MPR 2002 KERAMAT DAN MERDEKA »

MENGANGKASAKAN

MANTAN MPR 2002

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

"Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah engkau diantara orang yang bersujud yakni solat.Dan sembahlah Tuhanmu sampai yakin (ajal) datang kepadamu." Al-Hijr : 98-99


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

PERHATIAN!!!
Email penulis joharibrave di yahoo mail tidak lagi digunakan berikutan di senarai sebagai spam.Kepada mereka yang ingin berbicara silakan di sengkuangmerah@yahoo.com

Kepada mereka yang minat dan ingin mengetahui perihal spiritual dan paranormal sila layari dan menjadi member di Forum Paranormal Malaysia

Bagaimana untuk memartabatkan Mantan Minggu Penulis Remaja

Tuesday, December 4, 2007

W
ayang kulit semakin tersisih SALAH sebuah persembahan wayang kulit yang diadakan di Akademi Warisan Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

MEREMPAT di halaman sendiri, disisih dan di ketepi serta seolah-olah tidak diperlukan. Mungkinkah begitu fenomena yang boleh digunakan bagi menggambarkan nasib wayang kulit?

Barangkali ada naluri tidak mahu melihat fenomena ini membelenggu, tetapi, mahu atau tidak, tidak suka atau malu, inilah hakikat sebenar yang terbentang.
Tatkala kemajuan dan hiburan moden mendapat perhatian dan tempat, wayang kulit berdepan dengan masa depan yang tidak menentu.
Apakah ia masalah khalayak, penggiat atau pihak berkuasa?
Jawapannya, ia tidak hanya berkisar kepada salah satu tetapi masing-masing perlu memainkan peranan positif bagi menyemarakkan lagi seni rakyat ini agar gagal meniti zaman.
Andai salah satu bahagian gagal memainkan fungsi, seni tradisi ini tetap menemui jalan sukar dan tidak mengejutkan juga ia berkubur.
Perkara ini didedahkan oleh seorang pengkaji dari Jepun, Togari Yasuka pada Kongres Sebudaya Serumpun yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Lalu apakah pencinta seni, budaya dan warisan perlu bimbang terhadap trend negatif daripada berlanjutan sehingga tidak ada sebarang harapan yang tinggal?
Jika binatang boleh diselamatkan daripada kepupusan dengan pembiakan di habitat dan membelanya di zoo, apakah permainan wayang kulit memadai sebagai pameran di muzium?
Ini adalah penyudah menyedihkan, tetapi keagungan Tok Dalang Baju Merah seperti yang diceritakan oleh Rahimidin Zahari dari Istana Budaya dalam kertas kerja iringannya, Dollah Baju Merah: Dalang Wayang Kulit Kelantan tidak boleh dianggap sebagai cerita nostalgia bahawa wang kulit, tok dalang dan pasukannya pernah menghidupkan seni persembahan ini.
Dalam suasana yang muram ini, pastinya ketokohan yang dimiliki oleh Dollah Baju Merah perlu dimanfaatkan.
Malangnya, seperti yang dinyatakan, amat sukar dan mungkin mustahil mendapat seorang tok dalang sepertinya yang boleh dikatakan memiliki kemampuan perdalangan yang sempurna.
“Pemuliharaan seni tradisional sering ditekankan bukan sahaja di Malaysia, tetapi di merata-rata dunia kebelakangan ini.
“Tetapi tidak banyak perbahasan mengenai mengapa kita harus memulihara seni persembahan tradisional, untuk siapa, dan dengan cara yang bagaimana,” katanya semasa membentangkan kertas kerja Perkembangan Semasa Wayang Kulit Kelantan.
Kongres Sebudaya Serumpun g dianjurkan oleh Persatuan Penulis Nasional (PENA), Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Menurut Togari, wayang kulit yang pernah popular suatu ketika dulu di Kelantan telah mula menghadapi kemerosotan pada tahun 1970-an dan keadaan tersebut semakin buruk.
Berdasarkan bilangan tok dalang, terdapat kejatuhan yang terlalu besar apabila pada penghujung tahun 1960-an ketika kajian dibuat oleh ahli akademik, Amin Sweeney, mendapati terdapat lebih 300 orang dalang.
Bagaimanapun, jumlah tersebut semakin merosot dari dekad ke dekad kepada 37 orang pada 1982, turun kepada 25 orang pada 1988 dan 11 orang pada 1999.
Tetapi apakah punca kepada seni yang pernah memiliki populariti melebihi filem di Kelantan akhirnya bagaikan hidup segan, mati tidak mahu?
Hakikatnya, medium hiburan seperti filem sudah mendapat tempat sebagai sumber hiburan dan ditambah dengan kemunculan televisyen yang menawarkan pelbagai jenis rancangan untuk setiap lapisan penonton.
Pada masa yang sama, wayang kulit sama seperti seni tradisi lain yang membawa perkataan “tradisional” seolah-olah terkena badi.
Perkataan “tradisonal” tersebut menyebabkan ia dianggap sesuatu yang terkebelakang dalam arus hidup sekarang, sesuatu yang membosankan dan nilainya tidak lebih daripada sesuatu yang bersifat tradisi dan nostalgik.
Keadaan ini diburukkan lagi dengan meningkatnya kesedaran mengenai Islam termasuk tindakan kerajaan negeri Kelantan yang mengharamkan persembahannya, serta keperluan mendapatkan lesen bagi mengadakan pementasan.
Sudah pasti keadaan seperti ini amat tidak kondusif bagi seni yang sudah menghadapi kesukaran dan dilema.
Melihat kepada situasi tersebut apakah sudah ada usaha yang benar-benar menyakinkan demi melihat seni ini kembali seperti zaman kegemilangannya suatu ketika dulu?

pengharaman

Jika alasan pengharaman ia dipersembahkan kepada khalayak adalah unsur yang bertentangan dengan Islam, maka sewajarnya perubahan dilakukan.
Demikian juga jalan ceritanya yang berkisar dengan kisah Sri Rama dan Sita Dewi atau Hanuman Kera Putih yang merupakan warisan pengaruh Hindu tidak memungkinkan ia mampu menarik perhatian khalayak.
Lantaran itu, sudah menjadi kewajaran bahawa mencari kisah dan penceritaan baru yang sesuai dengan keadaan dan khalayak semasa perlu dilakukan.
Tentunya, kerajaan negeri yang diterajui Pas perlu memainkan peranan proaktif dalam mencari “bentuk dan rupa” baru yang dikehendaki agar selari dengan tuntutan agama.
“Persembahan wayang kulit di Kelantan sehingga hari ini, pada dasarnya tidak dibenarkan di kawasan terbuka, kecuali di persembahan di Gelanggang Seni (anjuran Pusat Penerangan Pelancongan) di Kota Bharu,” jelas Togari.
Penjelasan tersebut menunjukkan kesukaran yang dihadapi dan diperkatakan selama ini tidak pernah berakhir.
Melihat kepada keperluan mencari bentuk baru dalam aspek hiburan tradisi ini, ikhtiar DBP memperkenalkan wayang kulit versi baru dengan jalan cerita yang menampilkan watak manusia biasa.
Ia perlu mengadaptasi konsep hiburan semasa sebagaimana dikir barat terus mendapat tempat di Kelantan sebagai seni hiburan kerana kemampuannya mempersembahkan pelbagai lagu mengikut aliran muzik sezaman.
Ini merupakan cabaran kepada tok dalang kerana kebanyakan daripada mereka terus terikat dengan gaya penceritaan dan kisah lama.
Tetapi demi kelangsungan seni ini, pembaharuan dan perubahan secara drastik dan berani perlu dilakukan.
Dan apakah usaha DBP memperkenalkan wayang kulit versi baru akan berjaya? Sukar untuk menjangkakan usaha ini akan membuahkan hasil yang diharapkan.
Tidak mustahil juga percubaan ini kekal menjadi suatu dokumentasi bahawa wujud usaha bagi menyelamatkan seni pada suatu masa.
“Di bawah pengharaman wayang kulit secara hakikatnya sejak 1991, hampir semua tok dalang di Kelantan tidak mempunyai anak murid.”
“Tok dalang sekarang menolak untuk bermain wayang kulit versi baru versi baru dan tidak ada tok dalang muda untuk bermain wayang kulit versi baru dengan wayang kulit versi lama masih tidak dibenarkan untuk bermain,” jelasnya.
Wayang kulit sebagai seni tradisi, khususnya di Kelantan, kini hanya mempunyai 23 tok dalang.
Ia merupakan antara paras paling rendah dan pasti ia merupakan suatu yang menggusarkan kerana tidak ada generasi muda yang mewarisi seni ini.
Jika bukan kerajaan pusat, kerajaan negeri perlu melakukan sesuatu yang boleh menyemarakkan lagi seni tradisi ini, tidak sekadar peraturan-peraturan yang tidak membantu perkembangannya.

0 komen anda: