MPR 2002 KERAMAT DAN MERDEKA »

MENGANGKASAKAN

MANTAN MPR 2002

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

"Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah engkau diantara orang yang bersujud yakni solat.Dan sembahlah Tuhanmu sampai yakin (ajal) datang kepadamu." Al-Hijr : 98-99


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

PERHATIAN!!!
Email penulis joharibrave di yahoo mail tidak lagi digunakan berikutan di senarai sebagai spam.Kepada mereka yang ingin berbicara silakan di sengkuangmerah@yahoo.com

Kepada mereka yang minat dan ingin mengetahui perihal spiritual dan paranormal sila layari dan menjadi member di Forum Paranormal Malaysia

Bagaimana untuk memartabatkan Mantan Minggu Penulis Remaja

Tuesday, November 13, 2007

Pengarang dan pengkritik hentikan pertelingkahan

sumber dari Utusan Malaysia

KEMATIAN pengarang yang diwacanakan Roland Barthes pada 1967 seolah-olah tidak pernah mencapai noktahnya. Selain Michael Foucault dan Jacques Derrida, mungkin sudah ribuan orang mengkritik atau menerima tesis ahli falsafah Perancis tersebut.

Benarkah pengarang sudah mati? Dalam The Death of the Author, Barthes mengemukakan, pandangan bahawa pengarang seharusnya hilang ke dalam teks. Oleh itu, ketika pembaca mentafsir teks, mereka tidak lagi menemukan jejak pengarang.

Pembaca mempunyai kebebasan besar mentafsir teks. Mereka berhak memberi makna apa sahaja tanpa perlu terikat atau dibayangi oleh pengarang. Impak daripada kematian pengarang adalah kelahiran pembaca.

Serentak dengan kelahiran pembaca ialah kemunculan para pengkritik yang bebas memperkatakan kedudukan sesebuah teks dalam pelbagai aspek atau perspektif.

Oleh itu, apa sebenarnya fungsi seseorang pengarang dan pengkritik dalam polemik ini?

Penulis terkenal Columbia, Gabriel Garcia Marquez menegaskan tugas seorang penulis adalah menulis untuk melahirkan karya yang terbaik.

Marquez meletakkan satu dikotomi. Tugas seseorang penulis adalah berkarya manakala fungsi pembaca atau pengkritik pula ialah menilai, menikmati dan menghayati karya yang dilontarkan oleh pengarang.

Namun, tidak bermakna kita sama sekali menafikan kedudukan pengarang atau membuat `peraturan’ supaya seseorang penulis mengikut kehendak dan kemahuan sebagai pembaca serta pengkritik.

Mungkin kita boleh menggunakan pendapat novelis dan cerpenis Australia, Carmel Bird bahawa dalam keadaan apapun fungsi seseorang pengarang ialah menulis dan tidak akan terpisah daripada sesebuah teks.

Menurut Bird, jika seseorang pengarang tidak menghasilkan karya, mereka bukan lagi penulis. Menulis adalah kerja meskipun hanya melahirkan tulisan-tulisan fiksyen.

Sama seperti Marquez, Bird turut meletakkan dikotomi tertentu antara pengarang dan pengkritik. Dengan kata lain, ia semacam pembahagian `tugas’ iaitu pengkritik adalah mengkritik dan menilai karya manakala penulis pula berkarya.

Sebagaimana tugas penyair adalah menulis puisi. Dia tidak mungkin disebut penyair kalau sekadar membaca karya-karya penulis lain.

Di sisi lain, kualiti dan kekuatan sesebuah karya sastera dalam apa jua genre itu hanya layak ditentukan oleh pengkritik atau pembaca. Pastinya mereka mempunyai keupayaan intelektual yang sewajarnya.

“Dalam penulisan sesebuah karya sastera, pengkritik tidak boleh menentukan bentuk karya yang mereka mahukan kerana ia berhubungi dengan tugas dan idealisme seseorang pengarang.

“Pengarang atau penulis pula tidak perlu mengikut kehendak para pengkritik hingga terpaksa menggadai idealisme masing-masing,’’ kata pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Mohamad Saleeh Rahamad.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerjanya pada Seminar Penulisan Cereka di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau mengingatkan tidak perlu wujudnya pertindihan atau pertelingkahan pendapat antara pengarang dan pengkritik. Ini kerana antara kedua-dua kumpulan itu telah wujud dikotomi tugas yang jelas.

Jika berlaku pertindihan dan pertelingkahan antara kedua-dua kelompok itu, ia dikhuatiri akan memberi impak yang besar kepada hala tuju dunia kreatif di negara ini.

Fungsi kritikan yang utama ialah membuat pertimbangan baik atau buruk sesebuah karya serta menganalisis unsur, struktur, simbol atau bahasa yang digunakan oleh pengarang.

Ketiadaan titik pertemuan antara kritikan dan kepengarangan, ia hanya akan mewacanai perselisihan pandangan atau pendapat antara kedua-dua pihak itu.

Di satu pihak, bersungguh-sungguh mengecam karya kerana tidak menepati syarat atau ciri yang dikehendaki manakala para pengarang pula mempertahankan dirinya daripada pandangan pengkritik.

“Dalam konteks permasalahan dalam kritikan sastera serta hubungan dengan kepengarangan, kita wajar mencari kesepaduan gerakan demi melancarkan hubungan dua hala ini.

“Harus disedari bahawa antara pengkritik dengan pengarang wujud tali penghubung yang sangat organik, bersifat dilektikal yakni saling memerlukan,’’ tambahnya.

Seorang lagi panel seminar tersebut, Pegawai Perancang Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang memperkatakan novel Mega Nisaa karya Azmah Nordin berkata, hubungan baik antara pengarang dan pengkritik akan memperkayakan sastera negara ini.

Beliau berkata, dalam tradisi kesusasteraan kotemporari Barat, kekuatan seseorang pengarang banyak disokong oleh pengkritik dan pembaca yang mempunyai keupayaan intelektualiti yang luas.

“Bagaimanapun saya dapati hubungan yang baik antara pengarang dan pengkritik belum begitu kuat jika dibandingan dalam tradisi kesusasteraan Barat,’’ katanya.

Sementara itu, seorang lagi panel, A. Rahim Abdullah dari Jabatan Penulisan Aswara yang membandingkan Atheis karya Achdiat K. Mirhardja Hadimadja dan Jalan Pulang tulisan Anak K. Hadimaja pula berpendapat, persefahaman antara pengarang dan pengkritik sangat penting.

Pengkritik dapat memperbaiki kelemahan dan mengukuhkan cara penyampaian, penulisan dan idealisme seseorang pengarang secara langsung mahupun tidak langsung.

“Pengkritik merupakan orang yang boleh menjadi pengajar bagaimana cara menulis dan berkarya dengan baik melalui idealisme dan bakar yang ada pada seseorang pengarang,’’ katanya.

Dalam konteks tersebut, adakah pendapat Barthes itu selamanya benar? Seperti dijelaskan oleh Mohamad Saleeh dan Hanafi, pengarang sentiasa berhak dalam karya-karya mereka.

Idealisme kepengarangannya sentiasa hidup dalam teks. Cuma bagaimana ia dinilai oleh seseorang pembaca atau pengkritik berdasarkan keupayaan intelektual masing-masing tanpa prejudis.

Novelis William Forester turut menegaskan, tidak mungkin memisahkan sesebuah teks dengan jiwa pengarang walaupun pembaca dan pengkritik bebas menilai berdasarkan pendapat masing-masing.

Namun, perlu dingatkan kritikan yang berbau kecaman, celaan atau sanggahan (yang hanya menimbulkan kesan negatif) atau tanggapan tidak akan membawa apa-apa makna kepada masa depan sastera tanah air.

Sekiranya muncul pandangan negatif seperti itu, kritik dan pengkritik tidak diletakkan dalam posisi penting sebagai bahagian dari usaha mencapai kebijakan dan keputusan yang lebih baik, melainkan sebagai perspektif berbahaya.

0 komen anda: