MPR 2002 KERAMAT DAN MERDEKA »

MENGANGKASAKAN

MANTAN MPR 2002

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

"Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah engkau diantara orang yang bersujud yakni solat.Dan sembahlah Tuhanmu sampai yakin (ajal) datang kepadamu." Al-Hijr : 98-99


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

PERHATIAN!!!
Email penulis joharibrave di yahoo mail tidak lagi digunakan berikutan di senarai sebagai spam.Kepada mereka yang ingin berbicara silakan di sengkuangmerah@yahoo.com

Kepada mereka yang minat dan ingin mengetahui perihal spiritual dan paranormal sila layari dan menjadi member di Forum Paranormal Malaysia

Bagaimana untuk memartabatkan Mantan Minggu Penulis Remaja

Monday, November 19, 2007

Cabaran penulisan

sumber dari Utusan Malaysia

Oleh Luqman Hakim Quek Abdullah (Yang mengikuti Program Apostrophe Digi ke Festival Penulis dan Pembaca Ubud 2007 di Ubud, Bali, Indonesia, baru-baru ini)

Lazimnya, orang mengatakan, bakat dan minat dalam kesusasteraan dan penulisan perlu dibina, diasuh dan dipupuk, lalu dikembangkan hingga muncul sebagai penulis yang benar-benar berketerampilan dengan gaya, cara dan imej sendiri.

Dan benarkah bakat dalam penulisan dan kesusasteraan boleh dicungkil melalui pertandingan yang menawarkan sejumlah hadiah yang kadang-kadang amat lumayan, atau pulangan dalam bentuk lain yang tidak kurang menarik.

Kebiasaannya juga, dalam melahirkan penulis yang berwibawa, usaha tidak dibataskan kepada pertandingan dan sayembara, tetapi membabitkan soal memupuk, mengasah dan mencungkil bakat melalui bengkel, bimbingan, seminar dan ceramah.

Memadaikah semua itu? Jawapannya, terpulang kepada individu kerana penulisan menyediakan banyak pilihan aliran sama ada penulisan berbentuk kesusasteraan, bukan fiksyen dan kewartawanan.

Bagi syarikat telekomunikasi, Digi Telecommunications, ia mempunyai platform sendiri untuk membangunkan aspek kreativiti melalui program Apostrophe dengan melihat skop yang lebih luas - tidak terbatas dalam bidang penulisan.

Dan dalam program sulungnya, Cerita Pendek Terpendek, membuka satu lagi ruang cabaran dalam bidang penulisan, iaitu bagaimana menghasilkan sebaris atau dua baris ayat yang mengandungi satu gagasan cerita yang besar yang boleh dikembangkan menjadi sebuah cerpen, novelet atau dalam bentuk novel sepenuhnya.

Aspek yang ingin diperkatakan di sini adalah bagaimana kreativiti menghasilkan satu ungkapan yang pendek dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) mempunyai impak penceritaan dan bahasanya sendiri.

Membaca hasil tulisan terutamanya peserta yang terpilih sebagai pemenang, memperlihatkan kreativiti yang dipengaruhi oleh pengetahuan, ruang pengalaman dan isu yang berlegar di sekeliling, atau dalam makna lain, sensiviti dalam berkarya seseorang banyak dipengaruhi oleh persekitaran, dan ia merupakan aspek penting dan perlu.

Selama ini, khalayak mengenali

sastera memiliki ruang kreativiti sendiri menggunakan bahasa yang pendek tetapi ringkas dan padat, misalnya dalam puisi, atau puisi Jepun yang dinamakan Haiku, atau catatan kaki dalam prosa.

Usaha Apostrophe ini sememangnya mencabar kerana seseorang perlu menghasilkan suatu gagasan idea atau pemikiran dalam sebaris ayat dengan penceritaan yang baik serta pemilihan bahasa yang tepat dan berkesan.

Dan selepas itu melalui program Apostrophe ini juga, karya-karya yang boleh dianggap ‘paling ringkas’ ini diterjemahkan dalam bentuk seni tampak yang sekali lagi menuntut kreativiti dan ketajaman fikiran dalam mencanai makna dan menterjemahkannya dalam bentuk garis dan palitan warna.

Misalnya karya yang teramat pendek dihasilkan Suzanna Md. Dahan: ‘Dilla jangan bagitau ya? Rahsia kita, nanti ada upah. Pakcik Jamal tersenyum gatal’, mampu memberi suatu penceritaan yang besar dan boleh dikembangkan dan ia banyak berkait dengan gejala sosial hari ini.

Demikian juga hasil nukilan Leroy Luar; ‘Celak. Pemerah Pipi. Maskara. Perhatikan Refleksi. Saya budak lelaki yang cantik. Kenapa ibu membenci saya?’

Gagasan ideanya memberikan saranan dan impak yang besar kepada pembaca, dan ia sebenarnya sesuatu yang menarik dan menguja.

Bagi para pemenang program julung Apostrophe ini, seperti Leroy, Liyana Yusof, Dann Toh Von Ghee, Georgette Tan dan Saras Manickam, peluang menghadiri Festival Penulis dan Pembaca Ubud 2007 itu begitu bernilai jika melihat daripada sudut pengembangan kreativiti dan bakat dalam penulisan.

Diharap ia dapat menjadi galakan dan penyubur minat dengan adanya peluang bertemu dan berinteraksi dengan penulis-penulis yang mencipta nama pada peringkat antarabangsa seperti Kiran Desai, Shashi Tharoor. Azhar Abidi, Reine Arcache Melvin, Jill Dawson, Adib Khan, Nicholas Jose, Madeleine Thien, Xu Xi, Muhammad Cohen dan Richard Flanagan.

Mereka ini telah berkongsi cerita pengalaman penulisan masing-masing yang merentasi sempadan geografi dan politik sama ada cereka atau bukan cereka.

Azhar misalnya yang mempunyai pendidikan dalam sains menggunakan ilmunya untuk berkarya. Shashi, yang merupakan diplomat India dihormati dan bertugas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak pernah melupakan asal dirinya sebagai warga India yang mempunyai tradisi dan kepercayaan sendiri untuk mencari ilham berkarya.

Sementara para penulis lain seperti Michael Vitikiotis yang berasal dari Asia Barat dan menghabiskan sebahagian besar bekerja di rantau Asia Tenggara begitu dekat dengan manusia di rantau ini, terutama dalam menampilkan sudut pandangan yang berbeza daripada orang Islam tatkala berdepan dengan dogma negatif selepas peristiwa 11 September 2001.

Malah Penyelaras Program bagi peserta Malaysia, Reza Salleh menyatakan, peluang mengikuti festival dan mendengar pengalaman para penulis membuka ruang kepadanya untuk mendekati karya-karya sastera.

Sesi bersama penyair Indonesia pula memperlihatkan bagaimana jati diri dan kecintaan kepada tanah leluhur begitu tebal dan seolah-olah menjadi bayang-bayang jasad yang sentiasa mengiringi walau kemana juga tempat yang dituju.

Hakikat itu diakui penulis Marhalim Zaini, dan Isbedy Setiawan dan Debra.

Bagi Marhalim dan Isabedy, berada dan merantau di Jawa tidak menyebabkan mereka semakin jauh daripada asal diri sebagai orang Melayu dari Sumatera, sebaliknya, kendiri itu tetap kukuh dan mengasak untuk kembali leluhur.

Debra yang bekerja di Jakarta pula lebih memilih untuk menulis dalam bahasa Inggeris pula menemui semula kecintaannya terhadap tanah warisan sebelah bapanya, Aceh, selepas badaian tsunami pada 26 Disember 2004.

Festival Penulis dan Pembaca Ubud 2007 dengan tema Sekala-Niskala atau Terlihat-Tidak Terlihat memberikan pengalaman bermakna melalui peluang bertemu penulis dari pelbagai negara.

Peserta dan peminat juga berpeluang mengenali penulis dari pelbagai genre, sama ada penulis karya sastera seperti novel, cerpen atau puisi, tidak ketinggalan penulis atau wartawan dengan cerita dan pengalaman mereka, atau penulis yang bercerita mengenai buku umum seperti eksotika masakan.

Tentunya, bagi penulis yang mempunyai minat, peluang berada dalam kelompok penulis yang pelbagai ini merupakan detik dan pengalaman yang amat besar makna.




0 komen anda: