MPR 2002 KERAMAT DAN MERDEKA »

MENGANGKASAKAN

MANTAN MPR 2002

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

"Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah engkau diantara orang yang bersujud yakni solat.Dan sembahlah Tuhanmu sampai yakin (ajal) datang kepadamu." Al-Hijr : 98-99


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

PERHATIAN!!!
Email penulis joharibrave di yahoo mail tidak lagi digunakan berikutan di senarai sebagai spam.Kepada mereka yang ingin berbicara silakan di sengkuangmerah@yahoo.com

Kepada mereka yang minat dan ingin mengetahui perihal spiritual dan paranormal sila layari dan menjadi member di Forum Paranormal Malaysia

Bagaimana untuk memartabatkan Mantan Minggu Penulis Remaja

Friday, December 14, 2007

Pengertian REZEKI

Aku baru balik dari ujian STEB dan aku lulus ujian itu.hehe dan sekarang ini tinggal setengah jam lagi untuk aku bersiap bagi menunaikan solat Jumaat.Jadi dikesempatan ini aku ingin berkongsi tentang pengertian rezeki.

Aku menerangkan pengertian rezeki ini melalui ilham dan pengalaman aku.Jadi rezeki ialah suatu pemberian dari Allah kepada manusia tidak kira anda muslim atau non muslim semuanya diberikan rezeki.Rezeki tidak semestinya dengan wang semata-mata tetapi luas aspeknya.

Sebagai contoh sekiranya anda mendapat pekerjaan baru,itu rezeki; anda dapat hadiah sempena hari jadi anda itu rezeki jadi dapatlah kita ketahui bahawa skop rezeki itu luas dan tidak tertakluk kepada sesuatu sahaja.

Seterusnya aku nak bawa kefahaman rezeki mengikut kefahaman orang sekarang.Dimana orang sekarang ini selalu beranggapan rezeki itu melalui orang lain maksudnya ialah seperti kita tolong orang maka mungkin orang itu atau orang lain akan menolong kita semula.

Namun konsep kefahaman itu sebenarnya janggal kerana meletakkan fahaman bahawa rezeki itu bermula antara satu manusia dengan manusia lain.Dan perkara ini sebenarnya harus disedarkan bahawa REZEKI itu datang dari Allah swt dan bukan melalui manusia.

Apabila kita meletakkan rezeki itu datang dari Allah swt barulah konsepnya betul dan insyaallah rezeki akan bertambah kerana keyakinan,dan Allah jua lah tempat kita memohon dan berserah.

Mungkin setakat ini dulu aku nak gi solat jumaat.

***********************************************************************************
sekarang dah petang.Nah aku sumbat seni khat..



aku malas nak memanjangkan bab pengertian rezeki sebab mengikut psikologi melayu memang suka yang ringkas tetapi padat dan jelas.Jadi untuk rilekskan otak anda terimalah lagu nasyid dari Tarekat Naqshbandi


1 komen anda:

aria ayumi said...

ye. ye. setuju sama kamo. rezeki itu luas aspeknya. dan dtg dr Nya. tak perlu bergantung pd manusia :)

btw, tahniah ye ;)