MPR 2002 KERAMAT DAN MERDEKA »

MENGANGKASAKAN

MANTAN MPR 2002

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

"Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah engkau diantara orang yang bersujud yakni solat.Dan sembahlah Tuhanmu sampai yakin (ajal) datang kepadamu." Al-Hijr : 98-99


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

PERHATIAN!!!
Email penulis joharibrave di yahoo mail tidak lagi digunakan berikutan di senarai sebagai spam.Kepada mereka yang ingin berbicara silakan di sengkuangmerah@yahoo.com

Kepada mereka yang minat dan ingin mengetahui perihal spiritual dan paranormal sila layari dan menjadi member di Forum Paranormal Malaysia

Bagaimana untuk memartabatkan Mantan Minggu Penulis Remaja

Sunday, November 18, 2007


Pemikiran Shahnon dalam novel

Sumber dari Utusan Malaysia, Oleh: DR. ILIAS ZAIDI

BAHAGIAN 1
Esei ini saya anggapi suatu penilaian semula terhadap novel-novel pilihan Sasterawan Negara (SN) Shahnon Ahmad, sempena seminar dua hari Pemikiran Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Tahniah kepada Dewan Bahasa dan Pustaka kerana menganjurkan seminar bermakna ini, yang sepatutnya diadakan lebih awal daripada yang lain-lain memandang Shahnon penerima kedua Anugerah SN sesudah Keris Mas (Kamaluddin Muhammad).

Peminggiran SN Shahnon selama ini daripada arus perdana wacana intelektual sastera nasional yang nampaknya kian tersisih jauh dalam gelombang ledakan teknologi maklumat dan komunikasi dapat dianggap sesuatu yang amat malang bagi negara bangsa yang sedang meniti pembikinan peribadi unggul melalui ‘minda kelas pertama’.

Negara tanpa santapan rohani misalnya melalui karya-karya tersohor seperti novel pilihan SN Shahnon akhirnya menjadi kosong dan hambar. Kemajuan pesat teknologi dan pembangunan fizikal sepatutnya ditatangi bersama seiringan dengan kerancakan penciptaan karya besar bakal dipertimbangkan untuk mengungguli Hadiah Nobel.

Pemikiran Shahnon tetap tidak berganjak daripada pautan dan sandaran kukuh pada penciptaan hasil sastera besar yang berkonsepkan “seni untuk Allah” dengan maksud bahawa “kesusasteraan yang hak adalah kesusasteraan yang berakhlak, kesusasteraan yang bermoral, yang bertujuan meningkatkan kehidupan manusia terus-menerus ke arah kesempurnaan dan sedia dalam waktu yang sama, menentang kesusasteraan yang batil; bukan kesusasteraan yang merendah(kan) dan menghina(kan) kehidupan ini.”

Shahnon sendiri sudah mula mencetuskan idea sastera Islamnya ini melalui Protes pada 60-an bersama-sama seorang lagi novelis yang banyak memperkatakan konsep sastera Islam, SN S. Othman Kelantan malah diterapkan dalam Pertentangan pada waktu yang hampir sama.

Protes merakamkan pertembungan pemikiran dan pergolakan kebatinan Ferdaos dengan Lokman disebabkan pengaruh pelbagai aliran fikiran dan filsafat serta perubahan pandangan hidup akibat pertambahan pendidikan, pengetahuan, komunikasi dan malahan perubahan yang cepat berlaku terhadap struktur masyarakat selepas mencapai kemerdekaan.

Idea yang hendak diterapkan oleh pengarang di sini ialah filsafat eksistentialisme, suatu pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam. Idea ini dipelopori oleh pengarang-pengarang Barat terutamanya Jean-Paul Sartre. Tokoh ini berpendapat bahawa “Manusia itu merdeka, manusia itulah kemerdekaan”. Yang membuatkan Sartre membuat rumusan ini ialah kerana dalam usaha hendak mencari erti kewujudan diri, manusia bebas membuat pilihan dalam erti kata sebenarnya.

Fahaman ini menolak kejadian makhluk Allah sebagai sebaik-

baik kejadian, kerana menurut fahaman eksistentialisme, manusia wujud di dunia tanpa perancangan. Pandangan ini sudah menyanggah hukum alam, hukum tabii.

Begitulah Ferdaos dilukiskan sebagai protagonis yang secara melampau dan ekstrem telah memprotes pandangan agama yang bersifat transcendental. Yang dicari oleh Ferdaos sebagai anggota Pengurus Persatuan Seri Sakti ialah “Kebenaran Asli. Dan kebenaran asli hanya dapat dicari dan dapat diburu dengan akal yang tinggi dan fikiran yang logik.

“Tetapi apabila ajaran Islam menetapkan adanya pula bahagian-bahagian dalam hidup ini bersifat transcendent, bahagian-bahagian yang berada di luar akal dan pemikiran manusia, bahagian-bahagian yang tidak boleh dicari dan diburu dengan akal yang sihat dan fikiran yang tinggi, maka tujuan hidup umat Islam bukan lagi untuk mencari kebenaran asli tetapi hanya untuk hidup dalam khayalan dan angan-angan.” (Hlm.1).

Oleh kerana terlalu ingin hendak mencari kebenaran yang asli, Shahnon melukiskan Ferdaos sebagai seorang watak yang mewakili kalangan yang memprotes segi-segi keagamaan yang bersifat transcendental, sebagai akibat daripada pengaruh cara berfikir yang mahu memandang segala sesuatunya dengan kaca mata logik. Sama seperti Saufi dan Burhan dalam Jalan Pulang (Anas Hadimadja) dan Pertentangan (SN S. Othman, Kelantan), Ferdaos tidak mempersoalkan kewujudan dirinya secara total sebagai hamba Allah yang berada di bumi Allah, seperti yang diungkapkan oleh Shahnon:

“Dia percayakan Tuhan. Ini tidak dapat disangkalnya lagi. Dan Tuhannya cuma satu: Allah Azzawajal. Dan agama pun satu sahaja: Islam yang maha suci.” (hlm. 60).

Kalau ditinjau dari segi hakikat ini, Ferdaos itu tidak ada bezanya dengan kepercayaan umat Islam lain. Yang membezakannya ialah anggapannya kononnya unsur-unsur transcendent seperti syurga, neraka, akhirat, bidadari adalah mitos paling agung ciptaan Islam dengan maksud hendak menakut-nakutkan umat Islam supaya jangan melakukan perkara-perkara mungkar, tetapi sebaliknya mematuhi segala perintah dan ajarannya.

Sebab itulah bagi maksud hendak memberi pengertian hidup yang sebenar-benarnya, ia berpegang kepada prinsip bahawa manusia perlu mencari dan memburu Kebenaran Asli, sehingga mempersoalkan adakah unsur-unsur ketuhanan yang bercorak transcendental itu benar-benar wujud? Dengan pandangan yang begitu ektremis ini, maka Ferdaos dianggap sebagai manusia Muslim yang telah murtad dan justeru ia dapat dikatakan bahawa pendapat Ferdaos itu bersifat eksistentialistik.

Keangkuhan Ferdaos terhadap unsur-unsur Islam yang bercorak transcendental itu nampaknya lebih berpunca daripada kejahilan dirinya ataupun semata-mata tidak mahu hendak mengakui hakikat Tuhan yang menjadikan manusia sebagai ‘Hamba Allah’ dan sekali gus ‘Khalifah Allah’ yang mengajak seluruh umat manusia supaya berfikir dengan menggunakan kebijaksanaan akal budi yang tinggi dan luhur.

Allah berfirman dalam al-Quran: Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami (Allah Taala) tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan. (Surah al-Kahfi, 18:109).

Ferdaos sebagai manusia eksistentialisme tetap menyanggah hakikat ini walaupun dari segi idea dan tanggapan bebasnya sahaja lantaran pemberontakannya terhadap keterbelengguan masyarakat dengan amalan yang berbauran di antara khurafat, bidaah dan syirik dengan peribadatan yang dikerjakan sehari-hari. Perihalan Shahnon bahawa “Ferdaos merasai bersalah berkata-kata demikian tetapi perasaan itu tidak dapat disimpan lagi. Dia tidak suka membiar hal-hal agama ‘menjadi rahsia semata-mata’. Dia tidak mahu perkara rahsia menjadi satu perkara larangan untuk diketahui lebih lanjut, tetapi setakat itu sikap itu mulai bertambah lagi” (hlm. 59) membenarkan hakikat berkenaan.

Justeru Shahnon melalui karyanya ini menyelar pandangan sempit dan jumud golongan masyarakat umum termasuk mereka yang bergelar ulama kerana keislaman mereka lebih berupa Islam secara tradisi dan ikut-ikutan tanpa banyak soal jawab. Asas penyempurnaan seseorang Muslim sejak kecil lagi seperti juga yang dialami oleh Ferdaos sendiri ialah pendidikan agama di kampung. Dia rajin menelaah kitab-kitab agama. Kedalaman dan keluasan ilmu menajam akal fikir dan ini menjadi aset kejayaan seseorang individu dalam sesuatu proses hujahan berdasarkan hukum logik tanpa prejudis dan prasangka. Ferdaos tersepit dalam situasi seperti ini.




0 komen anda: