Minggu Penulis Remaja 2007 
(Dari web Dewan Bahasa & Pustaka)
SYARAT-SYARAT  PENYERTAAN
- Calon peserta mestilah terdiri daripada kalangan remaja warganegara Malaysia yang berusia 17 hingga 21 tahun (tahun kelahiran pada 1986-1989).
- Calon peserta mestilah      tidak pernah mengikuti Minggu Penulis Remaja anjuran Dewan Bahasa dan      Pustaka  sebelum ini. 
- Calon peserta yang berminat mestilah pernah menghasilkan sekurang-kurangnya satu karya dalam genre sastera (puisi, cerpen, novel dan drama) yang disiarkan di mana-mana penerbitan bercetak.  Salinan karya      perlu dikemukakan kepada pihak urus setia.
-  Peserta mestilah bersedia mematuhi peraturan      yang ditetapkan oleh penganjur sepanjang program ini berlangsung. 
- Peserta      dikehendaki menghasilkan karya semasa program ini berlangsung.
- Peserta      dikehendaki mengikuti program ini sepenuhnya.
- Pihak DBP menyediakan      insurans berkelompok kepada peserta yang terlibat dalam program ini. 
- Pihak      DBP tidak menanggung kos perjalanan peserta.  Walau bagaimanapun, keperluan      makan-minum, penginapan dan keperluan lain sepanjang kursus akan      ditanggung oleh DBP. 
- Setiap      peserta dikehendaki menyertakan bayaran pendaftaran sebanyak RM 40.00 dan      disertakan bersama-sama borang penerimaan tawaran.  Bayaran hendaklah dibuat dengan      menggunakan cek atau wang pos atas nama ‘DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA      MALAYSIA’.  
- Peserta      dikehendaki hadir mendaftarkan diri pada 25  November 2006 (Ahad), antara jam 10.00      hingga 11.00 pagi di Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan  Dewan Bahasa, Kuala Lumpur .
- Penginapan      disediakan oleh DBP di Asrama Seri Cempaka, Rumah Puspanita (bersebelahan      Menara DBP). 
-  Peserta      akan bersurai pada 1 Disember      2007 (Sabtu), jam 10.00 pagi di Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka,      Kuala Lumpur.
- .Untuk pengesahan      penyertaan dan sebarang pertanyaan, sila hubungi Penyelaras MPR 2007,      Encik Shahrun Nizal Mohd Nor melalui telefon, 03-21482345 / 017-6573212,      atau e-mel, shahrun@dbp.gov.my.
- Tarikh  tutup penyertaan ialah pada  5      November 2007.
- Peralatan perapian diri      yang secukupnya (Minyak rambut, ubat gigi dan sebagainya)
- Pakaian 
- Pakaian untuk acara       rasmi (formal)
- Pakaian untuk sesi       bengkel (bersopan)
- Pakaian untuk solat
- Pakaian untuk riadah       (pakaian sukan)
- Alat tulis tambahan yang difikirkan      perlu
- Ubat-ubatan peribadi      (jika perlu)
- Komputer riba (jika ada)
- Wang saku yang mencukupi
- Alat muzik (jika ada)
PENGISIAN PROGRAM
- Sesi      Suai Kenal dan Motivasi 
- Sesi      bersama-sama  Sasterawan Negara
- Ceramah      dan bimbingan
·        Bahasa dan penulisan
·        Penulisan kreatif
·        Penghasilan rangka karya
·        Analisis karya
·        Proses Penerbitan
·        Hak Cipta dan etika penulisan
·        Penjadualan penghasilan karya
- Menganalisis      dan mengkritik karya
- Aktiviti luar/riadah.
*** Kepada yang berminat, sila dapatkan borang di laman web Dewan Bahasa & Pustaka. Jangan lepaskan peluang ini!
 
 
 
 
0 komen anda:
Post a Comment