MPR 2002 KERAMAT DAN MERDEKA »

MENGANGKASAKAN

MANTAN MPR 2002

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

"Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah engkau diantara orang yang bersujud yakni solat.Dan sembahlah Tuhanmu sampai yakin (ajal) datang kepadamu." Al-Hijr : 98-99


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

PERHATIAN!!!
Email penulis joharibrave di yahoo mail tidak lagi digunakan berikutan di senarai sebagai spam.Kepada mereka yang ingin berbicara silakan di sengkuangmerah@yahoo.com

Kepada mereka yang minat dan ingin mengetahui perihal spiritual dan paranormal sila layari dan menjadi member di Forum Paranormal Malaysia

Bagaimana untuk memartabatkan Mantan Minggu Penulis Remaja

Tuesday, December 18, 2007

Menjadi Seorang Malay Positif



Kadang-kadang menulis memberi kita masa untuk berfikir dan berkongsi kepada orang lain.Yer penulisan ialah idea kita yang dicurahkan untuk umum fahami dan dapat menangkap apa yang kita ceritakan/sampaikan.Penceritaan tidak semestinya menggunakan ayat yang mudah tetapi menggunakan perumpamaan untuk sinis kepada sesuatu isu.

Boleh saya katakan Penulis adalah Arkitek dalam menyampaikan penceritaan dan dalam masa yang sama membudayakan pemikirannya kepada umum.Teringat saya semasa belajar di Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur ada subjek yang memerlukan pencurahan idea yang memakan masa berminggu untuk melahirkan konsep bangunan dari sumber alam.

Mungkin saya boleh katakan untuk mengetahui peribadi seseorang penulis boleh juga menilai dari karya yang dihasilkan.hehe..Namun jangan jadi sombong sudah ler kerana ilmu itu bukan hak anda,tapi Hak Allah swt dan mungkin terjadi juga pada komuniti kita.Kadang-kadang perkara itu seperti dah jati diri.Persoalannya adakah kerana popularnya seseorang maka jauh sekali orang yang mahu belajar diketepikan?

Seringkali saya lihat di mana pun ada hierarki tersendiri walaupun sering dinafikan.hehe.Semoga perkara ini dapat di robahkan untuk kualiti itu di perbesarkan jumlahnya dan mungkin revolusi mental perlu dilakukan untuk mengelakkan penjajahan dengki negatif Malay bertebaran terus seperti kuman yang degil.

Selanjutnya...

Monday, December 17, 2007

Buku rujukan anda

Dipetik dari komen yang aku tulis di web blog senior MPR, kak nisah.

Assalamualaikum.Sekadar ingin berkongsi buku yang mesti baca.Info ni saya dapat semasa pergi kursus pada tahun 2001 oleh DBP yang disampaikan oleh Hj Hamzah Hamdani.
Saya sertakan buku patut baca untuk penulisan kreatif:-

1. Bakar Hamid dan usman awang (1973) Panduan Menulis Cerpen terbitan DBP
2. Samad Ismail (1966)Mengasah Bakat terbitan Pustaka Melayu Baru
3.Abdullah Hussain (1980) Penulisan cerpen:Kaedah dan Pengalaman terbitan DBP
4.Ayob Yamin & Hamzah Hamdani(1980)Penulisan Kreatif DBP
5.E.M Forster (1979) Aspek-aspek Novel DBP
6.Hashim Awang(1984) Teman Pelajar Kesusasteraan Fajar Bakti s/b
7.Ian Reid (1991) Cerpen DBP
8.Idrus Teknik mengarang cerpen Bi-karya publication ltd.
9.Ismail Ahmad (1984) Memahami novel dan cerpen Pelanduk Publications
10.Kassim Ahmad(1980) Seni Karang-mengarang Penerbitan Pena s/b
11.Mochtar lubis, Teknik Mengarang (jakarta P.T Nunang jaya)
12.Mohamad Diponegoro(1985) Yuk,Nulis Cerpen yuk(yogyakarta,shahaluddin press)
13.Othman Puteh(1988) Persediaan Menulis cerpen DBP
14.Othman puteh(1993) Penulisan cerpen :visi dan langgam DBP
15.Othman Puteh & Ramli isin (1988) Berkenalan dengan cerpen Fajar bakti s/b
16.Panuti Sudjiman (1988) Memahami Cerita rekaan (jakarta:pustaka jaya)
17.Pena 1964 Kursus Penulis(pustaka Antara)
18.Ramli Isin (1988) Berkenalan dengan Novel Fajar bakti s/b
19.Shahnon Ahmad 1979 Gubahan Novel DBP

Setakat itu sahaja kak nisah.Semoga memberi manfaat pada semua.

Selanjutnya...

Cerita akan datang batman: Dark Knight



Aku tak tau nak tulis apa harini.So tadi aku mencari-cari laaa sesuatu untuk pembacaan minda aku yang sangat ketagih informasi baru tentang apa-apa yang memberi manfaat mahupun hiburan pada aku.

Jadi kat sini aku bagi sedikit publisiti tentang cerita Batman: The Dark Knight yang bakal ditayangkan pada musim panas 2008.So pengarah cerita ni ialah Christopher Nolan, dan pelakon Christian Bale sebagai Bruce Wayne, aka Batman.

kat sini aku bagi korang tgk antara picture review untuk filem ni:

motorsikal batman


motorsikal dan batman


batman tgh posing

Selanjutnya...

Sunday, December 16, 2007

ILMU PEMBUKA KUNCI

Aku baru balik keje.Dalam ruang waktu keje aku tu Alhamdulillah aku dapat satu ilmu yang diberikan oleh sahabat aku.Ilmu ni ialah pembuka kunci.hehe..

Ilmu pembuka kunci ni bukanlah untuk bukak kunci rumah ke,kunci kete ke atau kunci yang korang faham tapi ialah "kunci yang dikuncikan oleh individu kepada seseorang".Sebagai contoh Seorang ayah, dan anak perempuannya,dimana jika anak perempuannya akan ke luar negeri jadi Si ayah akan ''mengunci anaknya'' supaya secara langsung anaknya itu dapat '"protection misteri"

Kebiasaannya jika di Indonesia jika anak perempuan mereka datang ke Malaysia.Keluarganya akan mengunci anaknya itu dengan pemakaian tangkal atau tali.Dimana tangkal tersebut mempunyai energi atau sumber kekuatan ghaib yang dapat membantu anaknya ketika kecemasan.

Berbalik kepada cerita aku dengan sahabat aku tu, maka dia pun memberikan aku ilmu tersebut.Hehe..Sebenarnya ilmu tersebut beliau dapatkan dari perguruan persilatan kerana masa itu beliau mencari-cari cara untuk membuka kunci pada individu yang memakai tangkal untuk "protection" ni.Dan semua maklum "protection ni ada kaitan dengan makhluk ghaib".

Jadi aku bersyukur laaa aku dah dapat ilmu mengunci dan membuka kunci ni.Dan ia amat bermanfaat pada aku.Dan minta maaf laa aku tak dapat memberitahu cara ilmu tersebut atas beberapa faktor, cukup sekadar informasi anda semua.

Selanjutnya...

Saturday, December 15, 2007

Gigi dan rambut Nabi Muhammad

Untuk tatapan kita semua iaitu gigi dan helaian rambut Nabi Muhammad s.a.w, semoga kita mendapat berkat.

Selanjutnya...

Iam Legend




Aku baru balik tgk cerita I AM LEGEND.Bagi aku cerita ni sangat best dan banyak aksi terkejut.Jadi kepada mereka yang bakal tengok cerita tu meh aku ceritakan kisahnya untuk korang dapat gambaran.

Ceritanya bermula begini kat New York pada tahun berapa ntah(lupa pulak) telah dilanda satu virus macam kanser dimana petanda awalnya mata akan jadi merah.Will Smith berlakon sebagai Kolonel Robert Neville (kalau tak silap spelling namanya) dia ni adalah orang yang sayangkan New York dan sanggup tinggal disitu seorang untuk mencari vaksin virus tu.

Jadi Kol.Robert Neville sanggup biarkan anaknya(marley sempena nama Bob Marley) dan isterinya keluar dari New york.Bagaimanapun semasa helikopter tu nak berlepas berlaku kejadian malang dan helikopter tu berkecai.

Kemudian kol.robert meneruskan kajian sehinggalah ke tahun 2012 bersama anjing kesayangannya.Musuh dalam cerita ini ialah virus tersebut dan Darkseeker(orang yang kena penyakit tu).Darkseeker ni sebenarnya manusia tapi sebab dah kene virus tu seakan macam mumia yang bertindak ganas.

Diawal cerita ni banyak imbasan dari kol.robert dan cerita kehidupannya bersama anjing.Masa robert ialah pegi memburu rusa,ambik jagung,pegi pinjam cerita dvd,main golf.Namun diwaktu malam rumahnya berkunci rapat kerana darkseeker tu aktif pada waktu malam.Darkseeker ni takley kene cahaya.

Diringkaskan cerita kemudian satu hari patung yang diletakkan di tempat robert letak kat kedai dvd tu beralih arah ketempat lain.Ianya perbuatan Darkseeker untuk umpan robert untuk masuk jerat.Akibat tekanan akhirnya robert termasuk umpan dan akhirnya anjing dia terkorban.

Sebelum itu Robert ada buat kajian untuk dapatkan vaksin bagi virus tersebut dan sebenarnya dah berjaya cuma tindak balas pada darkseeker perempuan yang dia jadikan sebagai bahan eksperimen lambat menunjukkan tindak balas.Hanya diakhir babak baru laa ada tanda penyembuhan pada eksperimen tersebut.

So robert ni setiap hari dia ada buat siaran guna radio AM pada sesiapa yang dengar supaya datang berjumpa dengan dia.Mesej tu sampai kepada sorang awek dan adik atau anak dia aku tak pasti tapi nama budak tu Ethan.Selepas anjing robert mati, robert dah blur dan bertekad untuk hancurkan semua darkseeker.

Tindakan robert boleh aku katakan bodoh jugak laa kerana hanya memburukkan keadaan.Namun semasa robert hampir terbunuh nasib awek bersama ethan tu datang menolong.Awek tu pun bawak robert pulang.

Dipendekkan cerita akhirnya rumah robert diketahui oleh darkseeker tu kerana ada kesan darah.So umah Robert hancur diserang gerombolan darkseeker.Semasa dibilik bawah tanahnya awek tu perasan bahawa ujikaji terhadap darkseeker perempuan tu dah ada perubahan kepada penyembuhan.

Namun berita gembira tu akhirnya bertukar sedih apabila Robert mengorbankan diri dia dan memberikan botol vaksin kepada awek tu.Jadi lepas tu awek dan ethan terus pergi ke tempat yang diorang katakan ada manusia lagi.

Akhirnya diorg jumpa manusia.Dan Robert Neville dikenang kerana berjaya mendapatkan vaksin kepada virus tersebut...Habis.

Selanjutnya...

Friday, December 14, 2007

GANYANG HINDRAF


Sebagai MELAYU MALAYSIA memang terasa dengan isu yang semakin panas menggelegak. Apabila ketuanan Melayu dicabar, maka aku tidak boleh tidak tunduk pada tuntutan mereka itu. Namun bagi aku kepala-kepala kepalang hindraf ini masih dihukum dengan hukuman yang tidak setimpal.Bagaimanapun syabas aku ucapkan kepada Perdana Menteri(MR CLEAN) kerana akhirnya kelembutannya di tegakkan dengan ketegasan bukan kelemahan.

Jika ditanya soal kepimpinan, aku rasa perkara itu adalah suatu yang subjektif.Dan bagi aku tidak kira siapa yang memimpin sudah pasti ada kelebihan dan kekurangannya.Seandainya DSAI jadi perdana menteri pun belum tentu sesuatu perkara dapat diselesaikan dengan mudah. Aku akui masing-masing punya ilmu namun masing-masing juga perlu memahami apa itu kepimpinan kerana konsep kepimpinan bermula dari pemimpin dan rakyat.

Ideologi Dsai dalam memperjuangkan isu seperti memang sangat terdesak walaupun mungkin ada kebenarannya hehe..Kadang-kadang begitu laa sifat manusia tidak mudah menyerah kalah.Bangkit menyerlahkan bakat walau di saat yang sukar.

Berbalik dengan isu Hindraf aku mengimbau zaman Melayu Tanah Melayu zaman dahulu kala.Dan ianya seperti masih menjadi penyakit menular sehingga sekarang.Dimana pada zaman raja-raja melayu, raja dan pemerintahannya menciptakan berbagai permainan seperti chongklak(itu bahasan indonesia,bahasa Malaysia pulak congkak),wau,gasing dan sebagainya bagi memastikan rakyat tidak mencampuri urusan politik.hehe..

Dan apabila orang melayu itu bergaduh pun nanti sesama melayu jugak tanpa ada unsur politik tetapi sebab permainan atau perjudian.Sebab itu ada sejarah mengatakan bahawa melayu ini suka berhibur dan persoalannya mana tidaknya tumpah kuah kalau tak ke nasi sinis pada raja-raja melayu zaman itu.

Dan 'semaian' itu menyebabkan golongan nelayan dan petani masa itu memang tidak berminat pada politik.Hanya raja dan golongan bangsawan layak untuk politik.Jadi dapatlah kita faham bahawa disebabkan cerita lama menyebabkan melayu kini ada kalanya masih seperti melayu dulu walaupun sudah merdeka 50 tahun.

Pelik dan ajaib Melayu seperti rileks sahaja apabila Hindraf menjadi RAJA JALANAN sambil terkinja-kinja mempertikaikan apa yang mereka tidakpuashati.Namun aku pasti kita ada sabar dan santunnya.Seandainya mereka(hindraf) sudah melampau batasan aku rasa tidak mustahil Melayu akan menunaikan harapan pemusnahan etnik jika itu yang mereka perkatakan.hehe...

Semoga melayu malaysia d ihormati..di hormati..di hormati.

Selanjutnya...