MPR 2002 KERAMAT DAN MERDEKA »

MENGANGKASAKAN

MANTAN MPR 2002

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

"Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah engkau diantara orang yang bersujud yakni solat.Dan sembahlah Tuhanmu sampai yakin (ajal) datang kepadamu." Al-Hijr : 98-99


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

PERHATIAN!!!
Email penulis joharibrave di yahoo mail tidak lagi digunakan berikutan di senarai sebagai spam.Kepada mereka yang ingin berbicara silakan di sengkuangmerah@yahoo.com

Kepada mereka yang minat dan ingin mengetahui perihal spiritual dan paranormal sila layari dan menjadi member di Forum Paranormal Malaysia

Bagaimana untuk memartabatkan Mantan Minggu Penulis Remaja

Sunday, November 11, 2007

sejarah mpr 2006

Sejarah MPR 2006


Minggu Penulis Remaja (MPR) 2006 kali ke-21 yang berlangsung pada 10 hingga 16 Disember di Golden Straits Villas Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan dan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur dengan tema “Penjana Kreativiti Remaja” berjaya memberikan pendedah-an kepada penulis muda untuk meningkatkan kemahiran dalam penulisan kreatif di samping membina generasi pelapis dalam negara.

MPR anjuran Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), DBP buat pertama kalinya melaksanakan bengkel penulisan menggunakan kaedah mentor-protegee. Melalui kaedah ini mentor yang terdiri daripada mantan peserta MPR akan membimbing sekumpulan kecil peserta mengikut kecen-derungan masing-masing. Men-tor MPR kali ini terdiri daripada
Shamsuddin Othman, Nisah Haron, Zaid Akhtar, Siti Raihani Mohamed Saaid dan Lutfi Ishak.
Dalam ucapan perasmiannya, Ketua Pengarah DBP, Y. Bhg. Datuk Dr. Firdaus Abdullah menyatakanbahawa penulisan kreatif berperanan untuk me-ningkatkan kemanusiaan dalam diri insan. Calon-calon penulis juga perlu peka dan prihatin dengan masalah sosial serta ke-tempangan yang berlaku dalam masyarakat.
Selain itu, beliau berharap agar para peserta yang telah dipilih
menyertai program ini akan menggunakan sepenuhnya ruang yang ada untuk membentuk diri menjadi penulis yang lebih baik serta dapat menambah penge-tahuan dan kemahiran tentang teknik penulisan dan penerbitan.

Selain diberikan bimbingan oleh mentor, para peserta juga berpeluang meningkatkan kemahiranmelalui perkongsian ilmu oleh penceramah undangan seperti
Sasterawan Negara, S. Othman Kelantan, tokoh penerima SEA Write Award, Abdul Ghafar Ibrahim, Dr. Teo Kok Seong, Ahmad Patria Abdullah dan pakar motivasi, Dr. Robiah Kulop Hamzah. Mereka juga berpeluang mendekati karyawan DBP sen-diri melalui lawatan ke Bahagian Majalah, Bahagian Penerbitan Sastera serta PURNAMA.

Seramai 22 orang peserta ber-usia 17-21 tahun dan hanya yang telah menghasilkan karya dalam pelbagai media massa dipilih menyertai MPR kali ini.
Minggu Penulis Remaja (MPR) yang berlangsung sejak 21 tahun lalu ini terbukti berjaya
melahirkan nama-nama besar dalam dunia kesusasteraan tanah air seperti Zaen Kasturi, Faisal Tehrani, Ahmad Patria Abdullah, Shamsuddin Othman, Uthaya Sankar SB, Nisah Haron dan ramai lagi penulis-penulis generasi baharu.

0 komen anda: