PENDAHULUAN
Assalamualaikum dan Salam sejahtera
Memang agak lama sudah saya tidak berkarya dek kerana kesibukan yang begitu banyak.Kesibukan yang merangkumi pengajian ijazah saya di UiTM Shah Alam dan perniagaan kecil membataskan ruang untuk saya berkarya.Namun itu semuanya tidak menjadi halangan kerana atas rasa tanggungjawab,maka saya perlu untuk terus berkarya.Tidak dinafikan rakan-rakan mantan MPR 2002 sudah kebanyakannya mungkin menggantungkan pena,tetapi syukur ada beberapa yang masih aktif walaupun bilangan yang amat kecil.
Dari segi gaya penulisan mungkin saya sekarang ini dalam posisi ''memperbaiki'' kerana agak lama meninggalkan pena dalam penghasilan karya.Jadi insyaallah dengan tunjuk ajar orang-orang lama khasnya dari senior mantan MPR maka saya dapat bersama-sama dalam mewarnai perjuangan penulis.
SEKIAN
SYAMSUL JOHARI @ JOHARIBRAVE
0 komen anda:
Post a Comment