MPR 2002 KERAMAT DAN MERDEKA »

MENGANGKASAKAN

MANTAN MPR 2002

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

"Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah engkau diantara orang yang bersujud yakni solat.Dan sembahlah Tuhanmu sampai yakin (ajal) datang kepadamu." Al-Hijr : 98-99


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

PERHATIAN!!!
Email penulis joharibrave di yahoo mail tidak lagi digunakan berikutan di senarai sebagai spam.Kepada mereka yang ingin berbicara silakan di sengkuangmerah@yahoo.com

Kepada mereka yang minat dan ingin mengetahui perihal spiritual dan paranormal sila layari dan menjadi member di Forum Paranormal Malaysia

Bagaimana untuk memartabatkan Mantan Minggu Penulis Remaja

Sunday, December 2, 2007

Misteri Nusantara...


***DENGAN IZIN, Penulis diberi kebenaran oleh seorang sahabat untuk menyiarkan gambar tersebut,namun tidak akan melayani kepada mereka yang berminat perkara ini kerana artikel ini sekadar informasi.HARAP MAKLUM.***

Salam sejahtera, aku tak tau macam mana nak mulakan cerita ni..okay aku mulakan dengan pengalaman aku. Mungkin ini sesuatu yang bodoh,atau tidak boleh diterima akal manusia berkenaan perkara sebegini. Namun manusia ni ada antaranya suka benda yang pelik-pelik.Lagi pelik lagi suka untuk mengetahuinya.Mungkin itu lumrah manusia suka''mencari''.

Berkenaan dengan gambar tersebut merupakan antara proses mendapatkan duit secara ghaib atau popularnya menarik duit.hehehe mungkin sekali lagi orang akan menuding kat aku seperti ini "ish budak ni,taksub betoi! guna jin apa ni?" atau mungkin juga begini "budak ni dah terpengaruh ilmu sesat ni..." atau mungkin juga "ni nak jadi bomoh MPR ker?hehe atau dengan lafaz yang pro dan kontra.

Namun seperti yang aku katakan ianya sekadar informasi.Terserah kepada anda untuk menilai dan membuat keputusan sendiri.hehe..Jadi aku teruskan isu tarik duit ni yang pernah popular di media massa khasnya di Malaysia ini.Bukan untuk mencari publisiti murahan hanya untuk direnungkan dan berkongsi sahaja.

Jadi aku mulakan cerita pengalaman aku suatu masa dulu.hehe...(sorry, aku memang suka gelak kadang-kadang).(Cerita ni tiada kena mengena dengan gambar diatas)Aku berjumpa dengan kenalan di Pahang menceritakan pengalamannya yang berlaku pada tahun ini jugak perihal tarik duit ni.

Lokasi yang dipilih ialah di sebuah kedai lama untuk upacara tersebut.Ritual dilakukan oleh beberapa orang yang dikatakan ahli dalam tarik duit ini.Katanya mereka menggunakan zikir dan minyak za'faron serta kopi pahit untuk proses narik duit ini.Jadi kenalan saya dipisahkan oleh dua bilik dan dalam masa yang sama berzikir.

Setelah lama berzikir,kemudian kenalan saya mendengar satu benda yang terjatuh kuat pada bilik sang ketua ritual tersebut.Kemudian penolong ketua ritual tersebut memanggil kenalanku untuk masuk melihat benda yang terjatuh itu.Rupanya satu kotak tak besar ,lebih kurang satu depa tangan anda saiz kotak tersebut(mungkin).

Kemudian kenalanku disuruh melihat apa yang berada didalam kotak tersebut....
Alangkah terkejutnya sahabat aku apabila didalam kotak tersebut berisi penuh duit kertas ringgit Malaysia 50 dan 100.Hampir pengsan dan sedikit terencat akalnya, melihat sesuatu yang tidak diterima akal kini menjadi nyata.

Mungkin dibenak hati kenalanku ini berkata "Bertamboh laa rezeki kawe lagi,boley beli mace-mace.." hehe.. Kalau aku pun mungkin akan terkejut beruk lihat duit banyak dengan tiba-tiba.Kemudian kotak itu ditutup semula.Kata ketua ritual duit tidak boleh diambil lagi kerana perlu tamatkan zikir sehingga kumpulan ketua ritual pulang ke seberang.

Tambahnya lagi jika buka kotak tersebut maka wang yang berada dikotak tersebut akan hancur.Kenalanku akur dengan amanat ketua ritual dan kemudiannya kenalanku diberi "sapu tangan hikmah".Pada masa itu aku rasa kenalanku seakan teruja dan mungkin berangan besar seperti posisi orang sederhana bertukar kepada orang kaya baru.hehe..

Setelah seminggu puas berzikir maka harinya sudah tiba untuk membuka kotak tersebut...
"Kawe kayo..kawe kayo..." mungkin itulah kata hati kenalanku.Namun tiba-tiba deringan telepon bimbitnya berbunyi ,ketua ritual menghubunginya.Lantas dikatakan jangan buka peti kotak tersebut kerana "penjaga hartanya" mahukan nyawa salah seorang dari mereka yang melakukan upacara.

Masa tu aku terkejut jugak laa sebabnya melibatkan nyawa pulak dah...Pada masa itu selepas seminggu ritual itu berlangsung kenalanku terus demam dan tak bermaya.Duit yang dilaburnya seperti lebur kepada ketua ritual.Hampir puluh ribu jugak duit dia..hehe Kesian tapi tak dapat nak tolong hanya mampu mendengar.

Selepas itu aku dah tak dengar apa kesudahan dengan kotak tersebut..Sebab aku malas nak tau berikutan dari firasat tambah logikal aku jika orang itu betul berkebolehan tarik duit;
Pertamanya : Beliau mungkin antara orang terkaya di dunia sekarang ini.
Keduanya : Tidak perlu mengenakan upah yang tidak munasabah sampai puluh ribu, ratus ribu.

Namun sekali lagi ditegaskan aku menghormati pandangan orang lain yang mungkin punyai dalil yang tersendiri dalam menghuraikan tarik duit ni.Mungkin dalil yang digunakan ialah GHAIB.Bila soal perkara ghaib hehe semestinya akan berlaku sesuatu yang tidak diterima akal manusia.

Ohyer teringat aku masa zaman rasulullah ada sahabatnya kuat melakukan ibadat, terus satu hari ada orang mengetuk pintu rumahnya dan diberikan emas.Dan orang yang memberi emas itu ialah Malaikat.(mohon perbetulkan jalan ceritanya andai aku khilaf)dan ada juga cerita pada zaman rasulullah ada manusia yang boleh berjalan atas air dengan izin Allah swt. Jadi perkara-perkara tak logik ni kekadang banyak yang tak dapat dijelaskan menerusi akal manusia.

Berkaitan gambar diatas seperti yang dijelaskan bahawa ianya dari sahabatku(bukan orang 'kenalanku' seperti yang aku ceritakan diatas)Dan ianya bukan 'super impose'.Adakah sahabat aku ini sudah berjaya menarik duit?Atau ilmunya sudah sampai tahap tinggi.Tiada siapa yang tahu,hanya Allah swt yang Maha mengetahui.Wallahualam.

Aku tinggalkan peribahasa "TAKKAN POKOK BERGOYANG JIKA TIADA ANGIN MENOLAKNYA...."

Definisikanlah peribahasa mengikut acuan anda.Salam hormat dari saya.

Wassalam...



1 komen anda:

iEn said...

ok lah tu.. rezeki ko :)