Entah mengapa firasat aku kuat menyampaikan sesuatu pada diriku.Dan aku sehingga tidak dapat tidur kerana FIRASAT ini seperti memaksa aku untuk melepaskannya supaya tekanan dapat diredakan.he.. he..
"Tahun 2008 ialah TAHUN HASIL pada aku"
Ada masa aku suka dengar lagu kitaro untuk memberi belaian kasih pada minda aku.Secara langsung seperti berada di'lautan idea'.Juga meningkatkan daya fikir hoka-hoki aku.
Selanjutnya...
Ringkasan...
Kadang-kadang menulis memberi kita
masa untuk berfikir dan berkongsi kepada orang lain.Yer penulisan ialah idea kita yang dicurahkan untuk umum fahami dan dapat menangkap apa yang kita ceritakan/sampaikan.Penceritaan tidak semestinya menggunakan ayat yang mudah tetapi menggunakan perumpamaan untuk sinis kepada sesuatu isu.
Boleh saya katakan Penulis adalah
Arkitek dalam menyampaikan penceritaan dan dalam masa yang sama
membudayakan pemikirannya kepada umum.Teringat saya semasa belajar di Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur ada subjek yang memerlukan pencurahan idea yang memakan masa berminggu untuk melahirkan konsep bangunan dari sumber alam.
Mungkin saya boleh katakan untuk
mengetahui peribadi seseorang penulis boleh juga menilai dari karya yang dihasilkan.hehe..Namun
jangan jadi sombong sudah ler kerana ilmu itu bukan hak anda,tapi
Hak Allah swt dan mungkin terjadi juga pada komuniti kita.Kadang-kadang perkara itu seperti
dah jati diri.Persoalannya adakah kerana
popularnya seseorang maka jauh sekali orang yang mahu belajar diketepikan?
Seringkali saya lihat di mana pun ada
hierarki tersendiri walaupun sering dinafikan.hehe.Semoga perkara ini dapat
di robahkan untuk kualiti itu di perbesarkan jumlahnya dan mungkin
revolusi mental perlu dilakukan untuk mengelakkan penjajahan dengki negatif Malay bertebaran terus seperti kuman yang degil.
Selanjutnya...
Ringkasan...
Aku baru balik dari ujian STEB dan aku lulus ujian itu.hehe dan sekarang ini tinggal setengah jam lagi untuk aku bersiap bagi menunaikan solat Jumaat.Jadi dikesempatan ini aku ingin berkongsi tentang pengertian rezeki.
Aku menerangkan pengertian rezeki ini melalui ilham dan pengalaman aku.Jadi rezeki ialah suatu pemberian dari Allah kepada manusia tidak kira anda muslim atau non muslim semuanya diberikan rezeki.Rezeki tidak semestinya dengan wang semata-mata tetapi luas aspeknya.
Sebagai contoh sekiranya anda mendapat pekerjaan baru,itu rezeki; anda dapat hadiah sempena hari jadi anda itu rezeki jadi dapatlah kita ketahui bahawa skop rezeki itu luas dan tidak tertakluk kepada sesuatu sahaja.
Seterusnya aku nak bawa kefahaman rezeki mengikut kefahaman orang sekarang.Dimana orang sekarang ini selalu beranggapan rezeki itu melalui orang lain maksudnya ialah seperti kita tolong orang maka mungkin orang itu atau orang lain akan menolong kita semula.
Namun konsep kefahaman itu sebenarnya janggal kerana meletakkan fahaman bahawa rezeki itu bermula antara satu manusia dengan manusia lain.Dan perkara ini sebenarnya harus disedarkan bahawa REZEKI itu datang dari Allah swt dan bukan melalui manusia.
Apabila kita meletakkan rezeki itu datang dari Allah swt barulah konsepnya betul dan insyaallah rezeki akan bertambah kerana keyakinan,dan Allah jua lah tempat kita memohon dan berserah.
Mungkin setakat ini dulu aku nak gi solat jumaat.
***********************************************************************************
sekarang dah petang.Nah aku sumbat seni khat..

aku malas nak memanjangkan bab pengertian rezeki sebab mengikut psikologi melayu memang suka yang ringkas tetapi padat dan jelas.Jadi untuk rilekskan otak anda terimalah lagu nasyid dari Tarekat Naqshbandi
Selanjutnya...
Ringkasan...
Aku tertarik dengan wadah dari Cikgu Shamsuddin yang pernah menjadi pembimbing aku masa di MPR 2002.Dari blognya aku baca secara rawak dan sangat tertarik dengan satu artikel bertajuk Selamat bersidang UMNO @ Selamat TIDUR.Dari artikel tu aku ceduk antara isinya untuk dihuraikan iaitu pada isi ke 7 iaitu MENUTUP RUANG TERBUKA MEDIA.
1. BAHASA MELAYU MENJADI BAHASA MALAYSIA
2. PENDIDIKAN (MENDIDIK) BERTUKAR MENJADI PENGAJARAN (PELAJARAN)
3. TANAH RIZAB MELAYU MENJADI HAK BANGSA LAIN
4. KEMISKINAN MELAYU MASIH BERLAKU
5. UMNO TAKUT DUDUK SEMEJA DAN BERBINCANG DGN PAS, KEADILAN, NGO
MELAYU
6. MENYEKAT SUARA ANAK-ANAK MUDA MELAYU YANG BIJAKSANA DAN
BERGAGASAN
7. MENUTUP RUANG TERBUKA MEDIA
8. MENUTUP KES-KES NEGARA/ TOKOH NEGARA BERPROFAIL TINGGI
9. RASUAH BERLELUASA
10. AGAMA ISLAM DIPERSENDA
11. MEMPERCAYAI DAN MENDOKONG PEMIMPIN YANG JELAS TIDAK BERWIBAWA
12. SOMBONG DAN BONGKAK KEPADA RAKYAT
Jadi aku nak huraikan isi no.7 tu laa dalam situasi aku sekarang ni, haritu hantar 'posting' komen di blog yang dikatakan blog rasmi MPR perihal Memori di MPR. Aku punyer laaa tulis perihal memori di MPR 2002 tetapi ntah laa nak kata sang moderator itu telus memang kurang aku setuju kerana 2 kali posting aku dihapuskan. Ianya seperti mendukung fahaman 'ala pengampu' yang mana hanya meletakkan satu isu yang licin bersih serta senang dibaca oleh umum.
Yang menjadi isu ialah apabila ketidak telusan itu ditutup rapat-rapat hehe seperti 'tikus menyembunyikan keju'. Hal perkara ini tampak jelas dengan kongkongan keterbatasan minda sang moderator tersebut.Mungkin anggapannya seperti aku ini 'buat kacau' tetapi nampak jelas sang moderator kecut seperti 'jerawat batu timbul dihidung besarnya' takut berhadapan dengan kenyataan. Tetapi aku anggap ini sebagai satu tempoh perkenalan dan mungkin juga menguji kehebatan masing-masing.
Bersambung...
Selanjutnya...
Ringkasan...

M
enuju kepada visi dan misi
Menuju kepada visi dan misi adalah untuk penegasan dan pendirian bahawasanya aku masih meneruskan agenda itu walaupun banyak halangan.Cabarannya banyak tetapi itu tak menjadi masalah pada aku.Bekal-bekal pengalaman aku selama ini dapat memeberi aku satu semangat yang jitu untuk meneruskan perjuangan ini walaupun seorang hehehe..walaupun sudah nampak dengan jelas halangan itu seperti permainan dari orang sendiri tidak mengapa.Biarkan sahaja.
Selanjutnya...
Ringkasan...
Baiah & silaturrahmi
Kenangan aku dalam liku-liku perjalanan aku banyak memberi aku ruang untuk berjumpa dengan orang-orang yang banyak membantu aku secara terang atau sebaliknya. Kadang-kadang rasa seperti satu temujanji yang dah lama,hanya tunggu masa sahaja hehe.. Dulu-dulu aku kurang memahami apa itu baiah dan silaturrahmi. Oleh kerana kurang faham aku merujuk pada orang yang lebih berpengalaman.Jadi sekarang aku faham serba sedikit perkara itu.Berikutan itu aku banyak silaturrahmi dan baiah dengan beberapa orang antaranya:-
Bpk Endah Indryono ( Nahdatul Ulama Indonesia)
Ulama Iran (semasa di kediaman Tan Sri Rashid Hussein [RHB] )
Mas Mochlis
Bpk Hj Noor
Bpk Sahri
dan lain-lain
Selanjutnya...
Ringkasan...
IDEA + ANUGERAH
Terlintas di fikiran aku bagaimana nak merapatkan mantan MPR. Mengambil masa dalam tidak sampai 30 minit maka minda aku mengutarakan idea yang mungkin nanti dapat dicambahkan oleh MPR lain. Idea yang masih kurang sempurna tetapi wajar dititik beratkan, itu mengikut pendapat aku(hehehe).
Untuk merapatkan mantan MPR aku nak beri cadangan agar diwujudkan suatu pertandingan dimana setiap batch mantan mpr perlu bersatu didalam batch masing-masing seterusnya setiap akhir tahun kita lihat batch mana yang banyak hasilkan karya.
Batch yang banyak menghasilkan karya akan di anugerahkan hadiah mungkin anugerah itu boleh di namakan sebagai "Anugerah Hizairi Othman"(dengan izin).Secara langsung mantan mpr dapat merapatkan silaturrahim dan bersatu.
Semoga idea ini dapat dikembangkan lagi.
Terima kasih.
Selanjutnya...
Ringkasan...
Salam Sejahtera
ini merupakan hari kedua saya berada didalam kursus penternakan, saya memilih untuk tidak menginap ditempat yang disediakan sebaliknya memilih untuk berulang. Apa yang saya dapat berkongsi dengan anda semua tidak kira samada penulis maupun tidak ialah untuk berjaya kita harus sanggup melawan arus.
KENAPA?
Jawapannya ialah sangat-sangat perlu berikutan selalunya kita dilabelkan seperti katak dibawah tempurung, katak didalam gelas dan sebagainya.Melawan arus tidak sesekali melawani takdir tetapi ialah 'advance' dari segi pemikiran,pengetahuan dan yang berkaitan dalam survivor kehidupan seharian.Ini perlu bagi memastikan lebih ramai lagi orang-orang berjaya dapat terus bertapak khasnya orang melayu,Malaysia.
KENAPA?
Melawan arus perlu pada tempatnya bukan tidak kena pada tempatnya ini secara langsung memberi implikasi pada diri sendiri. Saya ambil kira semua ini bagi membuka mata lebih ramai generasi baru melayu supaya sama-sama maju dan tangkas serta bijak dalam arus yang dipilih.
KENAPA?
Secara langsung kita dapat melahirkan lebih ramai melayu mahir dalam bidang masing-masing.Saya pernah mengikuti banyak kursus keusahawanan dikelolakan kerajaan dan swasta tetapi sayangnya yang hadir adalah golongan umur pertengahan usia sekitar 30-an dan ke atas.Jadi kemana pergi golongan belia umur lingkungan 20-an.
MENGAPA?
Mungkin kerana sibuk dalam pengajian atau mungkin sibuk dalam 'merempit' tidak kurang juga di pusat serenti.Ada juga alasan yang dulunya dikatakan munasabah tetapi tidak untuk zaman milennium ini iaitu alasan kerana masih muda dalam dunia perniagaan maka harus makan gaji,lebih selamat dari menerima risiko rugi.Sebaiknya mindset seperti itu harus di buang jauh-jauh bagi memastikan melayu hari ini berada di landasan yang sebenar,berjaya dalam semua aspek di tanah air sendiri serta menguasai 70% ekonomi Malaysia.
BAGAIMANA?
Peluang sudah banyak diberikan kita hanya perlu bijak mendapatkan peluang itu dan realisasikan dengan penuh tekun dan sabar dan jangan mengenal erti putus asa.Saluran agensi kerajaan sudah tersedia untuk melahirkan usahawan-usahawan baru.Alasan tiada modal tidak harus menjadi halangan untuk berniaga.Bagi saya orang yang berkata seperti ialah kerana tiada keyakinan dalam diri mereka untuk melawan halangan itu.
SETERUSNYA?
Berfikirlah dengan sedalam-dalamnya kerana ia merupakan perobahan yang anda lakukan untuk diri dan masa depan anda sendiri.
Saya yakin jika ramai yang mempunyai iltizam untuk melawan arus maka suatu hari nanti kita dapat lebih berjaya ditanah air.Kita tidak mahu dipinggirkan di tanah air sendiri.
SELANJUTNYA?
MARI KITA BERUBAH!
Selanjutnya...
Ringkasan...