
Keadaan sekarang makin rumit seperti simpulan benang yang berbelit.Hari ini aku terima mesej dari sahabat aku tentang isu Hindraf ni.Namun aku anggap ini hanya khabar angin.Mesejnya berbunyi Menerusi sebuah parti ... ketua bahagian ... telah memberitahu bahawa polis telah menahan sebuah kontena di Batu Caves yang berisi senjata(tidak pasti apa senjatanya).Dalam mesej tersebut juga mengatakan pada 16 disember 2007 akan berlaku rusuhan yang dibuat oleh Hindraf.
Jadi mesej yang diberikan itu bagi aku sebagai tanda peringatan dan berjaga-jaga kepada Melayu khasnya.Dan tidak mustahil peristiwa 13 mei akan berulang.Ini secara langsung HINDRAF seakan mencabar ketuanan MELAYU.Adalah tidak adil perkara sebegini dibiarkan begitu sahaja.Lebih memburukkan lagi orang yang menjadi idolaku(dsai) suatu ketika dahulu boleh menyertai perarakan Hindraf.
Melalui pembacaan di blog rasmi DSAI aku rasa Dsai seperti cuba mengeksploitasi penyertaannya dalam perarakan hindraf.Mungkin sesuai juga dicop sebagai desperado politik.Namun aku rasa perkara ini dapat di amankan dengan cara yang berhemah sesuai dengan negara majmuk ini.
Aku teringat kata-kata Tun Mahathir iaitu "You cuba..you kenalah..."semasa memberi amaran sinis kepada republik Singapura suatu ketika dahulu.Berbalik kepada kisah Dsai aku rasakan hala tuju beliau semakin bercabang dan liku-liku,dan mungkin dengan mencari suatu publisiti dapat menaikkan popularitinya dalam kancah politik dengan segera.
Ohyer media massa juga memainkan peranan penting.Isu ini menjadi bualan hangat serta mendapat perhatian raja-raja melayu.Semoga media dapat meredakan berita hangat sebegini kerana mungkin hanya menaikkan semangat marah khasnya MELAYU.
Kepada HINDRAF aku bagi nasihat "please dont make yourself suffer with your action.."
Semoga semua perkara boleh didamaikan dengan cara yang baik dan santun.Amalan rusuhan bukan gaya hidup Malaysia.Politik boleh menjadi kawan,tetapi politik juga boleh mematikan seorang kawan.
0 komen anda:
Post a Comment