M
enerusi ilham(merujuk kepada idea) yang aku dapat maka aku pun buat satu forum baru iaitu berkisar paranormal.Forum tu diberi nama Paranormal Malaysia.Jadi untuk apa aku buat forum tu ialah kerana mungkin sebab hobi aku dalam mengeksplorasi paranormal ni.Ditambah pula forum yang aku wat sebelum ni iaitu untuk MPR sendiri tiada sambutan maka tak perlu aku nak mengia-iakan sesuatu.hehe
So konsep forum Paranormal Malaysia ni ialah berlandas kepada aliran pemikiran aku jugak serta berdasar pengalaman aku dalam bidang ni yang dapat secara tidak formal.Oleh yang demikian aku cuba melakukan sesuatu di forum tersebut untuk mewujudkan gagasan serumpun didalam dunia paranormal.Yerlaaa nak harapkan forum mpr aku.., kureng dapat sambutan,jadi perlu aku buat tindakan yang drastik.
Secara langsung dengan wujudnya forum tersebut maka boleh menjadi medan antara negara serumpun Indonesia,Brunei,Singapura untuk mencurahkan idea dan ilmu dalam konteks paranormal.hehe.Oleh yang demikian menerusi Link2 aku dan teman rapat di seberang maka wujudlah forum tersebut.Ianya di bantu dengan paranormal di Indonesia yang berdaftar di sana.Jadi secara langsung memperkasakan forum tersebut kerana ada ahli yang dalam paranormal.
Tidak kurang dengan itu jugak Forum tersebut seandainya panjang umurnya dan terus mendapat sambutan maka barulah agenda baru dapat dimuat-turun pada forum tersebut.
Forum ini menjurus kepada diskusi,pengijazahan ilmu,jual beli barang pusaka seterusnya melestarikan budaya kita.Forum ini juga dijana atas dasar bantu sesama insan dan menjalankan perniagaan(fokus kepada paranormal untuk masa ini) secara maya.
Actually idea ni tercetus untuk diserapkan pada forum mpr dimana dijana dengan pengiklanan maya dan perniagaan menerusi karya secara langsung dapat menyumbang kepada dana MPR itu sendiri,oleh kerana tiada sambutan atau mungkin mereka masih belum 'nampak' untuk masa panjangnya(mungkin) maka begitulah jadinya hehehe...
Jadi untuk masa ini di Paranormal Malaysia aku dah lantik MOderator untuk mempromosikan sehabis baik untuk mendapatkan lebih ramai member.Setakat ini mendapat sambutan baik dan dari masa ke semasa mendapat member baru.Jadi tugas sebagai admin/founder ni memang mencabar sebab aku kene bijak merancang dan mendapatkan lebih ramai member menerusi aku dan Moderator yang aku lantik.
Apa yang menarik tentang strategi pemasaran forum aku ni ialah aku masukkan unsur "direct selling secara maya" hehe.Tidak aku nafikan tempoh untuk mendapatkan member memang mengambil masa.Namun itu tidak menjadi halangan pada aku kerana aku bersama moderator2 akan terus melipatgandakan usaha.
Salam hormat dari aku hehe...

PERHATIAN!!!
Email penulis joharibrave di yahoo mail tidak lagi digunakan berikutan di senarai sebagai spam.Kepada mereka yang ingin berbicara silakan di sengkuangmerah@yahoo.com
Kepada mereka yang minat dan ingin mengetahui perihal spiritual dan paranormal sila layari dan menjadi member di Forum Paranormal Malaysia
Bagaimana untuk memartabatkan Mantan Minggu Penulis Remaja
Anda disini: Home > Pengumuman > PARANORMAL MALAYSIA
Wednesday, December 5, 2007
PARANORMAL MALAYSIA
Ditulis sendiri oleh
joharibrave
Masa
3:32 AM
rujukan: Pengumuman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen anda:
Post a Comment