MPR 2002 KERAMAT DAN MERDEKA »

MENGANGKASAKAN

MANTAN MPR 2002

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

"Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah engkau diantara orang yang bersujud yakni solat.Dan sembahlah Tuhanmu sampai yakin (ajal) datang kepadamu." Al-Hijr : 98-99


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

PERHATIAN!!!
Email penulis joharibrave di yahoo mail tidak lagi digunakan berikutan di senarai sebagai spam.Kepada mereka yang ingin berbicara silakan di sengkuangmerah@yahoo.com

Kepada mereka yang minat dan ingin mengetahui perihal spiritual dan paranormal sila layari dan menjadi member di Forum Paranormal Malaysia

Bagaimana untuk memartabatkan Mantan Minggu Penulis Remaja

Monday, November 12, 2007

Sejarah MPR 2002

*mantan MPR 2002-ode


*mantan MPR 2002-farah


*mantan MPR 2002-syamsul j'


*mantan MPR 2002 -sheena



* mantan MPR 2002-aiman



*mantan MPR 2002-nasli




Remaja Berkampung Lagi
oleh Faisal Tehrani(ditulis pada 13. 06. 2002)

Di tengah-tengah penghinaan demi penghinaan yang dipantakkan kepada bahasa kebangsaan sedang hebat dilaksanakan secara rapi, Dewan Bahasa dan Pustaka dengan tabah hati menganjurkan Minggu Penulis Remaja untuk kali ke 16 tahun ini berlangsung dari 26 Jun lalu sehingga 1 Jun 2002 di Wisma Belia Jalan Syed Putra.

Minggu Penulis Remaja adalah sebuah perkampungan penulisan yang paling sistematik di negara ini sejak dianjurkan pertama kalinya pada tahun 1985. Sungguh ramai yang penulis telah lahir dari program ini antara lain Tung Wai Chee, Hizairi Othman, Rosie Haslinda Nasir, Lily Haslina,Salina Ibrahim, Uthaya Sankar SB, Rahimidin Zahari, Kamariah Kamarudin, Ranofla Dianti, Mohd Lutfi Ishak dan Zuraidah Othman.

Peserta-peserta yang didatangkan dari seluruh negara tahun ini bagaimanapun menyaksikan kekosongan tempat dari Sabah dan Sarawak (barangkali kerana program berlangsung hampir serentak dengan perayaan Kaamatan dan Hari Gawai). Peserta-peserta berusia semuda 15 tahun hinggalah 21 tahun dipilih berdasar siaran karya-karya mereka antara lain di majalah Fokus SPM, Suara Generasi Baru, Dewan Siswa, Skor Berita Harian dan majalah Tunas Cipta. Mereka diberi bimbingan khusus dalam genre cerpen dan puisi oleh Faisal Tehrani dan Zaen Kasturi sementara pendedahan-pendedahan lain melibatkan sasterawan tersohor seperti Sasterawan Negara Dato’ A. Samad Said, Dr. Anwar Ridhwan, Dato Johan Jaafar termasuk sesi motivasi santai bersama penyanyi sensasi Fazley.

Tidak dapat dinafikan karya-karya penulis remaja sastera Melayu di negara ini menyaksikan kemerosotan mendadak sejak beberapa tahun lepas. Ini barangkali dipengaruhi oleh faktor bahan bacaan bermutu yang semakin berkurangan di pasaran selain gangguan sastera popular. Mudahnya karya tersiar dan bolos dari pemerhatian editor sastera secara umumnya juga mendorong kemerosotan ini.

Namun ini tidak membuatkan DBP kalah malah semakin bersemangat untuk meneruskan Minggu Penulis Remaja seperti lazimnya. Secara umum peserta tahun ini jauh lebih baik dari pelbagai sudut dari peserta tahun lalu sebagai misalan.

Mohd Nasli Rusli dari Sekolah Methodist (L) Jalan Hang Jebat menghasilkan cerpen Peritnya Ibu dalam Suara Generasi Baru terpilih pada tahun ini.

“Program ini sungguh bagus. Saya diberi pendedahan tentang banyak perkara misalnya bagaimana menghantar karya, kerenah editor dan sebagainya. Saya malahan sebelum ini tak tahu pun ada peringkat-peringkat tertentu dalam penulisan puisi dan cerpen perlu dimatangkan sebelum ditulis.”

Nasli menjelaskan beliau mulai berminat dalam bidang penulisan setelah memenangi pertandingan berkarya di sekolah. Nasli menjelaskan genre puisi menjadi minat utamanya. Nasli juga berjanji untuk meningkatkan bahan bacaan dan cuba bersedia untuk mendepani kegetiran dunia sastera yang banyak cabarannya.

Salah seorang peserta bukan Melayu, Sheena dari Sekolah Menengah Taman Ehsan sering berkarya untuk majalah sekolah. Ibunya seorang penulis buku-buku panduan peperiksaan, Sheena ternyata berasa begitu gembira dapat bersama peserta-peserta lain.

“Sekarang saya tahu lebih banyak. Mula-mula janggal sekali tetapi sekarang jika saya ada idea saya tahu bagaimana untuk menulisnya kelak.”

Sheena anak sulung dalam keluarga ternyata memiliki penguasaan bahasa Malaysia yang sungguh baik memberitahu beliau berasa lebih yakin untuk berkarya setelah berkampung selama seminggu dalam Minggu Penulis Remaja ini.

Salah seorang peserta MPR tahun ini yang ternyata mempunyai bakat besar dan kebolehan untuk menulis secara naluriah tentulah Mohd Khairul Aiman pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Jalan Cochrane. Beliau menghasilkan cerpen berjudul X-treme mengenai gaya hidup seorang remaja yang meminati sukan skate. Aiman ternyata memiliki pembacaan yang agak luas berbangding rakan-rakan lain dengan bersemangat memberitahu, ‘Saya sentiasa bersedia untuk dunia sastera kerana hidup saya adalah sastera.”

Aiman bersetuju dengan rakan-rakannya yang lain bahawa program ini sungguh baik memandangkan mereka diasuh dan dibimbing dengan teratur oleh para pembimbing yang juga merupakan mantan MPR sendiri.

“Cuma saya kurang selesa dengan penginapan di sini sahaja.” Katanya sambil ketawa merujuk kepada suasana pembelajaran dan penginapan yang merimaskan.

Tahun ini terdapat 31 orang peserta. Seperti tahun-tahun lalu lebih separuh daripada mereka akan karam dan kalah dalam gelombang dunia sastera yang dahsyat. Namun tidak mustahil seorang dua ultimate survivor benar-benar ‘menjadi’ seperti tahun-tahun lalu.

Dalam tempoh yang sama DBP di bawah Bahagian Sastera Kebangsaan turut menganjurkan Perkhemahan Penulis Kanak-kanak yang mengumpulkan kanak-kanak 7 tahun ke 12 tahun untuk bimbingan penulisan. Modul dan bentuk pengajaran memang berbeza sama sekali dengan Minggu Penulis Remaja.

*sumber dari kakiseni.com

0 komen anda: