MPR 2002 KERAMAT DAN MERDEKA »

MENGANGKASAKAN

MANTAN MPR 2002

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

"Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah engkau diantara orang yang bersujud yakni solat.Dan sembahlah Tuhanmu sampai yakin (ajal) datang kepadamu." Al-Hijr : 98-99


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

PERHATIAN!!!
Email penulis joharibrave di yahoo mail tidak lagi digunakan berikutan di senarai sebagai spam.Kepada mereka yang ingin berbicara silakan di sengkuangmerah@yahoo.com

Kepada mereka yang minat dan ingin mengetahui perihal spiritual dan paranormal sila layari dan menjadi member di Forum Paranormal Malaysia

Bagaimana untuk memartabatkan Mantan Minggu Penulis Remaja

Friday, November 9, 2007

Sanggup melawan arus

Salam Sejahtera

ini merupakan hari kedua saya berada didalam kursus penternakan, saya memilih untuk tidak menginap ditempat yang disediakan sebaliknya memilih untuk berulang. Apa yang saya dapat berkongsi dengan anda semua tidak kira samada penulis maupun tidak ialah untuk berjaya kita harus sanggup melawan arus.
KENAPA?
Jawapannya ialah sangat-sangat perlu berikutan selalunya kita dilabelkan seperti katak dibawah tempurung, katak didalam gelas dan sebagainya.Melawan arus tidak sesekali melawani takdir tetapi ialah 'advance' dari segi pemikiran,pengetahuan dan yang berkaitan dalam survivor kehidupan seharian.Ini perlu bagi memastikan lebih ramai lagi orang-orang berjaya dapat terus bertapak khasnya orang melayu,Malaysia.
KENAPA?
Melawan arus perlu pada tempatnya bukan tidak kena pada tempatnya ini secara langsung memberi implikasi pada diri sendiri. Saya ambil kira semua ini bagi membuka mata lebih ramai generasi baru melayu supaya sama-sama maju dan tangkas serta bijak dalam arus yang dipilih.
KENAPA?
Secara langsung kita dapat melahirkan lebih ramai melayu mahir dalam bidang masing-masing.Saya pernah mengikuti banyak kursus keusahawanan dikelolakan kerajaan dan swasta tetapi sayangnya yang hadir adalah golongan umur pertengahan usia sekitar 30-an dan ke atas.Jadi kemana pergi golongan belia umur lingkungan 20-an.
MENGAPA?
Mungkin kerana sibuk dalam pengajian atau mungkin sibuk dalam 'merempit' tidak kurang juga di pusat serenti.Ada juga alasan yang dulunya dikatakan munasabah tetapi tidak untuk zaman milennium ini iaitu alasan kerana masih muda dalam dunia perniagaan maka harus makan gaji,lebih selamat dari menerima risiko rugi.Sebaiknya mindset seperti itu harus di buang jauh-jauh bagi memastikan melayu hari ini berada di landasan yang sebenar,berjaya dalam semua aspek di tanah air sendiri serta menguasai 70% ekonomi Malaysia.
BAGAIMANA?
Peluang sudah banyak diberikan kita hanya perlu bijak mendapatkan peluang itu dan realisasikan dengan penuh tekun dan sabar dan jangan mengenal erti putus asa.Saluran agensi kerajaan sudah tersedia untuk melahirkan usahawan-usahawan baru.Alasan tiada modal tidak harus menjadi halangan untuk berniaga.Bagi saya orang yang berkata seperti ialah kerana tiada keyakinan dalam diri mereka untuk melawan halangan itu.
SETERUSNYA?
Berfikirlah dengan sedalam-dalamnya kerana ia merupakan perobahan yang anda lakukan untuk diri dan masa depan anda sendiri.
Saya yakin jika ramai yang mempunyai iltizam untuk melawan arus maka suatu hari nanti kita dapat lebih berjaya ditanah air.Kita tidak mahu dipinggirkan di tanah air sendiri.
SELANJUTNYA?

MARI KITA BERUBAH!


0 komen anda: