Selama 6 hari berkampung di ladang ternakan Hs Nada S/B dibawah program usahawan tani Bank Pertanian Malaysia seliaan Jabatan Perkhidmatan Haiwan cukup memberikan banyak pengalaman tentang penternakan lembu fidlot,pemasaran dan pinjaman.
Terima kasih saya ucapkan kepada Bank Pertanian Malaysia dan HS NADA S/B didalam memberi suatu paradigma baru dalam penternakan di Malaysia. Senang saya katakan bahawa pihak HS Nada tidak lokek dalam memberikan ilmu dan pengalaman seputar penternakan lembu.
Tips-tips penting sekitar penjagaan lembu,berat badan lembu,jenis lembu, hasil sampingan dari lembu ,untung rugi,sembelihan,dan sebagainya sudah diajari.Terima kasih saya ucapkan kepada HS NADA S/B semoga kelahiran perniagaan penulis dibawah bidang penternakan suatu hari nanti dapat memberi persaingan sihat.
0 komen anda:
Post a Comment