MPR 2002 KERAMAT DAN MERDEKA »

MENGANGKASAKAN

MANTAN MPR 2002

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

"Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah engkau diantara orang yang bersujud yakni solat.Dan sembahlah Tuhanmu sampai yakin (ajal) datang kepadamu." Al-Hijr : 98-99


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

PERHATIAN!!!
Email penulis joharibrave di yahoo mail tidak lagi digunakan berikutan di senarai sebagai spam.Kepada mereka yang ingin berbicara silakan di sengkuangmerah@yahoo.com

Kepada mereka yang minat dan ingin mengetahui perihal spiritual dan paranormal sila layari dan menjadi member di Forum Paranormal Malaysia

Bagaimana untuk memartabatkan Mantan Minggu Penulis Remaja

Monday, November 5, 2007

Faisal Tehrani




Mohd Faizal Musa atau nama penanya Faisal Tehrani merupakan salah seorang pengarang Malaysia. Beliau dilahirkan pada 7 Ogos 1974 di Hospital Kuala Lumpur sebelum berpindah ke Melaka ketika berusia 5 tahun.

Mohd Faizal Musa mulai bersekolah di Sekolah Sacred Heart Melaka, kemudian di Sekolah Rendah Jalan Dato' Palembang. Dalam peperiksaan Penilaian beliau berjaya mendapat 5A. Faisal kemudiannya menyambung pengajiannya di Sekolah Menengah Sultan Muhammad sehingga Tingkatan Tiga dan berjaya mendapat keputusan SRP yang cemerlang. Sehubung dengan itu, beliau melanjutkan pembelajarannya di Kolej Islam Kelang (Kolej Islam Sultan Alam Shah). Faisal sering menulis pengalaman remajanya secara bersisi dalam majalah Fokus SPM.

Faisal seterusnya memasuki Akademi Islam Nilam Puri Kelantan sebelum meneruskan pengajian sehingga memperolehi ijazah Sarjana Muda Syariah Politik dari Universiti Malaya, dan kemudiannya sebagai fellow di Universiti Sains Malaysia. Beliau meneruskan pengajian peringkat Sarjana (MA) dalam jurusan Kesusasteraan dan kini melanjutkan pelajaran dalam kedoktoran (PhD) pula di UKM.

Faisal mendapat tunjuk ajar dari Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said, Sasterawan Negara Dato Shahnon Ahmad, pemenang SEA Write Award Zaharah Nawawi dan Sutung Umar RS dalam bidang puisi. Keluarga beliau turut memiliki hubungan rapat dengan SN Dato Shahnon. Faisal pernah mewakili Malaysia ke Program Penataran Sastera anjuran Majlis Sastera Asia Tenggara di Jakarta dan Bogor pada tahun 1999, bersama Mawar Shafie, Hizairi Othman, Jasni Matlani.

Beliau mula menulis secara serious pada 1992, dengan cerpen pertamanya dengan judul Anastasia yang tersiar di majalah Muslimah . Faisal semakin dikenali dikhalayak sastera pada tahun 1994 apabila beliau memenangi Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Public Bank 1994 melalui cerpen Anak dan cerpen Opah . Pada tahun yang sama beliau menggondol Hadiah Sastera Siswa DBP-Bank Rakyat (kini sudah tiada), menerusi cerpen Malam Ini Philadelphia Menangis.

Kejayaan ini diikuti pada tahun 1995 apabila beliau memenangi sekali Hadiah Sastera Utusan dengan cerpen Pemberontakan Kedua. Tahun 1996 Faisal dikurniai rezeki yang murah dengan memenangi Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Public Bank dengan cerpen Perempuan Anggerik dan cerpen Api KL Belum Terpadam, Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran BAHEIS kelapan dengan cerpen Menanti Subuh. Dalam tahun 1997, cerpen Surat Untuk Gabe 1 memenangi Hadiah Sastera Karya.

Faisal seterusnya memenangi Hadiah Sastera Utusan Malaysia pada tahun 1998 (dengan cerpen Cinta Gendang Kasturi), 1999 (cerpen Bulan dan Wira dan puisi Sesudah Hujan Dahlia) dan dalam tahun 2000 dengan cerpen Irisan-irisan Mimpi dan Syahid Raja Api. Faisal juga memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 96/97 dengan cerpen Perempuan Anggerik. Cerpen beliau ini diterjemahkan ke bahasa Thai, Inggeris dan Jepun serta diadaptasi ke dramatari oleh kareografer terkenal Adikara Dance Theatre, Jasni Abdul Hamid pada 29 Julai 2001. Dalam tahun 2001 juga Faisal memenangi Hadiah Sastera Berunsur Islam dengan cerpen Cahaya Pada Jiwa. Salah sebuah cerpen Faisal iaitu Kerana Manisnya Epal terkandung dalam komponen sastera dalam subjek Bahasa Melayu bagi Tingkatan Empat. Dua kumpulan cerpen mini beliau diterbitkan di Sasbadi dengan judul Sehari Dalam Perang (1997) dan Safari Gilgit (1997). Beliau pernah berganding dengan Azman Husin dalam tahun 2000 untuk menerbitkan Kumpulan Cerpen Underground secara "berduet".

[sunting] Penulisan

  • Cerpen Anastasia (1992)
  • Cerpen Anak (1994)
  • Cerpen Opah(1994)
  • Cerpen Malam Ini Philadelphia Menangis (1994)
  • Cerpen Pemberontakan Kedua. (1995)
  • Cerpen Perempuan Anggerik (1996)
  • Cerpen Api KL Belum Terpadam (1996)
  • Cerpen Menanti Subuh (1996)
  • Cerpen Surat Untuk Gabe 1 (1997)
  • Cerpen Cinta Gendang Kasturi (1998),
  • Cerpen Bulan dan Wira (1999)
  • Puisi Sesudah Hujan Dahlia (1999)
  • Cerpen Irisan-irisan Mimpi (2000)
  • Cerpen Syahid Raja Api (2000).
  • Cerpen Perempuan Anggerik (96/97).
  • Cerpen Cahaya Pada Jiwa (2001)
  • Cerpen Kerana Manisnya Epal
  • Cerpen mini Sehari Dalam Perang (1997)
  • Cerpen mini Safari Gilgit (1997)
  • 1515
  • Perempuan Politikus Melayu
  • 1511H Kombat
  • Detektif Indigo
  • Kekasih Sam Po Bo (Antologi Cerpen)
  • Bedar Sukma Bisu
  • Bila Tuhan Berbicara
  • Manikam Kalbu
  • Tunggu Teduh Dulu
  • Maaf Dari Sorga
  • Cinta Hari-Hari Rusuhan

[sunting] Pencapaian

  1. Drama Rintih Chicago (memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1996/97),
  2. Drama Angin Madinah (memenangi Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran Yayasan Pelajaran Islam Malaysia dan DBP)
  3. Drama MISI yang dikerjakan bersama pengarah muda terkenal Nam Ron.
  4. Novel Cinta Hari-hari Rusuhan (Creative Enterprise 2000)
  5. Perempuan Politikus Melayu (Penerbitan Pemuda 2000).
  6. Novel Jendela Berlangsir Hujan disirikan dalam majalah EH!
  7. Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Public Bank 1994
  8. Hadiah Sastera Siswa DBP-Bank Rakyat 994
  9. Hadiah Sastera Utusan 1995
  10. Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Public Bank 1996
  11. Hadiah Sastera Perdana Malaysia untuk cerpen beliau, Perempuan Anggerik (1996)
  12. Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran BAHEIS kelapan 1998
  13. Hadiah Sastera Karya 1997
  14. Hadiah Sastera Utusan Malaysia untuk cerpen beliau, Cinta Gendang Kasturi (1998)
  15. Hadiah Sastera Perdana Malaysia 96/97
  16. Hadiah Sastera Berunsur Islam 2001
  17. Tempat Pertama Hadiah Sastera Utusan (Kategori Remaja) untuk novel beliau, 1515 (2002)
  18. Tempat Pertama Hadiah Sastera Utusan (Kateori Remaja) 1511H: Kombat (2003)
  19. Tempat Pertama Hadiah Sastera Utusan (Kateori Remaja)Advencer Si Peniup Ney (2004)


0 komen anda: