MPR 2002 KERAMAT DAN MERDEKA »

MENGANGKASAKAN

MANTAN MPR 2002

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

"Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah engkau diantara orang yang bersujud yakni solat.Dan sembahlah Tuhanmu sampai yakin (ajal) datang kepadamu." Al-Hijr : 98-99


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

PERHATIAN!!!
Email penulis joharibrave di yahoo mail tidak lagi digunakan berikutan di senarai sebagai spam.Kepada mereka yang ingin berbicara silakan di sengkuangmerah@yahoo.com

Kepada mereka yang minat dan ingin mengetahui perihal spiritual dan paranormal sila layari dan menjadi member di Forum Paranormal Malaysia

Bagaimana untuk memartabatkan Mantan Minggu Penulis Remaja

Friday, December 7, 2007

Gelodak jiwa wanita

Oleh Shaidah Shafie


PENUH PERASAAN: Farahana Hussein menyampaikan puisi di pentas yang dihiasi dengan lilin dan kelengkapan wanita.

Lebih 100 penonton khusyuk menyaksikan Baca Naskhah Sindiket Sol-jah di Rumah Pena

SUARA wanita yang mengisi setiap ruang Rumah Pena, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur, ketika berlangsungnya Baca Naskhah Sindiket Sol-jah dan Kawan-Kawan Yang Kita Suka (Maskara) V, baru-baru ini, memegunkan lebih 100 khalayak sehingga ke akhir acara.

Malahan Maskara V juga meletakkan martabat wanita pada tahap istimewa apabila 90 peratus khalayak adalah kalangan Hawa manakala selebihnya lelaki yang mungkin juga blogger atau datang memberi sokongan kepada rakan atau pasangan masing-masing.


Tirai majlis dibuka dengan pengakuan novelis Ladang Hati Mustika (LHM), Ummu Hani Abu Hassan yang mengaku menghasilkan novel itu dengan nawaitu mengabadikan kenangan terhadap Universiti Malaya (UM) yang menjadi gelanggang ilmu dan pengalaman hidup kepadanya.

"Ranjau hidup alam remaja dan pengalaman cinta dikecewakan begitu mempengaruhi kelahiran LHM. Ia dibakar dengan iltizam untuk membalas budi UM dan kemahuan untuk berdakwah. Bagi menghidupkan kisah saya turut selitkan kenangan bersama rakan di rumah sewa dan perbualan dengan jiran berlainan agama," katanya.

Editor Majalah Nur, Salina Ibrahim mengajak khalayak menghargai pengorbanan ibu bapa lewat monolog watak aku terhadap Along, Angah, Achik dan dirinya yang tidak menyedari masa berlalu pantas menyebabkan ibu bapa di kampung jarang diziarahi.


MEMBERI SOKONGAN: Khalayak lelaki antara yang memberi sokongan pada Maskara V.

Pelakon teater dan penulis skrip, Bernice Chauly yang tampil anggun, menghangatkan suasana dengan kisah pekerja seks lewat monolog, 3 Lives yang mengungkap ketidakadilan terhadap mereka kerana hak dan maruah mereka sering dinafikan masyarakat selain dipandang serong.

Halimatun Saadiah Mohd Hanafiah pula mendeklamasikan puisi Tentang Mati karya Boyan dalam suasana istimewa kerana Nur Safiah Ab Rauf dan Noor Diyana Hassan, turut mengiringi bacaannya dengan bahasa isyarat:

Saya memimpikan bertemu Tuhan
duduk pada sebuah taman
bicara apa adanya, apa saja.
Tuhan tiba-tiba beranjak dari duduknya
lalu pergi meninggalkan saya
dengan gundah dan tanda tanya
sudah siapkah saya untuk mati?


Dalam keghairahan blogger membaca naskhah dan mendeklamasi puisi dari blog masing-masing, muncul Juliawati Muhd Yunus mengalunkan Rubaiat Hamzah Fansuri yang memberi kelainan dalam persembahan sehingga khalayak terdiam menghayati setiap patah perkataan rubaiat itu:

MENGHIBURKAN: Juliawati (tengah) bersemangat mengalunkan puisi Rubait Hamzah Fansuri.

Hamzah Fansuri di dalam Makkah
mencari Tuhan di Baitil Ka'bah
dari Barus ke Kudus terlalu payah
akhirnya dijumpa di dalam rumah.

Aho segala kamu anak alim
jangan bersahabat dengan yang zalim
kerana Rasulullah sempurna hakim
melarangkan kita sekalian khadim.

Kunjung-kunjung di Bukit Tinggi
kolam sebuah di bawahnya
wajib insan mengenal diri
sifat Allah pada tubuhnya.


Noor Hanida Shaari dengan gaya lucu menyindir fenomena pembohongan kalangan individu yang lupa diri dan cuba menutupnya dengan berlagak seolah-olah mereka bukan Melayu sehingga sanggup menafikan apa saja nilai keMelayuan:

Ma Fren,
katakan pada aku yang you ni Melayu
berbicara lagak seorang mat salleh negara maju
belacan dan budu you tak mahu
hari-hari makan roti dan keju
sudah biru mata hitam you?
Pabila aku menepuk bahu
"Opocot mak kau"
Laa.. Melayu rupanya kamu.


Maskara V turut dimeriahkan Nurul Asyura Tahreb, Nur Salina Harun, Farahana Husain, Zaifulnizam Wagiran, Lutfi Ishak, Mohd Sidek Mohd Dollah dan celoteh pengacara majlis, Azie Azah, menceriakan perhimpunan tak rasmi wanita muda pada malam terbabit.

0 komen anda: