MPR 2002 KERAMAT DAN MERDEKA »

MENGANGKASAKAN

MANTAN MPR 2002

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

"Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah engkau diantara orang yang bersujud yakni solat.Dan sembahlah Tuhanmu sampai yakin (ajal) datang kepadamu." Al-Hijr : 98-99


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

PERHATIAN!!!
Email penulis joharibrave di yahoo mail tidak lagi digunakan berikutan di senarai sebagai spam.Kepada mereka yang ingin berbicara silakan di sengkuangmerah@yahoo.com

Kepada mereka yang minat dan ingin mengetahui perihal spiritual dan paranormal sila layari dan menjadi member di Forum Paranormal Malaysia

Bagaimana untuk memartabatkan Mantan Minggu Penulis Remaja

Wednesday, December 12, 2007

dari meja Harakah

DBP vs ITNM: Menterjemahkan alam kepada ilmu adalah beban tugas khalifah
Ali Bukhari Amir
Wed | Dec 05, 07 | 3:37:55 pm MYT

Antara tugasan terawal seorang pemimpin (khalifah) adalah 'menterjemahkan' 'alam' ini kepada 'ilmu'. Jadi, kalau mahu dibahaskan hal pertikaian mengenai 'kemandulan minda' ini milik siapa sebenarnya, tidak wajar kita menyalahi sebelah pihak semata-mata. Dalam era saintifik yang sentiasa berkembang kita boleh mengenalpasti samada suami atau isteri yang mandul. Pada masa dahulu, kemandulan ini hanya dituding jari kepada isteri sahaja.
Jadi, pertikaian 'suami - isteri' (DBP - ITNM) ini kita perlu perhaluskan dengan teropong sejarah dan memakai acuan pemikiran falsafah juga kalau benar-benar berhasrat mencari pencerahan menuju kebenaran. Sebagai 'qadi' kita perlu mencari jalan penyelesaian dan bukan menambah kekusutan hingga menimbulkan 'talaq' antara kedua-dua agensi ini.

Konflik pertarungan di mana tesis mahu dipatahkan oleh antitesis perlu didamaikan oleh sintesis. Bahawa beban menterjemahkan ilmu melalui bahasa ini sebenarnya terpundak ke atas khalifah itu sendiri. Hal ini lebih mudah diijelaskan jika khalifah mampu berfikir secara falsafah atau penguasa dilantik dalam kalangan ahli falsafah (demikian menurut Socrates).

Cerap ilmu

Sebenarnya antara usaha terawal seorang khalifah ialah 'menterjemahkan alam ini kepada ilmu'. Atau dalam lain perkataan, alam adalah sumber ilmu-ilmu yang tercipta. Ini semua terangkum dalam al-Baqarah ayat 31 - 33 di mana Allah telah membuktikan kemampuan Adam (khalifah) 'mencerap ilmu daripada alam' lalu menterjemahkan ilmu dalam bentuk bahasa dan istilah baru sebagai pembelajaran terawal terhadap para malaikat.

Dalam Alam Melayu kesinambungan sunnatullah dan amalan 'nature' oleh Adam a.s ini berterusan dan berkembang secara fitrah menghiasi fikrah khalifah Melayu yang terawal. Contohnya, dua khalifah Melayu, Parameswara menamakan negerinya, Melaka merujuk pokok Melaka. Demikian Seri Teri Buana yang menukar Temasek kepada Singapura.

Ringkasnya, semua nama dinisbahkan kepada Melayu kerana khalifahnya Melayu. Orang Melayu terawal ini tawadhuk; enggan menamakan negeri bersandar nama sendiri sebagai menghormati pokok dan haiwan terawal mendiami kawasan itu. Lalu, nama dinisbahkan kepada Ijok, Ipoh dan sebagainya mewakili tumbuhan juga adanya.

Sebenarnya, bukanlah tiada langsung nama-nama tempat dinisbahkan kepada nama orang Melayu. Tetapi, mereka sebenarnya lebih suka memilih nama tumbuhan dan haiwan yang terawal mendiami kawasan itu sebagai rakyat. Fikrah Melayu sangat rapat dengan Islam.

Inilah falsafah awal Melayu Hadhari di zaman bahari ketika menamakan sesuatu. Justeru, datang British yang 'gila nama' dan bermegah-megah lalu menterjemahkan alam Melayu ini kepada nama mereka sendiri - Port Dickson (Pelabuhan Dickson), Fraser Hill (Bukit Fraser), Georgetown (Bandar George), Kenny Hill (Bukit Kenny) dan sebagainya.

Jangankan nama tempat, hatta bunga pun dirujuk kepada nama mereka jugaĆ¢€“Bunga Rafflesia. Maka, kesimpulan awak yang boleh khatamkan di sini ialah penterjemahan alam kepada ilmu adalah tugas khalifah, bukanlah agensi. Agensi hanya membantu sahaja.

Mutakhir ini kita dapat menonton drama salah-menyalah antara pemimpin agensi ini dengan lebih jelas. Sengaja kita letakkan pertarungan DBP - ITNM ini seperti suami - isteri lantaran istilah yang digunakan adalah mandul atau 'kemandulan minda'.

Jikalau mereka bersetuju menggunakan ungkapan 'kemandulan minda' ini, maka kita rasakan istilah-istilah ini boleh bergerak, bernafas, bersenggama lalu melahirkan anak sebenarnya. Di sinilah mungkin terbitnya 'anak-anak rojak' hasil perkahwinan campuran antara Melayu serta Inggeris, Melayu - Cina, Melayu - India, Melayu - Portugis, Melayu - Serani (seperti Abdullah) dan lain-lain jenis kahwin campur. Apakah salah kahwin campur sehingga lahir rojak bahasa?

Ketuanan Melayu

Sebenarnya tiada salah dan tiada masalah dengan perkahwinan campur asalkan hal Ketuanan Melayu dalam aspek berbahasa dikekalkan. Kenapa Ketuanan Melayu perlu diperkasakan? Ini kerana, Ketuanan Melayu dalam konteks kenegaraan Malaysia adalah Ketuanan Islam sendiri, kerana Perlembagaan mendefinisikan Melayu adalah Islam.

Apabila Ketuanan Melayu diperjelaskan, secara idealnya ada dua sendi kekuatan Melayu akan dipelihara - Agama Islam sebagai anutan orang Melayu dan bahasa Melayu. Dan, kedua-dua hal inilah yang dikuatkan dalam Perlembagaan - iaitu Melayu itu beragama Islam dan mereka bercakap dalam bahasa Melayu. Semua ini saling kait-mengait antara satu sama lain.

Maka, bagi mengupas hal ini lebih mendalam jangan hanya dilihat kepada DBP - ITNM saja Sepatutnya, golongan penguasa inilah yang sepatutnya lebih bertanggungjawab. Misalnya, hal penggunaan istilah 'bajet' menggantikan padanan asalnya belanjawan telah dirosakkan bekas Perdana Menteri sendiri dan bukannya agensi bawahannya seperti DBP.

"Menuduh DBP mencipta istilah seperti 'bajet' untuk menggantikan istilah yang sudah lama dan biasa digunakan iaitu 'belanjawan' ini kenyataan yang salah. 'Bajet' bukanlah dicipta DBP tetapi ahli politik Malaysia pada waktu itu yang tidak hiraukan pandangan pihak dalam bidang perancangan bahasa dan pembentukan istilah.

"Jadi, tak benar dikatakan Kamus Dewan adalah kamus rojak. Yang mencipta bahasa Melayu rojak bukan ahli bahasa, bukan orang DBP, tapi orang yang tidak tahu bahasa Melayu, orang yang sudah hilang budaya bahasa Melayunya," demikian menurut Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan Dato' Dr Hassan Ahmad dipetik dalam suatu komentarnya di akhbar.

Tambahnya, pimpinan DBP perlu mengendalikan badan itu berdasarkan wibawa ilmu, lebih berani, tidak kerana takut ditegur marah oleh pemimpin politik mereka.

Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Dato' Johan Jaafar dalam ucapannya berkata, ada suatu kumpulan pemikir pendidikan di mana 99 peratus ahli-ahlinya tidak cintakan bahasa Melayu.

"Tapi akhirnya mereka sedar, malah tidak seorang pun yang setuju mengenai bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik kerana ia sepatutnya diajar dalam bahasa ibunda," katanya. Tapi, adakah pihak penguasa ambil peduli tentang keresahan kalangan ilmuan ini?

Sebenarnya, jika diteliti sejarah pergerakan pelajar, sudah pun perjuangan 'menterjemahkan' atau mengubah nama tempat kepada istilah ibunda sekitar 70-an.

Pelajar USM Fatimah Sham Hamid Tuah (anak peneroka tanah) sekitar 1970-an pernah juga bersama rakan-rakannya mengirim memorandum kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak, yang menggesa nama bandar Georgetown , diubah kepada nama asalnya Tanjong.

Tapi, hal ini tidak dipedulikan Abdul Razak, (bapa Najib). Memorandum itu, dalam hujahnya menyebut bahawa hal mengubah nama itu pernah dibuat ke atas Kota Kinabalu yang asalnya dinamakan sebagai Jesselton oleh penjajah.

Nampaknya, usaha menterjemahkan istilah luar kepada Melayu ini tidak digemari penguasa walaupun agensi bawahan mereka (DBP) termasuk rakyat dan siswa berusaha perjuangkan hal ini. Malah, menurut Ketua Umum Gapena Tan Sri Ismail Hussein dalam suatu makalah, usaha menghidupkan kembali 'tetuang udara' menggantikan radio, menggunakan 'iktisad' menggantikan ekonomi telah gagal.

"Ia tidak mendapat sokongan pihak-pihak yang lebih gemar mengguna istilah luar," katanya.

Daripada aspek lain kita lihat Umno BN tiada falsafah dalam menghidupkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam urusan menyusun perwakilan dalam Parlimen. Contohnya, Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran bukan Melayu. Kita wajar risau, adakah fikrahnya bersandarkan semangat memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?

Jawatan Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran yang kini disandang bukan Melayu ini dulunya diamanahkan ke atas perwakilan Sungai Petani; Khir sekarang ini. Sebenarnya, hal ini dibangkitkan tidak bertujuan mengalihkan pandangan umum ke atas sentimen perkauman melainkan dengan niat dan kesungguhan untuk memastikan penguasa berfikir sejenak hal ini.

Kita risau penguasa seperti 'hilang akal' dan kering falsafah sehingga tergamak melantik pihak tertentu untuk mengendalikan masalah bahasa dan agama Islam, jika pertimbangan akademik dan ilmu digunakan, nescaya tidak akan terlantik setiausaha parlimen dalam kalangan bukan Melayu. Tapi, kerana pertimbangan 'politik tolak ansur' ini, maka terjadi juga hal sedemikian. Terkadang kita terasa bahawa politikus Melayu ini bukannya asli walau raut wajahnya Melayu.

Orang bukan Melayu dan bukan Muslim sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran, apakah beliau dapat memberi respon darihal pengajian Islam serta bahasa Melayu di sekolah? Hal inilah yang patut dibangkitkan oleh Dr Wan Hashim ke atas P. Komala Devi juga.

Hal ini tentunya mengundang masalah berterusan. Daripada 'bajet' sehinggalah 'glokal' DBP dan ITNM bukanlah agensi yang perlu dipersalahkan sangat melainkan penguasa itulah yang sepatutnya dipertanggungjawabkan secara jelasnya.

Galas bersama

Sekarang, ramai orang berkata, usaha menterjemahkan istilah ini patut digalas bersama antara DBP dan ITNM. Kita harap, usaha ini boleh ditampung juga oleh wartawan juga. Dalam kes Georgetown , terjemahannya adalah 'Kota atau Bandar George'. Tapi, tidak sedap pula. Cuba 'Google'kan atau 'Yahoo'kan di internet. Nescaya, banyak kita jumpa kota Georgetown itu.

Hal ini tentunya mengelirukan. Jadi, lebih baik diterima saranan siswa USM dulu yang mahu ubah Georgetown kepada Tanjong. Dapatkah mereka memulakan terjemahan nama seperti yang dilakukan oleh Parameswara (Melaka) dan Seri Teri Buana dulu (Temasek - Singapura)?

Maka, untuk tugasan awal, kita ingin syor ahli Parlimen Grik agar dapat membawa usul ini ke Parlimen. Antara fokus kita yang lain mungkin di Port Dickson kerana tempat ini ada sejarah di mana Perdana Menteri pernah di'ambush' (dengan izin) aktivis alam sekitar yang membela pencerobohan di kawasan Hutan Simpan Kekal Tanjung Tuan dekat Port Dickson juga.

Oleh sebab zaman ini pemimpin ghairahkan nama, mungkin kita dapat beri kelonggaran juga untuk menamakan sesuatu tempat dengan nama penguasa. Saya bangga dengan kesungguhan Najib mempromosikan drama biodiesel Dinasti Bilut ('terjemahan' drama bersiri Amerika, yang mengisahkan konflik keluarga kapitalis dalam perindustrian minyak; Dallas dan Dynasti).

Nama ayah Najib, Tun Abdul Razak akhirnya itu diabadikan ke atas Komtar (Kompleks Tun Abdul Razak) di Simpang Enam, di tengah bandaraya Georgetown , Pulau Pinang walaupun gesaan siswa untuk menukar nama bandaraya tersebut kepada Tanjong tidak dipedulikan.

Tapi, tak mengapa. Jasa dan habuan Najib tentu ada. Dia mahu gunakan minyak kelapa sawit hasil titik peluh ayahnya di Felda Bilut demi negara, demikianlah menurut dialog skima yang dipertuturkan pelakon Dinasti Bilut itu. Dan, kononnya ada musuh di negara luar (Mr Smith dari Pertamina , Indonesia ) yang ingin sabotaj Malaysia sebagai negara pertama mengeluarkan minyak berasaskan biodiesel itu. Biodiesel akan menggantikan Petroleum nanti.

Kesimpulannya, nama Najib patutlah diabadikan, guna menenggelamkan nama penjajah yang telah menamakan diri mereka secara biadapnya di Malaysia. Yang terlintas di fikiran kita ialah Port Dickson. Tidak sepatutnya kita terjemahkan sebagai Pelabuhan Dickson. Tak sedap.

Kalau mahu sedap, mungkin perlu diletakkan nama penyanyi negara. 'Port' adalah pengkalan, pelabuhan atau dermaga tempat kapal-kapal berlabuh. Najib ada perniagaan kapal juga. Yang terkini adalah kapal selam. Jadi, apa kata ditukarkan atau di'terjemah'kan nama Port Dickson itu kepada Pengkalan Najib ataupun Pelabuhan Ziana? Tetapi, jangan pula digantikan dengan Dermaga Fansuri. Kelak, ada orang yang marah nanti.

0 komen anda: