya.

Buktinya, idealisme dan gagasan Allahyarham tersebut terus hidup. Karya-karya kemanusiaannya sentiasa segar. Keindahan kata dan bahasanya dalam sajak-sajak seperti Bunga Popi, Gadis Kecil, Kekasih dan Suara Dari Pusara’terus berkumandang.

Allahyarham adalah contoh terbaik insan yang belajar dari alam. Pendidikan formalnya hanya setakat darjah enam di sebuah sekolah Melayu di Kuala Sedili, Johor. Namun, persekitaran dan rasa yang menjadi gurunya.

Beliau tidak pernah mengenal fenemenologi Edmund Husserl, teori sejarah Arnold Toynbee atau falsafah-falsafah Karl Marx dalam erti sesungguhnya.

Kemanusiaan difahami dalam acuannya tersendiri. Tidak ada kerangka sejarah, fenemenologi atau falsafah formal. Sebaliknya ia dibina di atas dasar kesedaran jati diri Melayu dan Malaysia.

Oleh itu, tarikh 29 November tersebut, banyak perkara yang boleh dipertanyakan. Apa program untuk memperingati jasa Allahyarham yang tidak ternilai kepada kemanusiaan, kebahasaan dan kesusasteraan tanah air itu?

Apa agenda sastera dan bahasa yang boleh dikongsi dengan generasi hari ini sempena 29 November itu. Atau, kita akan terus menganggap tarikh tersebut sama seperti hari-hari lain?

Pada 29 November 2007, kemungkinan besar tidak ada sebarang acara untuk mengenangnya. Sebabnya, memang sebahagian besar daripada kita telah lupa dan mungkin juga sama sekali tidak pernah mengingati tarikh pemergian Allahyarham.

Namun, mungkin tidak pada 29 November tahun depan dan seterusnya. Ada sesatu pengisian yang boleh diadakan. Kita perlu ingat, Usman Awang adalah satu khazanah keilmuan Melayu.

Pemikir Perancis, Jean-Francois Lyotard menulis satu kenyataan yang memukau - Begitu banyak kegagalan dan kesalahan dalam sejarah peradaban manusia ialah apabila kumpulan yang berkuasa cuba melupakan nasib si miskin dan pembela kebenaran.

Kita tidak meletakkan Allahyarham sebagai pembela kebenaran tetapi sebagai khazanah keilmuan Melayu dalam konteks pandangan Lyotard tersebut.

Jika jasa dan pengorbanan setengah abad Allahyarham dalam bidang kreatif dan intelektualiti Melayu dilupakan, khazanah keilmuan Melayu bakal memasuki ‘zaman tragedi’ (meminjam istilah Lyotard).

Sastera dan perjuangan menegakkan bahasa Melayu adalah sebuah pengabdian Allahyarham. Beliau merupakan Sisyphus yang dikutuk oleh Dewa-dewa untuk mengangkat batu besar ke puncak bukit.

Sesampainya di puncak, batu itu jatuh kembali dan tugasnya untuk terus membawanya ke puncak. Dan, ‘batu’ bahasa itu diperjuangkan lebih setengah abad tanpa erti penat dan lelah.

Bahasa dan sastera Melayu adalah sebuah jiwa dan pengabdian Allahyarham yang tiada taranya. Walaupun jasadnya telah tiada, idealismenya terus hidup dan kekal.




Selanjutnya...

Sejarah mampu lonjak wibawa karya sastera

Oleh Shaidah Shafie


SEPAKAT: Dari kiri Datuk Dr Siti Hawa Salleh, Dr Jelani Harun, Maman S Mahayana, Dayang Aminah dan Dr Nor Faridah membedah kepentingan sejarah dalam karya sastera.

Sarjana dalam dan luar negara membedah kepentingan perkara ini pada Seminar Mastera 2007

KEPENTINGAN fakta sejarah dan keupayaannya melonjakkan nilai seni sesebuah karya sastera yang ditangani pengarang kreatif dibincangkan secara rinci di kalangan panel pada Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara 2007 di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), kelmarin.

Hakikat ini antaranya diperakukan Penolong Pengarah Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Hashim Ismail, ketika membincangkan Merenung Kembali Sejarah dan Sastera dalam Konteks Pemikiran Semasa.


“Penelitian terhadap hasil sastera sejarah akan meletakkan pengkaji dalam situasi berhadapan dengan kekayaan dan kepelbagaian selain membuka ruang kepada mereka menyorot impian makna di sebalik peristiwa sejarah yang akhirnya menonjolkan kebijaksanaan pengarang menafsir dan menampilkan keindahan berbahasa mereka,” katanya pada seminar dua hari anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara disertai negara anggota Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera) iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam di samping ahli pemerhati, Singapura, di samping berlangsung majlis penyampaian Hadiah Sastera Mastera yang memberi pengiktirafan kepada pengarang dan sarjana sastera.

Bagaimanapun, Dr Hashim mengakui keindahan teks yang dikatakan terpancar pada bahasa pengarang adalah pandangan peribadi kerana sifatnya yang subjektif dan tidak terletak pada satu posisi saja.

“Tun Sri Lanang atau Ranggawarsita umpamanya antara tokoh pengarang silam yang menampilkan adunan indah dalam teks sastera meskipun penulisan mereka bersumberkan sejarah. Kejayaan mereka terbit daripada kebijaksanaan akal dan pencerahan kalbu dalam mencari makna tersirat,” katanya.

Rektor Kolej Yayasan Melaka, Prof Datuk Dr Ramlah Adam, memperakukan sejarah dan sastera meskipun dua bidang berbeza, tetapi mempunyai fungsi sama dalam melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri.

“Melalui sastera, sesuatu peristiwa dalam sejarah turut dapat dimasukkan walaupun ia ditokok tambah untuk menghasilkan estetika yang menjadi tuntutan dalam karya seni. Apa saja boleh berlaku dalam sastera sama ada logik atau tidak kerana ia menyimpan maksud tersirat.

“Di Malaysia, ada banyak karya sedemikian yang dihasilkan untuk maksud sebaliknya dan menjelaskan lagi bahawa sejarah dapat disatukan dengan sastera selagi ia tidak mengganggu ciri karya sastera serta nilai estetika karya itu,” katanya ketika membicarakan Sastera dan Sejarah: Dua Dunia Dalam Satu Cerita dan kertas kerja berkenaan disediakan bersama Sahban Md Smail.

Felo Bahasa dan Kebudayaan Melayu, Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura, Kartini Anwar, senada dengan Dr Hashim apabila turut bersetuju bahawa sejarah sebagai acuan penting dalam melahirkan karya sastera bermutu yang mampu melangkaui zaman dan akan terus diperkatakan sekalipun dalam jangka panjang.

“Sejarah menjadi mekanisme penting dalam membentuk masyarakat, negara mahupun bangsa melalui perkembangan peradabannya. Melalui sejarah, gambaran budaya, kepercayaan, falsafah dan sistem kehidupan yang dianuti masyarakat dapat dicerna sebaik mungkin. Sejarah juga mampu mengisi ruang yang ada pada ilmu lain,” katanya ketika menyinggung Menyelak Tirai Sejarah: Tuhfat al-Nafis dan Surat-Surat Perempuan Johor.

“Sastera dan sejarah adalah dua disiplin berbeza, tetapi tidak bermakna kedua-duanya tidak boleh digandingkan kerana dalam banyak keadaan, disiplin itu sering muncul selari terutamanya menerusi karya sastera historiografi seperti Tuhfat al-Nafis tulisan Raja Ali Haji dan Surat-Surat Perempuan Johor (Faisal Tehrani).

“Melalui karya yang diperkatakan itu, pengarang memperlihatkan kepedulian yang tinggi terhadap sumbangan teks. Raja Ali Haji menerusi Tuhfat al-Nafis mempunyai objektif bagi menentukan fungsi teks untuk khalayak sasar manakala pengarang kontemporari Faisal pula berkemahiran untuk merangsang budaya keintelektualan khalayak masa kini,” katanya.

Sungguhpun demikian, Kartini tidak bertujuan membandingkan kedua-dua pengarang terbabit kerana mereka mewakili dua era berbeza dan memiliki sentuhan tersendiri lewat karya kreatif mereka meskipun hakikatnya, kedua-duanya mengangkat sejarah lewat teks.

“Raja Ali Haji menerusi Tuhfat al-Nafis memaparkan konsep sejarah yang luas dan dibuat secara kronologi serta teliti menjadikan karya itu dapat dinikmati hingga merentas zaman manakala Faisal pula mengajak khalayak menelusuri sejarah untuk melakar masa depan bagi mendorong khalayak menyaring sejarah yang sebenar,” katanya.

Timbalan Pengarah DBP Brunei Darussalam, Dayang Aminah Momin mengabsahkan lagi sejarah boleh dimanfaatkan dalam karya kesusasteraan melalui pembentangan Sastera dan Sejarah: Tradisi dan Kesinambungan dalam Mahkota Berdarah karya Yura Halim.

“Keistimewaan novelet Mahkota Berdarah bukan hanya sekadar karya sejarah, tetapi turut sarat fakta sejarah mengenai kesultanan Brunei ke-12, 13 dan 14 khususnya dalam perkara bersabit nama, watak, latar tempat dan tarikh peristiwa sejarah Brunei Tua,” katanya.

Pensyarah Jabatan Bahasa Inggeris, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Nor Faridah Abdul Manaf yang meninjau kebangkitan sastera di Thailand pula, mengesan adanya akar sejarah dalam karya kesusasteraan negara itu walaupun berbaur isu politik.

“Sebarang perbincangan membabitkan sastera dan sejarah, politik tetap kukuh memunculkan kuasa. Dalam konteks sastera dan sejarah Thai, kuasa politik tidak boleh diketepikan, malah berfungsi pula mengheret sastera kepada acuan yang dikehendaki pihak terbabit,” katanya ketika mengupas Sastera dan Sejarah Thai: Satu Percaturan Kuasa.

Justeru, pembentukan karya sastera negara jiran itu memperlihatkan senario semakin kuat kuat kawalan terhadap karya kesusasteraan, bertambah giat pengarang mereka menghasilkan penulisan bersifat semasa sehingga memperlihatkan kedudukan sastera di negara Gajah Putih itu seperti catur iaitu bergantung kepada kekuatan pembesar negara.


Selanjutnya...

Wednesday, November 28, 2007

Al Fatihah...


Al-Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat.Amin..


Siti Salmah meninggal dunia di IJN


Siti Salmah.

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Selepas 25 hari bertarung nyawa setelah menjalani pembedahan pemindahan jantung serta paru-paru serentak dan pertama di Institut Jantung Negara (IJN), Siti Salmah Jasni, 18, menghembuskan nafas terakhirnya di sini, hari ini.

IJN dalam kenyataannya hari ini memberitahu, Siti Salmah meninggal dunia akibat septisemia dan jangkitan yang teruk.

Menurut kenyataan itu, selepas pembedahan pemindahan itu, Siti Salmah tidak menunjukkan sebarang tanda yang organ-organ baru itu tidak diterima oleh tubuhnya.

Bapanya, Jasni Zainal, 52, berkata, Siti Salmah meninggal dunia pada pukul 5.30 pagi ini dalam keadaan tenang di Unit Rawatan Rapi (ICU) IJN.

Semalam, tiub pernafasan Siti Salmah dibuka pada sebelah pagi tetapi dipasang semula pada sebelah petang untuk membolehkan doktor melihat perkembangan organ barunya itu.

Menurut Jasni, mereka sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk Utusan Malaysia, IJN, Institut Perubatan Respiratory (IPR) terutama doktor-doktor yang bertungkus-lumus cuba menyelamatkan anaknya hingga ke saat akhir.

“Namun ramai yang tidak mengetahui, kedua-dua belah kaki arwah sebenarnya terpaksa dipotong selepas enam hari menjalani pemindahan serentak itu,” katanya.

Katanya, ini berikutan urat yang menyalurkan darah ke kedua-dua belah kaki anaknya sempit menyebabkan jantungnya tidak dapat mengepam darah secara menyeluruh sehingga ke bahagian kaki.

“Pada 2 November, iaitu selepas dia dibedah untuk pemindahan organ, arwah menunjukkan kemajuan yang baik walaupun menghadapi komplikasi.

“Tetapi selepas enam hari menjalani pembedahan itu juga, jantungnya terhenti mengepam darah selama lima jam dan terpaksa bergantung kepada bantuan mesin.

“Keadaan ini juga menyebabkan darah tidak mengalir sehingga ke kedua-dua kaki anak saya menyebabkan tisu di kakinya rosak,” jelasnya.

Beliau berkata, doktor berusaha untuk memasukkan tambahan injap untuk tekanan darah anaknya kembali normal kerana pada ketika itu, tekanan darah Siti Salmah telah rendah.

“Namun malangnya, usaha itu tidak berhasil kerana darah di kedua-dua belah kaki anaknya menjadi beku.

“Sehinggalah ke saat akhir, doktor mendapati terdapat pula jangkitan kuman pada paru-paru Siti Salmah,” katanya.

Sementara itu di JOHOR BAHRU, jenazah Siti Salmah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Taib Andak selepas solat Zuhur hari ini.

Arwah yang merupakan anak kelapan daripada 12 beradik mula mendapat perhatian apabila pada pertengahan Oktober lalu, Utusan Malaysia memulakan langkah pertama pencarian paru-paru baru untuk Siti Salmah setelah hampir lima tahun menanggung derita.

Pencarian itu akhirnya berjaya apabila seorang mangsa yang meninggal akibat kemalangan jalan raya di Kedah mendermakan organ jantung dan paru-paru kepada Siti Salmah yang pada ketika itu dijangka hanya mempunyai baki dua tahun untuk meneruskan kehidupan.

Ini membolehkan Siti Salmah menjalani pemindahan jantung dan paru-paru serentak dan pertama kali berlaku di negara ini pada 2 November lalu.

Siti Salmah, pelajar tingkatan enam rendah Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai disahkan menghidap penyakit Hipertensi Pulmonari sejak lima tahun lalu.

Sebelum ini, dia bernafas dengan bantuan tangki oksigen sekurang-kurangnya 16 jam sehari dan terpaksa melupakan hasrat untuk aktif di sekolah kerana penyakitnya.




Selanjutnya...

Lucu bila aku lihat adengan si Adun ni bertindak emosi.Sebagai golongan belia aku rasa Adun ni macam sudah kurang sabar atau tidak bijak mengawal amarahnya.


Selanjutnya...

Tuesday, November 27, 2007

MASJID & KIBLAT WALK,Putrajaya Dalam Kenangan..

masjid dan kiblat walk dalam pembinaan


lakaran interior design dalam masjid



ini merupakan pelan arkitek masjid tersebut


ini merupakan steel yang direka khas untuk 'joints' pembinaan struktur masjid


ini merupakan lakaran asal dimana ada dua tiang di masjid tersebut



gambar diatas semasa awal projek pembinaan





MASJID & KIBLAT WALK,Putrajaya Dalam Kenangan..

Aku baru lepas surf di laman blog Abg Faisal tehrani membaca puisi "dalam besi", lantas terkenang aku kenangan di Masjid & KIBLAT WALK, Putrajaya. hehe.Untuk pengetahuan dalam projek mega tu aku antara watak kecil dalam membina Masjid & KIBLAT WALK tu. Ianya berlaku sekitar tahun 2006 aku telah praktikal di projek mega tersebut.Sehingga kini aku masih simpan gambar-gambar kiblat walk.

Dalam praktikal aku tu aku diberi tugasan penting dengan di ketuai oleh Chief aku atau Ketua Jabatan Ukur(atau dalam englishnya surveying department) En. Mizi.Tugas aku masa tu ialah buat survey kat semua tempat kiblat walk.Jadi survey ini penting kerana sedikit kesilapan dalam pengiraan maka sesuatu sambungan(joints) pasti akan tersasar.Jadi ketepatan dalam AUTOCAD(double check) dan ketepatan Teodolite memang penting.

Tidak aku nafikan masa praktikal dibawah payung AZRB BHD(main contractor) dalam projek masjid kiblat walk memang meletihkan sampai kulit aku gelap.hehe..Jika anda semua pergi ke kiblat walk yang dijangka siap pada 2008 tu nanti akan nampak Bridge(jambatan) itu antara hasil kerja survey aku yang mencabar.Selain itu jugak sebelum steel yang besar itu diletakkan akulah antara watak kecil yang membuat kiraan untuk mendapatkan kedudukan(joints) yang tepat.Dalam department tu hanya ada 4 orang termasuk aku dan kemudiannya 3 orang termasuk aku dalam membuat hampir semua kerja survey.Cukup perit jugak laaa.hahahha

Alhamdulillah dalam praktikal di masjid & kiblat walk tu banyak mengajar aku secara nyata apa yang aku praktiskan dalam profesion aku. Jadi aku berbangga juga bahawa ada juga wakil MANTAN MPR yang membantu membina MASJID & KIBLAT WALK yang menelan belanja juta juta ringgit ni. Dan untuk pengetahuan anda, sebenarnya pelan asal masjid kiblat walk itu telah di tukar berikutan bajet tak cukup(itu kata staff masa aku praktikal).Sebagai tambahan aku jugak antara orang yang pernah memanjat 4 tiang paling tinggi kat masjid kiblat walk tu. Memang berisiko.hehe

Menarik pasal Masjid & KIBLAT WALK itu ialah struktur dia banyak gunakan steel.Kubah dia juga gunakan steel,itu yang menarik dan unik.Selain itu juga kedudukan dia bersebelahan dengan tasik menampakkan kecantikan yang tersendiri.Kawasan tu memang susah nak jumpa kerana tersorok tetapi sekarang ini aku rasa senang nak jumpa sebab hampir 80% rekabentuk bangunan dah siap. Kiblat walk tu berdekatan dengan PALACE OF JUSTICE(POJ). Disini aku lampirkan beberapa gambar masa aku praktikal.hehe..


Semoga bermanfaat..



Selanjutnya...

UTUSAN


Azizi tewaskan tiga pesaing bolot Hadiah Sastera Mastera

Oleh Nazmi Yaakub


TUAH BADAN: Buku kajian ilmiah dari Indonesia dan novel Sangeetha yang memenangi Hadiah Sastera Mastera 2007.

Sageetha tumpaskan Iga karya Zaen Kasturi yang layak hingga ke peringkat akhir kategori Karya Sastera Kreatif

KEMUNCULAN kembali Penerima Penulisan Sea 1983, Azizi Abdullah di persada sastera kebangsaan pada tahun ini disempurnakan dengan kemenangan novelnya, Sangeetha dalam Kategori Karya Sastera Kreatif, Hadiah Sastera Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera) Ke-5 2007.

Selepas novel satira, ‘Kawin-kawin’ pada 2002, Azizi bagaikan menyepi terutama dalam genre novel sebelum kembali menggegarkan dunia sastera dengan memenangi tempat kedua Kategori Novel, Sayembara Mengarang Jubli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) lewat Harga Sebuah Maruah.


Tahun ini juga, novel barunya, Memoir Seorang Guru menjengah pasaran, manakala Tukcai diulang terbit, selain novel Sangeetha turut diangkat ke skrip drama radio dan teater serta dipentaskan di Universiti Sains Malaysia (USM), pada Ogos lalu.

Panel Penilai Hadiah Sastera Mastera Ke-5 2007 menyifatkan Sangeetha sebagai novel terbaik Azizi dan antara novel penting Melayu abad ke-21 kerana menawarkan pengalaman estetika serta menghidangkan pengalaman intelektual baru ekoran tema yang memasuki persoalan nadir.

Novel itu menewaskan kumpulan puisi Iga karya Zaen Kasturi, mengapungkan tema yang jarang diungkapkan dalam cereka Melayu moden kerana menjengah dunia sepi orang tua apabila pengarangnya menggarap dan memanipulasi peranti seninya disesuaikan dengan rentak serta warna yang menjadi latar belakang naratif.

Panel penilai turut mengakui gerak novel berkenaan agak lambat, tetapi sesuai dengan usia watak utamanya sehingga kadang-kadang wujud pengulangan kerana berlegar dalam latar yang sama dan tiada set baru, sekali gus menjadi cermin kepada perjalanan hidup manusia.

Panel penilai turut memperaku pengarang Sangeetha melakukan penelitian mendalam mengenai pelbagai aspek yang membina naratif itu, seperti Islam, kepercayaan Hindu, budaya Melayu mahupun India, selain latar alam, rumah limas Perak, alat muzik tabla dan gambus.

Melalui keterampilan seninya, Jawatankuasa Pemilih Hadiah Sastera Mastera 2003 melihat pengarang mengadun bahan dengan struktural sehingga dapat mencipta nahu naratif yang seimbang antara bentuk dengan isi, persoalan dengan gerak serta warna yang melatari novel berkenaan.

Penilai Penilai Peringkat Serantau Hadiah Sastera Mastera 2007 dipengerusikan Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Firdaus Abdullah bersama timbalannya, Pengarah Jabatan Sastera DBP, Izzah Abdul Aziz serta panel peringkat negara, Dayang Aminah Momin (Brunei Darussalam), Prof Dr Shaharuddin Maaruf (Singapura), Datuk Dr Anwar Ridhwan bersama-sama Prof Dr Solehah Ishak (Malaysia).

Selain Sangeetha, Panel Penilai Hadiah Sastera Mastera Ke-5 2007 turut memilih Ntaidu novel Muslim Burmat terbitan DBP Brunei Darussalam sebagai pemenang Kategori Hadiah Sastera Kreatif selepas menewaskan kumpulan puisi Salam Takwa (Zairi MS - DBP Brunei Darussalam).

Novel berunsur Islam itu dianggap berjaya menyampaikan idea, tema dan mesej pengarang secara baik serta konsisten, lengkap dengan lambang dan citra yang membawa makna berkaitan ajaran Islam seperti ntaidu, air, pancuran, telaga, gua, burung merpati serta gagak.

Karya dari Indonesia yang turut memenangi kategori terbabit ialah kumpulan puisi Gugusan Mata Ibu karya Raudal Tanjung Benua terbitan Bentang Pustaka (Bentang) selepas menewaskan novel Perempuan Badai (Mustofa W Hasyim - P Idea).

Kumpulan puisi Gugusan Mata Ibu disifatkan panel penilai sebagai karya menggunakan bahasa simbol dan citra serta mempunyai jalinan imej yang aneh, tetapi memukau kerana fikiran, pengalaman serta perasaan diungkapkan dalam bahasa berdaya citra tinggi.

Bahasa puisi Raudal disifatkan sarat dengan kekaburan sehingga menyebabkan pembaca tertanya-tanya mengenai rahsia di sebalik simbol, selain estetika pantun yang melandasi hampir setiap larik dan bunyi, menjadikan puisinya sebagai titik pengembaraan pembaca untuk waspada terhadap permainan makna pengarang.

Penampilan ‘ibu’ secara kerap turut menjadi metafora kepada tempat berangkat dan berlabuh bagi semangat nasionalisme dan keindonesiaan, sekali gus menunjukkan keresahan Raudal sehingga pembaca dapat membaca nasionalisme yang disembunyikannya dan menafsirkan bahawa untuk menjadi Indonesia, mereka harus meninggalkan ibu etnik menuju ibu Indonesia.

Kategori Karya Sastera Bukan Kreatif Hadiah Sastera Mastera yang sebelum ini dikuasai oleh sarjana dari negara ini, dimenangi Pensyarah Universiti Indonesia (UI), Maman S Mahayana lewat bukunya, 9 Jawapan Sastera Indonesia: Sebuah Orientasi Kritik, sekali gus menewaskan Dr Brahim Tengah (Syair Rajang: Penyelenggaraan dan Analisis Teks) dan Ooi Eng Lee (Novel Terpilih Shahnon Ahmad: Satu Kajian Pendekatan Gender).

Sebelum ini, Indonesia hanya meraih kategori itu pada Hadiah Sastera Mastera Ke-3 2003 lewat Tasawuf yang Tertindas tulisan Abdul Hadi WM, manakala Malaysia memenanginya pada 2005, 2001 dan 1999 melalui Pemikiran Adab Ketatanegaraan Kesultanan Melayu (Dr Jelani Harun); Puitika Sastera Melayu (Prof Dr Muhammad Salleh) dan Rasa-Fenomenologi : Penerapan Terhadap Karya A Samad Said (Prof Dr Sohaimi Abdul Aziz).

Panel penilai menyifatkan karya Maman itu sebagai buku pertama yang membicarakan kritikan sastera Indonesia secara menyeluruh di tengah-tengah kesepian buku kritikan sastera negara jiran itu dengan mengetengahkan perbincangan pelbagai teori dan kritikan sastera selain mengunjurkan perspektif baru yang tidak disentuh pengamat serta peneliti sastera sebelum ini.

Panel penilai turut meletakkan buku Maman itu sebagai jawapan kepada keresahan sasterawan Indonesia yang menganggap sastera di negara mereka sedang bergelumang dalam krisis, selain menganggap karya itu sebagai rakaman sejarah pembentukan citra kepengarangan di negara berkenaan.

Hadiah Sastera Mastera lahir hasil kerjasama tiga negara anggota, Malaysia, Brunei Darussalam dan Indonesia dalam Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera) manakala hadiahnya dibahagikan kepada Kategori Karya Sastera Bukan Kreatif serta Karya Sastera Kreatif.

Ia bertujuan mengiktiraf karya sastera asli pelbagai genre yang ditulis dalam bahasa Melayu/Indonesia atau diterjemahkan ke dalam kedua-dua bahasa itu dan penganugerahan dilakukan setiap dua tahun sekali.

Selepas hampir sedekad Hadiah Sastera Mastera diperkenalkan, sewajarnya prestij dan kredibiliti anugerah itu ditingkatkan bagi memastikan buku yang memenanginya bukan hanya berlegar pada peringkat rantau ini, bahkan turut dipandang tinggi oleh dunia sastera antarabangsa.

Ini dapat direalisasikan dengan memilih satu karya sastera kreatif saja daripada semua buku tiga negara yang dipertandingkan, berbanding amalan semasa iaitu setiap karya dari satu negara.

Tidak salah sekiranya penganjur mengambil contoh mekanisme pemilihan hadiah sastera pada peringkat antarabangsa seperti Hadiah Man Booker atau Hadiah Sastera Man Asia yang hanya menobatkan satu karya sebagai pemenang tanpa mengira negara yang diwakili pengarang terbabit.

Malah proses penyaringan juga ketat apabila novel yang dinilai mewakili senarai panjang dan senarai pendek, sebelum panel penilai memilih karya terbaik untuk meraih hadiah wang bernilai kira-kira RM350,000 (STG50,000) bagi Hadiah Man Booker serta RM33,800 (AS$10,000) (Hadiah Sastera Man Asia).

Pemenang dua hadiah itu bukan saja membawa pulang hadiah wang berkenaan, bahkan novel yang memenanginya memperoleh nilai tambah daripada sudut penerbitan sebagai karya berprestij yang menjadi buruan pembaca berbahasa Inggeris, selain bakal diterjemahkan ke bahasa lain.

Bagi enam novel yang disenarai pendek sebagai calon Hadiah Man Booker pula, penganjur turut menghargainya dengan memberi hadiah sagu hati bernilai RM17,000 (STG5,000) termasuk pemenangnya.

Sekiranya Hadiah Sastera Mastera berjaya mengguna pakai mekanisme dengan memilih satu karya saja sebagai pemenang, tidak mustahil hadiah berkenaan akan turut disertai oleh negara Asean yang lain dengan sanggup menterjemahkannya sama ada ke bahasa Melayu atau bahasa Indonesia.

Selanjutnya...

Berita Harian


Menuntut ilmu usah sampai pinggirkan bahasa Melayu

Bersama Prof Dr Sidek Baba

AKHIR-AKHIR ini timbul lagi isu kepentingan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dan bahasa kedua. Secara perundangan, statusnya adalah jelas dalam konteks Malaysia, tetapi aspek penggunaannya menjadi isu antara integriti dan kemampuan mendapatkan ilmu menggunakan bahasa Inggeris.

Bangsa Anglo-Saxon atau orang Eropah menghantar orang yang mahir berbahasa Arab untuk datang ke Andalusia mempelajari dan menguasai ilmu orang Islam dalam segala bidang, kemudian menterjemahkannya ke bahasa Latin atau Ibrani sebagai asas maju dan berubah.

Strategi mereka ialah mengekalkan integriti sebagai bangsa Eropah dan menguasai ilmu pengetahuan daripada tamadun lain untuk maju.


Dalam konteks Malaysia, bahasa Melayu berada dalam kedudukan yang unik untuk dijadikan bahasa integrasi dan bahasa ilmu. Memperkasa diri dengan penguasaan bahasa Inggeris malah bahasa lain satu keperluan kerana sifat zaman berubah dan perkongsian ilmu dalam tamadun orang lain adalah dituntut.

Uniknya, bahasa Melayu dalam konteks umat Melayu terpancar istilah dan makna yang berasaskan sistem nilai. Sejak merdeka terbukti bahasa ini digunakan di pusat pengajian tinggi khususnya dalam bidang sains, teknologi dan perubatan.

Lulusan sekolah dan institusi yang menggunakan bahasa Melayu terbukti berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara tidak saja di universiti yang menggunakan bahasa Inggeris tetapi juga bahasa Perancis, Jerman, Jepun, Korea dan sebagainya.

Persoalan berbangkit ialah memperkasa bahasa Inggeris menyebabkan status aplikasi bahasa Melayu beransur-ansur dipinggirkan. Penggunaannya dalam subjek sains dan matematik tidak saja memberi kesan pencapaian dalam akademik, tetapi menjadikan penggunaan bahasa Melayu semakin tidak penting.

Lebih membimbangkan lagi, ia menjadi bahasa rojak dalam kegunaan harian. Ini bakal menyentuh integriti bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam konteks sebuah negara merdeka.

Memperkasa bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, malah bahasa Mandarin sebagai bahasa ketiga untuk menghadapi cabaran perubahan amat penting. Ia menuntut pendekatan pengajaran yang dinamik dan kreatif di bilik darjah serta kuliah supaya kesan penguasaannya terserlah.

Kemajuan teknologi serta modul terkini dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua dan ketiga terbuka luas untuk diaplikasikan supaya tidak saja penguasaan bahasa ibunda menjadi teguh tetapi dalam masa sama penguasaan bahasa Inggeris menjadi lebih baik.

Tidak ada asas akademik dan hujah integriti yang menyatakan meninggalkan bahasa ibunda dalam menguasai ilmu dan mendakap bahasa kedua menjadi bahasa utama menyebabkan sesuatu bangsa itu maju.

Orang Perancis, Jerman, Jepun, China dan Korea masih tetap mempertahankan integriti bahasa ibundanya untuk maju tetapi dalam masa sama, amat terbuka bagi menguasai bahasa lain sebagai strategi untuk maju dan membangun.

Strategi Malaysia untuk terus tidak mengubah peruntukan perundangan mengenai status bahasa ibunda baik dalam Perlembagaan atau Akta Pendidikan adalah sesuatu yang bijak. Memberi keutamaan untuk memperkasa bahasa Inggeris dan bahasa lain adalah langkah strategik untuk maju.

Psikologi ini harus diperkukuhkan dengan teguh dan mantap sebagai warga Malaysia tidak saja dalam dasar tetapi juga dalam amali serta aplikasi.

Memberi fokus mengenai sains dan matematik penting daripada sudut ilmu dan akademik. Menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar boleh memberikan dua implikasi besar. Pertama, bidang sains dan matematik amat rapat hubungannya dengan corak ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berkembang pada masa kini dan depan.

Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama menyebabkan jangka panjangnya meminggirkan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Ia juga menyentuh mengenai persoalan integriti kerana bahasa itu dikaitkan dengan jiwa sesuatu bangsa.

Melaksanakan strategi memperkasa bahasa Inggeris tanpa melakukan projek perintis, persiapan guru dalam penguasaan bahasa, prasarana pembelajaran tidak kondusif di luar bandar menyebabkan wujudnya jurang pencapaian yang berbeza dan boleh menyebabkan keciciran melebar.

Keputusan Kementerian Pelajaran untuk mengkaji dasar ini pada 2008 adalah suatu langkah bijaksana dan tidak terlalu lewat. Petanda yang ada dalam keputusan lalu menjadi bukti pelajar akan lebih mudah menguasai ilmu dan kemahiran menggunakan bahasa ibundanya dan dalam masa sama pemerkasaan bahasa Inggeris memerlukan perancangan dan strategi pembelajaran lebih berkesan.

Jika Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi dapat mengekal dan mengembalikan status Bahasa Melayu sebagai bahasa utama, Bahasa Inggeris sebagai bahasa penting, ia bakal menjadikan Malaysia negara yang mempunyai wibawa.

Kewibawaan mempertahan dan mengembangkan faktor teras sebagai bangsa merdeka dan terbuka dalam menguasai elemen luar lingkungan untuk maksud keilmuan dan kemajuan menggunakan bahasa penting dunia.

Selanjutnya...

Pelik bin ajaib

"Persoalan aku mudah untuk isu ini, boleh ke bidaan nombor kereta ini memajukan bangsa?Mungkin seakan melampau kata-kata aku ini tetapi adalah lebih baik bidaan itu di salurkan kepada mereka yang memerlukan kata mudahnya bersedekah.Isu 'Penyapu khir toyo' lebih baik dari isu ini.Atau mungkin perlu Konsep Islam Hadhari di tarbiyahkan kepada mereka"


Pejabat MB menang bidaan CCC 9

KUANTAN 26 Nov. – Pejabat Menteri Besar Pahang memenangi tender bagi mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan CCC 9 selepas membida pada harga RM48,000.

Harga tersebut merupakan yang ketiga tertinggi dibida bagi siri nombor CCC selepas Sultan Pahang yang membida pada harga RM76,600 untuk CCC 1 dan dua Exco kerajaan negeri yang membida sebanyak RM62,400 untuk CCC 3 dan CCC 8. Bagaimanapun dua Exco itu dilaporkan telah menarik diri.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri juga memenangi bidaan untuk nombor CCC 20 dengan nilai bidaan sebanyak RM5,500.

Senarai nama pemohon yang berjaya bagi nombor siri CCC yang ditender, kini dipamerkan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Alor Akar di sini.

Jumaat lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob memberitahu, dua anggota Exco kerajaan negeri Pahang yang membida nombor pendaftaran tersebut telah menarik diri.

Dua Exco itu ialah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Shahiruddin Ab. Moin dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Perpaduan, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail.

Adnan berkata, beliau tidak menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri untuk mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan berharga lebih RM10,000 kerana mereka mempunyai sumber pendapatan lain misalnya perniagaan.

‘‘Tetapi bagi mereka yang menjadi Exco, kalau nak beli nombor pendaftaran, saya nasihatkan berhentilah jadi Exco,’’ katanya.

Sementara itu, mengikut laman web JPJ, nombor 1 hingga 10 dikelaskan sebagai nombor utama dan pembida perlu membayar 10 peratus daripada nilai bidaan semasa memohon.

Pembida yang berjaya perlu membayar baki nilai tempahan dalam tempoh dua minggu dan mendaftarkan nombor tersebut dalam masa satu bulan.




Selanjutnya...

ILMU MAHABBAH/PENGASIHAN

Pengamalannya didahului dengan Hadiah Fatehah kepada :
1. Nabi Muhammad SAW.
2. Malaikat 4
3. yang Melakukan siapa
4. Yang dituju siapa
5. Ibu Bapak Kita

Kemudian :
Baca " Innama amruhu idza arodha syai'a ayyakulalahu kunfayakun" 700x

setelah itu baca :
syahadat 3x (tahan nafas)
Istighfar 3x (tahan nafas)
Sholawat Nabi 3 x (tahan nafas)

dan berdoa :
Ya Allah yang Maha besar dengan kebesaran ayat ini hamba memohon,dengan kekuatan khodam BASYIRI BIN ASYAL jadikanlah.............supaya..................... kepada hambamu lahir dan bathin karena kuasamu Ya Allah.
BASYIRI BIN ASYAL = khodam ayat tersebut.

Lakukan amalan tersebut selama 7 hari berturut2 dimulai dari hari AHAD.
semoga bermanfaat

Selanjutnya...

Dari Meja MPR dan kemudiannya hadir ke blog ini ...




Jangan ketinggalan untuk mendapatkan Antologi 12! (Himpunan Cerpen Pengarang Terpilih MPR Siri 2) yang akan dipasarkan pada awal disember ini!


Cerpen yang terkandung dalam antologi ini adalah;


99 Hari Emak Saya Dinaikkan Ke Angkasa
Oleh: Roslan Jomel

Revolusi Cinta, Xuanwa
Oleh: Nimoiz TY

Antara Dua Pusara
Oleh: Nisah Hj Haron

Tuah Dan Kucing Putih
Oleh: Muhammad Tarmizie Mohd Nor

Aku Tahu Apa Kau Lakukan Tika Musim Pisang Lepas
Oleh: Faisal Tehrani

Pelangi Di Kutaraja
Oleh: Khairul Nizam Abdul Raub

Bila Adik Pulang
Oleh: Ummu Hani Abu Hassan

Aku Mahu Terbang
Oleh: Ida Munira Abu Bakar

Perbayu
Oleh: Zulfazlan Jumrah

Kerana Teh
Oleh: Hani Salwah Yaakup

Cerita Malam Pertama
Oleh: Lutfi Ishak



Selanjutnya...

Tertarik...


Aku tertarik dengan wadah dari Cikgu Shamsuddin yang pernah menjadi pembimbing aku masa di MPR 2002.Dari blognya aku baca secara rawak dan sangat tertarik dengan satu artikel bertajuk Selamat bersidang UMNO @ Selamat TIDUR.Dari artikel tu aku ceduk antara isinya untuk dihuraikan iaitu pada isi ke 7 iaitu MENUTUP RUANG TERBUKA MEDIA.


1. BAHASA MELAYU MENJADI BAHASA MALAYSIA
2. PENDIDIKAN (MENDIDIK) BERTUKAR MENJADI PENGAJARAN (PELAJARAN)
3. TANAH RIZAB MELAYU MENJADI HAK BANGSA LAIN
4. KEMISKINAN MELAYU MASIH BERLAKU
5. UMNO TAKUT DUDUK SEMEJA DAN BERBINCANG DGN PAS, KEADILAN, NGO
MELAYU
6. MENYEKAT SUARA ANAK-ANAK MUDA MELAYU YANG BIJAKSANA DAN
BERGAGASAN
7. MENUTUP RUANG TERBUKA MEDIA
8. MENUTUP KES-KES NEGARA/ TOKOH NEGARA BERPROFAIL TINGGI
9. RASUAH BERLELUASA
10. AGAMA ISLAM DIPERSENDA
11. MEMPERCAYAI DAN MENDOKONG PEMIMPIN YANG JELAS TIDAK BERWIBAWA
12. SOMBONG DAN BONGKAK KEPADA RAKYAT

Jadi aku nak huraikan isi no.7 tu laa dalam situasi aku sekarang ni, haritu hantar 'posting' komen di blog yang dikatakan blog rasmi MPR perihal Memori di MPR. Aku punyer laaa tulis perihal memori di MPR 2002 tetapi ntah laa nak kata sang moderator itu telus memang kurang aku setuju kerana 2 kali posting aku dihapuskan. Ianya seperti mendukung fahaman 'ala pengampu' yang mana hanya meletakkan satu isu yang licin bersih serta senang dibaca oleh umum.

Yang menjadi isu ialah apabila ketidak telusan itu ditutup rapat-rapat hehe seperti 'tikus menyembunyikan keju'. Hal perkara ini tampak jelas dengan kongkongan keterbatasan minda sang moderator tersebut.Mungkin anggapannya seperti aku ini 'buat kacau' tetapi nampak jelas sang moderator kecut seperti 'jerawat batu timbul dihidung besarnya' takut berhadapan dengan kenyataan. Tetapi aku anggap ini sebagai satu tempoh perkenalan dan mungkin juga menguji kehebatan masing-masing.

Bersambung...









Selanjutnya...

Monday, November 26, 2007



Anggota Parlimen Sifatkan Kamus DBP Sebagai Kamus Bahasa Rojak

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Seorang anggota Parlimen hari ini menyifatkan jawatankuasa istilah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai mengalami "kemandulan" minda kerana gagal melakukan penyelidikan bagi mencari istilah tepat bagi sesuatu perkataan bahasa Inggeris.

Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh (BN-Gerik) juga menyifatkan kecenderungan DBP untuk mengubah ejaan perkataan bahasa Inggeris kepada bahasa Malaysia telah menjadikan Kamus Dewan sebagai kamus bahasa rojak.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan kepada Kementerian Pelajaran kenapa DBP sejak kebelakangan ini ghairah mengubah ejaan perkataan Inggeris kepada bahasa Malaysia pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menjawab soalan itu, Setiausaha Parlimen kementerian berkenaan P.Komala Devi berkata bahasa merupakan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik, membolehkannya berubah dan meminjam dari semua bahasa lain.

"Kami dapati bahasa yang dipinjam daripada bahasa Inggeris adalah berkaitan teknologi maklumat (ICT) ataupun komunikasi," katanya.

Komala juga berkata kementeriannya juga sentiasa berusaha mengurangkan penggunaan bahasa rojak di media massa kerana ia berupaya mempengaruhi rakyat negara ini berbahasa dan berinteraksi.

Antara usaha dan tindakan yang diambil termasuk penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan dan Penyeragaman Bahasa dalam Media Penyiaran sejak 2005, menyemak dan mengesahkan iklan dalam bahasa Malaysia dari segi tatabahasa sebelum dikemukakan.

Kerajaan juga telah menggubal cadangan pindaan Akta DBP bagi penguatkuasaan melalui undang-undang berhubung penyalahgunaan bahasa kebangsaan, katanya.

-- BERNAMA




Selanjutnya...

Abismillah ganti Bismillah
Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin

JOHOR BAHRU: Ayahanda Gunung Ledang yang dikaitkan dengan kaedah perubatan tradisional meragukan dikatakan menyuruh pesakitnya mengubah ucapan Bismillah kepada Abismillah ketika mendapatkan khidmatnya.

Ini kerana lelaki berkenaan mendakwa ejaan kalimah yang membawa maksud 'dengan nama Allah' itu sebenarnya bermula dengan huruf alif dan bukannya ba.

Perkara ini didedahkan seorang pembaca Harian Metro yang pernah mendapatkan rawatan daripada pasangan warga emas terbabit yang mahu dipanggil sebagai Ayahanda dan Bonda.

Rahayu Ahmad melalui e-melnya mendakwa, terdapat beberapa perkara meragukan diamal pasangan berkenaan sepanjang dia menjalani rawatan di rumah mereka di kaki Gunung Ledang itu.


Rahayu berkata, dia pernah mendapatkan khidmat pasangan itu pada 15 Oktober lalu iaitu pada Aidilfitri ketiga selepas dibawa keluarganya kerana percaya dia terkena sihir.

"Saya meragui amalan, cara dan kaedah perubatan mereka tapi ayah amat mengagumi kepandaian pasangan itu. Antara yang menimbulkan keraguan saya ialah lafaz Bismillah yang ditukar kepada Abismillah.

"Lelaki itu mendakwa lafaz Bismillah salah kerana perkataan itu sebenarnya dieja bermula dengan huruf alif, bukannya ba," katanya.

Menurut Rahayu, pasangan terbabit menggalakkan pesakitnya memulakan sesuatu perbuatan atau pekerjaan dengan hanya membaca A'uzubillah Abismillah saja.

"Perkara yang paling meragukan saya ialah dakwaan mereka mempunyai ilmu agama tinggi sedangkan sepanjang tempoh rawatan selama 11 jam, saya tidak nampak mereka solat.

"Malah proses rawatan saya dilakukan pada waktu Maghrib dengan semua yang hadir berzikir dengan kuat tapi tidak mengerjakan solat," katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang lelaki yang disoal siasat tidak mengaku dirinya 'Ayahanda Gunung Ledang' dan tidak mengetahui sama ada pihak lain memberikan gelaran berkenaan kepadanya.

Lelaki berusia 58 tahun itu mendakwa pelbagai gelaran diberikan kepada dirinya termasuk Tok Janggut, Tok Rongak.

Dia bersama seorang wanita berusia 51 tahun mendakwa hanya mengubat pesakit dengan mengenakan bayaran RM170 sebagai yuran pendaftaran sekali seumur hidup.

Keraguan lain yang ditimbulkan pasangan berkenaan ialah dakwaan Rahayu di bawah jagaan mereka sejak bayi, sedangkan Rahayu mendakwa tidak pernah mengenali, apatah lagi berjumpa pasangan itu sebelum ini.

"Ayahanda juga mendakwa boleh pergi ke sesuatu tempat atau destinasi secara ghaib, contohnya mendakwa pernah memasuki rumah saya tanpa dilihat atau disedari," katanya.

Menurut Rahayu, pada akhir rawatan, dia dimandikan dengan air gunung yang dicampur air limau sebelum diminta meminumnya.

"Saya tak pasti sama ada kaedah rawatan pasangan menyalahi syarak atau tidak, tapi meragui amalan kehidupan agama mereka berdasarkan apa yang saya lihat," katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ), Yosree Ikhsan ketika dihubungi berkata, tindakan mengubah perkataan Bismillah menjadi Abismillah itu akan membawa kepada makna yang berlainan.

Katanya, Bismillah membawa makna 'dengan nama Allah' tetapi apabila diubah menjadi Abismillah secara langsung membawa makna 'adakah dengan nama Allah'.

"Perbuatan seperti itu boleh merosakkan akidah oleh sebab itu kami merayu kepada sesiapa yang pernah mendapat rawatan daripada lelaki berkenaan supaya tampil menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa agama," katanya.

Selanjutnya...

Sunday, November 25, 2007


M
enuju kepada visi dan misi
Menuju kepada visi dan misi adalah untuk penegasan dan pendirian bahawasanya aku masih meneruskan agenda itu walaupun banyak halangan.Cabarannya banyak tetapi itu tak menjadi masalah pada aku.Bekal-bekal pengalaman aku selama ini dapat memeberi aku satu semangat yang jitu untuk meneruskan perjuangan ini walaupun seorang hehehe..walaupun sudah nampak dengan jelas halangan itu seperti permainan dari orang sendiri tidak mengapa.Biarkan sahaja.

Selanjutnya...

B
ermula hari isnin 26 November hingga 2 Disember penulis akan fokus untuk menggandakan zikir dan solat sunat bagi memantapkan keimanan dan ketaqwaan pada Yang Esa. Secara langsung untuk muhasabah diri.

Semoga dalam proses mendekatkan diri pada Yang Esa ini dapat memberikan satu motivasi dalam mencapai apa yang aku citakan.Amin

Selanjutnya...

Saturday, November 24, 2007

Isu ni dah lama
Nabi Palsu...katanya rasul melayu.(hehehe...sakit mental rasul melayu ni..)
orang yang tak betul jangan dibiarkan..




Selanjutnya...

Baiah



Baiah & silaturrahmi


Kenangan aku dalam liku-liku perjalanan aku banyak memberi aku ruang untuk berjumpa dengan orang-orang yang banyak membantu aku secara terang atau sebaliknya. Kadang-kadang rasa seperti satu temujanji yang dah lama,hanya tunggu masa sahaja hehe.. Dulu-dulu aku kurang memahami apa itu baiah dan silaturrahmi. Oleh kerana kurang faham aku merujuk pada orang yang lebih berpengalaman.Jadi sekarang aku faham serba sedikit perkara itu.Berikutan itu aku banyak silaturrahmi dan baiah dengan beberapa orang antaranya:-

Bpk Endah Indryono ( Nahdatul Ulama Indonesia)

Ulama Iran (semasa di kediaman Tan Sri Rashid Hussein [RHB] )

Mas Mochlis

Bpk Hj Noor

Bpk Sahri

dan lain-lain

Selanjutnya...

Genting Highland

Riwayat Lim Goh Tong

Oleh Shaidah Shafie
shasha@bharian.com.my


Cerita Saya - Lim Goh Tong

Anak petani miskin capai kejayaan berkat sokongan keluarga, tidak kenal erti kecewa

CERITA Saya karya mendiang Tan Sri Lim Goh Tong membawa khalayak menelusuri kisah hidup tokoh korporat bertaraf dunia bermula dengan kedatangannya ke Malaya dan pancaroba kehidupan anak pekebun sayur di Anxi, China, yang tidak memiliki asas pendidikan kukuh, tetapi berjaya mencapai kecemerlangan.

Autobiografi yang dibahagikan kepada 13 bab ini, dimulai dengan perutusan Perdana Menteri, Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi dan Kata Pengantar oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, mengenai semangat mahupun cita-cita Lim dalam mengharung cabaran bagi memajukan diri.


Berasal dari kampung kecil di jajahan Fujian, China, Lim menjejakkan kaki ke Malaya pada 1937 dan beliau pada peringkat awal tidak nampak sebarang jalan untuk bertapak dalam industri hartanah, tambahan pula sikap pemalu dan pendiam menyebabkan beliau tidak mempunyai rakan.

Beliau akhirnya mengubah sikap daripada pendiam kepada individu yang rajin bertegur sapa demi meneruskan kehidupannya dan perubahan berkenaan membuahkan hasil apabila Lim mula mendapat ramai kawan selain berpeluang bertukar pandangan.

Antara kerja awal Lim ialah menjadi pengusaha perkakasan, sebelum diberi kepercayaan oleh bapa saudaranya menguruskan projek pembinaan di Pulau Pinang yang membolehkannya mengenali selok-belok perniagaan terbabit dan mempelajari faktor yang membantu daya saing dalam bidang terbabit.

Pada masa sama, Lim tetap tidak melupakan asal usul dan pesanan ibu bapanya memberi semangat kepadanya untuk memberanikan diri menjadi kontraktor kecil-kecilan melalui perniagaan jengkaut yang kebetulan diperlukan untuk projek pembangunan negara selepas mencapai kemerdekaan.

Syarikat Kee Huat yang ditubuhkan beliau menampakkan masa depan yang menjanjikan apabila mendapat tender membina saluran kumbahan untuk Majlis Perbandaran Kuala Lumpur, sebelum diberi kepercayaan membangunkan projek pembinaan Empangan Air Itam di Pulau Pinang.

Selepas berjaya menyiapkan projek pertama itu, Lim sekali lagi mendapat kepercayaan kerajaan untuk membina Rancangan Pengairan Kemubu di Kelantan walaupun projek itu hampir menyebabkan beliau muflis, tetapi berkat usaha gigih dan gerak hati yang tepat, beliau dapat mengatasi cabaran untuk menyiapkan projek terbabit.

Ketika mengunjungi Cameron Highland, Lim tertarik dengan udara nyaman kawasan terbabit dan terfikir untuk membangunkan kawasan pelancongan bertaraf antarabangsa untuk rakyat Malaysia, lalu mengajukan Ulu Kali kepada kerajaan sebagai lokasi pilihan.

Apabila kerajaan bersetuju dengan cadangannya, Lim tidak bertangguh memulakan projek dan keberaniannya itu kerana beliau pernah melakukan dua projek dalam satu masa yang memaksanya berulang-alik antara Kelantan dan Pulau Pinang manakala segala urusan rumah tangga diserahkan sepenuhnya pada isteri.

Dari semasa ke semasa, syarikat Kee Huat yang dipelopori Lim semakin teguh dan maju selain mendapat banyak projek untuk dilaksanakan meskipun berdepan pelbagai halangan, malah ada antaranya hampir meragut nyawa beliau.

Selain menguasai bidang pembinaan, Lim menerokai beberapa bidang lain seperti pelancongan dengan kapal persiaran mewah, membina kasino dan hotel di luar negara hingga menerima pelbagai anugerah pada peringkat antarabangsa kerana kejayaan yang ditempa.

Meskipun tidak dapat mengetahui keseluruhan kisah hidup Lim yang penuh halangan, buku setebal 205 halaman terbitan Pelanduk Publication berharga RM28 senaskhah ini, mampu menjawab persoalan khalayak mengenai rentetan hidup Lim yang penuh liku sebelum ke puncak jaya.

Kasino bukti kejayaan

MENDIANG Tan Sri Lim Goh Tong dilahirkan pada 1918 adalah anak kepada petani, Lim Shi Quan dan Goh Ban yang menetap di Kampung Anxi, bahagian Tenggara wilayah Fujian, China berhijrah ke Tanah Melayu pada 1937 dan hanya bersekolah sehingga mencapai usia 16 tahun.

Lim tidak menjadikan kekurangan dalam pendidikan sebagai halangan mencapai cita-cita dan berusaha menjadi insan terbaik dengan mentakrifkan pengalaman sebagai sekolah terbaik bagi meningkatkan taraf hidup.

Beliau berkahwin dengan Lee Kim Hua pada usia muda dan dikurniakan enam cahaya mata, turut melalui zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan hampir terkorban di tangan tentera Jepun ketika mengunjungi rakan yang anti Jepun.

Didikan orang tua dan budaya China yang disuntik kedua-dua ibu bapanya menyebabkan Lim tidak pernah melupakan asal usul dan percaya dengan falsafah apabila seseorang menerima daripada masyarakat, maka dia berkewajipan membantu mereka, menjadi pegangannya yang diterjemahkan melalui Kumpulan Genting.

Melalui Cerita Saya - Lim Goh Tong yang diterbitkan pada 2004, beliau menceritakan mengenai kisah hidupnya yang bermula dengan kosong sebelum berjaya sehinggalah berjaya membina kasino bertaraf dunia melalui kegigihannya sehingga semua individu yang pernah mencebiknya, terpaksa membuka mata dan mengakui keupayaan beliau.

INFO: Cerita Saya - Lim Goh Tong

  • Penerbit: Pelanduk Publication
  • Harga: RM28
  • Halaman: 205 halaman

Selanjutnya...

HIZIB NABI YUSUF

Bismillahirrohmaanirrohiim

Falamma roainahu akbarnahu waqotho'na aidiahunna waqulna ha..sya lillaahi maa haadza basyaron in haadza illa malakung kariim.. 80X

idzqoola yuusufu liabihi yaa abati inni roaitu ahada a'syaro kaukabaw wasyamsa walqomaro roaituhum lii saajidiin..80X


Do'a


Allahumma inni as'aluka bihaqqi nabi yusufi faman nadzoroni la aklihaa wala assyrobihaa wanaumihaa illa majnuunim mashobati....( sebut nama yg di tuju)

Allahumma lay yilli qolbahaa 3X
jaa aka minni bibarokati kalamillahi ta'alaa yuhibbu anhum kahubbillahi walladzi aamanu asyaddu hubballillahi zuyyina linnasi hubbusy-syaahawati minan nisa'i walbanina walqona thiril muqong toroh 41x

Selanjutnya...

aku konvo hahahahha

UiTM CANSELOR YANG DIPERTUAN AGONG SULTAN MIZAN




aku konvo laaa pulak hehehe hidup UiTM...
Semua perasaan ada gembira,sedih,terharu dan lain lain lagi.
Penting sekali ialah UiTM benteng terakhir maruah bangsa Melayu...

Selanjutnya...

Friday, November 23, 2007

komen aku di laman rasmi mpr

Ini merupakan kali kedua saya menulis perihal kenangan semasa di MPR 2002.Yang pertama telah dihapuskan oleh moderator mungkin seperti 'sebuah kerajaan' yang asyik nak yang cantik-cantik sahaja isinya.hehe.Walaupun diketahui tiada keseimbangan dalam berkongsi cerita,tetapi ia bukan satu halangan.Rileks jer.Yang penting kita tau demokrasi itu telah disekat.Jadi aku meneruskan sambungan bahagian kedua.Jadi berbagai ragam semasa bengkel MPR 2002 berlangsung.Masing-masing mempunyai karya untuk dibentangkan.Aku masa tu yer laaa tengok mana satu awek cun.Tengok dan lihat dengan ketajaman mata aku.Pastu suka sembang dengan roomate aku (lupa nama dia).Masatu mengumpat laaa budak-budak yang kita rasa tak best dan poyo.Mangsa yang pertama Penghulu.Umpat gile2 sampai perut pun dah tak tahan nak gelak.Bagaimanapun umpatan itu hanya nak menyedapkan hati yerlaaa aku pun masatu amarah dengan penghulu sebab tetiba nak gaduh dengan aku.Aku takkan nak berdiam macam 'landak yang tak berduri'so aku mulakan permainan politik dengan cakap belakang.Nyata ramai jugak laa yang kureng setuju dengan cara penghulu.Ingat tak semua yang kita buat dipersetujui orang.Macam yang aku tulis sekarang ni pun mungkin tidak disenangi oleh beberapa pihak tapi aku tak fikir semua tu.Yang penting tak keluar tajuk cerita ni.Semasa penghulu menjadi wakil MPR 2003 aku rasa terhina sekali apabila dia cakap sesuatu yang aku sangat kurang senang.So aku gunakan mantan MPR 2003 ashikin sebagai 'perisik' aku dan beliau menceritakan kat aku A-Z apa yang diperkatakan oleh penghulu.So apa yang disampaikan oleh penghulu sangat bachul dan ada yang tidak benar mengenai MPR 2002.Jadi aku membantah keras dengan memberi surat layang.Bagi aku setiap manusia ada melakukan kesilapan dan aku pun tak terlepas dari kesilapan itu.hehe..Dengan surat layang yang aku bagi tu Penghulu terus amarah yerlaa dia kan sensitif.Dalam masa yang sama jugak penyatuan untuk MPR 2002 tidak menjadi kenyataan berikutan tidak mendapat sambutan.Terkini aku cuba untuk mengumpulkan semula mantan MPR atas tujuan untuk bersatu namun sayang bantuan yang aku ingin berikan ditolak bulat-bulat.Persoalannya kalau macam inilah cara penghulu maka sampai bila-bila tidak akan bersatu MPR 2002.Bersambung...

Selanjutnya...

Thursday, November 22, 2007

Pro & Kontra

Sembang aku dengan Penghulu MPR 2002 di http://bintanghati.blogdrive.com

Penghulu Hafiz menggunakan nama samaran : ilham
Manakala aku menggunakan nama samaran : autobot,autobots

"TEPUK DADA TANYALAH HATI..."

AUTOBOTS » hehehe penghulu MPR mana janjimu untuk menyatukan Mantan mpr 2002?

AUTOBOTS » long time long see...layari web blog rasmi MPR 2002 mungkin ko boleh lunaskan janji ko untuk himpunkan MPR 2002. www.mpr2002.blogspot.com

AUTOBOTS » http://mpr2002.blogspot.com

ilham » kan x nak kotakan janji aku... tapi kalau x dpt kerjasama dr suma pihak peserta mpr02, aku nak kata apa lagi?

ilham » sape ko ek autobots? leh aku tau sape?

autobot » aku ahli mantan mpr 2002 jugak.aku nak tolong ko ni..nak satukan bebudak kita.kerjasama tu laa yang aku nak

autobot » kalau nak tau lebey lanjut layarilah kapal web blog mpr 2002 di http://mpr2002.blogspot.com

autobot » mari kita berganding bahu menyatukan mantan mpr 2002.

autobot » aku syamsul johari.hehe...

ilham » salamz... joe, bkn ko ke antara org yg cukup membantah gila idea aku ngan ashikin dulu? siap antar surat layang apa semua!!!apa kes beb? x payahlah ko nak berganding bahu ngan aku... terima kasih saje

autobot » erkss ooo begitu ke.aiii nak jadi leader mesti laaa memahami anak buah dia.takkan baru diuji sedikit terus kecewa kot.hahahha

autobot » kalau ko tak nak berganding bahu takper.itu bukan kuasa aku nak suruh ko,yang penting aku dah cuba untuk ko memberi komitmen dalam merapatkan mantan mpr 2002

autobot » kalau ko merasakan apa yang aku cakap sebelum ini tak betul maka haruslah kiranya ko muhasabah diri balik begitu jugak aku.hehe.kalau ko rasa ko boleh satukan semua mantan mpr 2002 silakan


BERSAMBUNG...




FAKTA


*Mohd Hafiz Abdul Latiff merupakan Penghulu semasa MPR 2002.

*Beliau berhasrat untuk menyatukan mantan MPR 2002 suatu ketika dahulu.

*Kurang mendapat sambutan dari semua mantan 2002.

*Menyalahkan mantan MPR 2002 sendiri kerana tidak mahu bersatu.

*Seorang yang sensitif dan terlalu emosi
_________________________________________________________________

*Syamsul Johari Hj Jalaludin merupakan peserta MPR 2002.

*Suka memberikan pandangan tetapi seringkali dianggap sebaliknya.

*Berhasrat untuk menyatukan Mantan MPR 2002 dibawah kepimpinan Penghulu Mohd Hafiz.

*Tidak gentar segala kritikan, amaran, dan sebagainya dalam apa jua yang di agendakan.

*Mempunyai emosi tersendiri.

Selanjutnya...

JBS(wilayah persekutuan)




Pada hari ini 22/11/2007 aku telah dapat tawaran dari Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan untuk menghadiri ujian saringan untuk bakal peminjam SKIM TABUNG EKONOMI BELIA(STEB) pada 14/12/2007.

Aku sebenarnya tidak meletakkan harapan menggunung berikutan dalam permohonan aku tu aku mintak hampir RM 1 juta bagi pinjaman memulakan perniagaan baru.

Tapi itulah kata orang tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia tak siapa tahu.Semoga aku berjaya dalam ujian saringan ni.



Selanjutnya...

Wednesday, November 21, 2007

Terpukau lagak ‘Bonda’





Terpukau lagak ‘Bonda’
Oleh Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Menyucikan dosa dan membuang sial boleh dilakukan dengan hanya menyerahkan sejumlah wang serta barang berharga kepada seorang wanita bergelar ‘Bonda’ yang mendakwa orang perantaraan yang berkawan baik dengan wali Allah.

Dengan dakwaannya itu, wanita berusia 50-an terbabit dikatakan giat menipu ahli perniagaan, termasuk golongan kenamaan (VIP) untuk mengumpul harta dan wang.

Dia turut mendakwa suaminya jeneral tentera Indonesia, anak seorang hartawan yang juga sepupu Sultan Brunei selain sering berulang alik dari sini ke Makkah.

Lagak alimnya yang dikatakan gemar menderma ratusan ribu ringgit dan sering membaca doa serta zikir adalah lakonan semata-mata untuk mengaburi mangsa.


Dalam kes terbaru, seorang mangsa yang hanya dikenali sebagai Shah, 65, mendedahkan dia sekeluarga dipukau dan sesat akidah selepas ‘terkena’ perbuatan Bonda hingga kerugian hampir setengah juta ringgit.


Katanya, dia dan ahli keluarganya mengenali Bonda melalui menantu perempuannya yang bercerita mengenai seorang wanita alim sering menderma kepada pekerja setiap kali selepas membuat pengeluaran wang di bank.

Menurut ahli perniagaan itu, dia berkenalan dengan Bonda pada pertengahan tahun lalu untuk mencari pelabur untuk mengembangkan lagi perniagaannya.

“Pertemuan pertama diatur di bilik mewah sebuah hotel lima bintang tempat Bonda menginap. Ketika itu, saya ke sana bersama isteri dan tiga anak,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

“Saya dan keluarga ‘terpukau’ apabila Bonda membaca ayat suci al-Quran lalu mencelup sebentuk cincin ke dalam gelas sebelum tiba-tiba terpancar tiga warna.

“Kerana yakin, saya menyerahkan profil syarikat kepadanya dan Bonda bersetuju membantu perniagaan saya dengan bantuan awal RM1 juta sebelum Bonda menemui saya sekali lagi empat bulan kemudian,” katanya.

Dia kerap berjumpa Bonda selepas itu dan wanita terbabit mengaku dia ‘orang suci’ dengan menggunakan ayat suci al-Quran untuk menasihati dirinya dan keluarga.

“Bonda beritahu, saya dan keluarga banyak melakukan dosa besar dan tidak layak menerima wang pelaburan daripadanya selagi kami tidak menyucikan dosa terlebih dulu.

“Bermula saat itu, Bonda meminta kami memberikan wang ratusan ribu ringgit secara berperingkat sebagai syarat menyucikan dosa dan kami menurutinya tanpa banyak soal.

“Malah, saya turut menjual kereta Mercedes Benz saya,” katanya.

Bagaimanapun, apabila perasaan sangsi mula terdetik di dalam hati Shah, wanita itu segera menunjukkan ‘sakti’ dengan melonggokkan wang ribuan ringgit di depan matanya.

Ia dilakukan secara tiba-tiba selepas mangsa menuruti arahan wanita itu supaya membeli tiga penyapu lidi dan menyapu kawasan rumah serta pejabatnya.

Kata Shah, Bonda memberikan keluarganya bekas air berwarna emas didakwa mengandungi ‘air tujuh langit’ yang kononnya mujarab untuk menyembuh penyakit serta mampu menyucikan dosa.

“Saya dan keluarga sedar perbuatan ini syirik tapi ketika itu mulut kami seolah-olah dikunci,” katanya.

Menurutnya, keluarganya turut menerima jam tangan kononnya jenama Rolex, barangan kemas dan makanan, termasuk beras serta gula sebelum menyedari ia palsu selepas tersedar daripada dipukau.

“Bonda juga memberikan dua beg dan satu kotak besar yang kononnya mempunyai mata wang termasuk Ringgit Malaysia, Dolar Singapura, Dolar Amerika dan Pound Sterling yang banyak jumlahnya.

“Bagaimanapun, kami tidak boleh buka beg itu selagi dosa belum habis disucikan. Jika dibuka juga, Bonda mengugut seorang daripada kami akan mati,” katanya.

Menurutnya, dia bagaimanapun melanggar ‘pantang’ itu dan apabila membuka beg serta kotak berkenaan, ia hanya berisi beras dan gula.

Shah berkata, selepas hampir dua tahun diperbodohkan Bonda, dia menyedari ditipu lalu membuat laporan polis, baru-baru ini.

Selanjutnya...

Monday, November 19, 2007

Supranatural

Salam sejahtera untuk meriahkan blog ini maka aku tambah lagi tab link : Supranatural
Jadi dalam Supranatural ni akan di isikan perkara misteri,ilmu hikmah, isu semasa perihal misteri, paranormal dan semua pekara yang berkaitan.

ilmu ini dikenali sebagai ilmu yang dapat memberi seseorang yang dituju cinta dan kasih pada anda.Ianya dalam kategori ilmu pengasih berasal dari Indonesia.

Puter Giling Sukma

* Puasa 1 hari 1 malam, yang dimulai pada pukul 6 petang pada hari sabtu

dan buka pada pukul 6 petang pada hari minggu. Selama puasa tidak bo-

leh tidur.

* Mantra dibaca 33x selepas maghrib pada hari sabtu dan minggu.

* Pada malam hari, pusatkan pikiran pada orang yang dituju.

* Mantranya :


"Ajiku pengasih puter giling sukma, tak jaluk guro kuasamu jabang

bayine........................... elingo lan senengono lahir batin marang aku

seneng(3x) kesemsem(3x) lahir batin marang...............(PEMOHON)

uber aku(3x), kersaning gusti".


* Catatan :

-> Baris kosong titik (............) pada jabang bayine diatas, disebutkan

nama orang yang dituju.

-> Baris kosong titik (................) pada lahir batin marang .....(PEMOHON) disebutkan nama anda sendiri.

Selanjutnya...

Tiada sempadan...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket




Mungkin ramai yang tertanya untuk apa aku menulis dan sebab apa nak menulis..:) soalan lazim dari kawan-kawan,jawapannya mudah sahaja iaitu untuk berkongsi aliran pemikiran aku dan mengasah ketajaman "pena" aku yang dah lama tumpul.Jawapan itu adalah terasnya.

seperti biasa kritikan memang sentiasa aku terima dengan tangan yang terbuka untuk memperbaiki kualiti penulisan aku walaupun memang terdapat kritikan dil uar konteks penulisan. Macam-macam orang cakap samada secara terbuka atau tertutup tapi macam biasa aku ni jenis rileks.

Pengalaman memimpin siswa-siswi disebuah IPTS sebelum ke IPTA banyak mengajar aku erti bersabar dan menjadi perancang yang terbaik. Karenah, puak-puak, ugutan dan sebagainya aku rileks menjalaninya. Kata orang dengan kata-kata boleh memberi laluan mudah untuk kita berjaya didunia ini, Ya aku setuju.

Teringat aku masa memimpin dulu, aku terima ugutan bunuh.. :D nak gelak pun ada, tapi itulah orang melayu kita lebih suka menuduh buta tuli tanpa lihat dulu hasilnya. Ugutan tu aku terima bila mana katanya aku tak boleh mendahului si pulan tu. Berbekalkan ilmu berucap yang kecil ni aku dapat memperkuatkan pengaruh aku.

Perkara yang aku alami dulu mungkin hampir sama macam isu dato seri khir toyo dengan anugerah penyapunya.hehe,aku rasa wajar anugerah tu dibuat untuk beri perubahan pada melayu kita ni. Secara langsung membuka mata.

Perkara ni aku kaitkan pulak dengan sajak dari Allahyarham SN Usman Awang :

"...Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu? Masihkan tunduk tersipu-sipu? Jangan takut melanggar pantang, jika pantang menghalang kemajuan. Jangan segan menentang larangan, jika yakin kepada kebenaran. Jangan malu mengucapkan keyakinan, jika percaya kepada keadilan..."



Memang aku akui idola aku masa itu ialah seorang bekas timbalan perdana menteri dan juga Adolf Hitler jadi gaya ucapan aku pun lebey kurang macam mereka. Aku acap kali menonton video ucapannya dan semangat itu terus merasuk jiwa aku.

aku jugak peminat idealisme Tun Mahathir dalam meneraju kepimpinan negara.Mungkin aku masih 'kecil' dalam memberi pandangan aku kepada umum.

ohyer dulu cita-cita aku macam-macam masa lepas SPM pada awalnya nak ambik bidang Undang-undang kemudian tukar ambik bidang perniagaan.Pastu tukar lagi ambik bidang menjurus kepada kejuruteraan yakni bidang ukur bangunan walaupun pada hakikatnya nak ambik arkitek.

Alhamdulillah akhirnya berjaya mencapai cita-cita aku tu.dan masa nak degree ni pun sebelum ni ada konflik samada aku nak ambik kejuruteraan awam atau bidang lain. Oleh kerana masa dan pendapat keluarga aku tak ambik civil eng. tu tapi ambik bidang perniagaan. :)) yang penting aku enjoy dengan hidup aku.

kalau nak kata cabaran tu memang banyak tapi seperti aku katakan aku ni jenis rileks dan penyelesaian masalah tu dijadikan landasan.


Ok setakat ini sahajalah letih pulak aku menaip.

Selanjutnya...